Akar

Akar ialah satu organ yang paling penting dalam tumbuhan memaut dan menopangkan tumbuhan dalam sesebuah tempat sambil mendapatkan air atau galian memudahkan tumbesaran tumbuh-tumbuhan ini.

Jika diperhatikan dengan teliti, akar berbeza daripada satu jenis tumbuhan kepada jenis tumbuhan yang lain sama ada dari fungsi dan sistem akar berkenaan.

Akar
Suatu sistem akar suatu pokok yang tercabut dari tanah
Akar

Bagi pokok vaskular, akar adalah organ tumbuhan yang pada kebiasaannya terletak di bawah permukaan tanah (berbanding dengan batang pokok). Bagaimanapun, ia bukannya satu kemestian kerana terdapat juga akar udara (aerial) (iaitu, tumbuh di atas permukaan tanah) atau aerating (iaitu, tumbuh atas permukaan tanah atau terutamanya di atas permukaan air). Pada masa yang sama, batang pokok yang biasa terdapat di bawah tanah juga merupakan perkara yang biasa (lihat rizom). Jadi, adalah lebih baik untuk mengistilahkan akar sebagai bahagian pokok yang tiada daun, dengan itu juga ketiadaan node. Dua fungsi utama akar adalah 1) penyerapan air dan galian bukan organik dan 2) mengikat pokok kepada tanah.

Anatomi

Morfologi akar dibahagikan kepada beberapa zon utama:

  • Tudung akar: membantu akar-akar baru menembusi tanah, terkelupas saat akar masuk lebih dalam menciptakan permukaan berlendir yang menyediakan pelumas
  • Meristem apikal: terletak di belakang penutup akar, menghasilkan sel akar baru yang memanjang.
  • rambut akar:menyerap air dan nutrisi mineral dari tanah.

Akar pertama pada tanaman penghasil biji disebut radicle, yang mengembang dari embrio tanaman setelah biji bercambah.

Sebagai respons terhadap konsentrasi nutrisi, akar juga mensintesis sitokinin, yang bertindak sebagai isyarat kimia mempercepatkan pertumbuhan tunas. Akar sering berfungsi sebagai penyimpanan makanan dan nutrisi. Akar dari sebagian besar spesies tumbuhan vaskular bersimbiosis dengan jamur tertentu untuk membentuk mikoriza. Sejumlah besar organisme lain, termasuk bakteria juga seringkali hidup di akar.

Jenis

Akar 
Rajah menunjukkan akar serabut (A) dengan banyak akar sama besar berbanding akar tunjang (B) yang menumbuhkan suatu akar utama yang besar.

Terdapat beberapa jenis akar yang dibezakan dari bentuk diperhatikan:

  • akar tunjang
  • akar serabut
  • akar sulur: akar yang menghasilkan sulur merayap dalam tanah menghasilkan tunas baru menjadi pucuk suatu anak pokok baharu
  • akar umbi: akar yang membengkak berisi ranum mengandungi kanji tenaga
  • akar udara: mendapatkan bekalan air tumbuhan daripada udara dan kerpasan lembap sekeliling seperti kabus atau embun.
  • akar rendang/akar kanopi: dihasilkan menghubungkan dengan tumbuhan-tumbuhan epifit dan detritus yang menakung air dan galian terkumpul boleh dimanfaatkan pokok perumah.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Akar AnatomiAkar JenisAkar Lihat jugaAkar RujukanAkarAirGalianTumbuhan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Proton SatriaBatu CavesFarali KhanNadia BrianNadia AqilahAlyssa DezekBandaraya MelakaPremier SarawakWadi AnnuarMalaysiaKelantanNabi Sulaiman a.s.Racun RihannaJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaOlahragaAerofonKedahBahagian di SarawakAn-Nuayman bin AmrJenis air untuk bersuci dalam IslamIndonesiaPuteri Gunung LedangSidratulmuntahaCiri-ciri orang munafikBendera dan jata PerakJohor BahruKhulafa al-RasyidinPerpaduanTentera Udara Diraja MalaysiaTunku Aminah Maimunah IskandariahIskandar ChempakaHawa RizwanaPukimakIkmal AmryHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Hassanal BolkiahYassin YahyaAmelia HendersonUpin & IpinFarah AhmadAbang Johari Tun OpengFauziah NawiUniversiti MalayaCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahBruneiKugiran MasdoRejimen Askar WataniahTunku Abdul RahmanRevolusi PerindustrianRiezman KhuzaimiKL GangsterHari DeepavaliIsrak dan MikrajErry PutraKelapa sawitJ RevolusiAffendy StephensElizabeth TanHannah DelishaSenarai saluran AstroKerisSyafiq YusofSenarai peribahasa (A–M)Sultanah Nur Diana Petra AbdullahNaim DanielLiga Super MalaysiaDasar Ekonomi BaruErra FaziraRosyam NorIsrafilSultan PerakPertubuhan Keselamatan SosialFrekuensi radio di PahangSalahuddin al-AyyubiMuhammad al-FatihProton PersonaPerang Badar🡆 More