Aksara-Aksara Georgia

Abjad Georgia (Bahasa Georgia:ქართული დამწერლობა , bermaksud secara harafiah tulisan Georgia) merupakan sistem tulisan yang digunakan untuk menulis bahasa Georgia dan lain-lain bahasa selatan Caucasian (Kartvelian) (Mingrelian, Svan, Laz) dan kadangkala digunakan oleh bahasa lain di Caucasus seperti Ossetic dan Abkhaz sekitar tahun 1940-an.Bahasa Georgia mempunyai phonemik ortografi dan abjad modern Georgia 33 huruf.

Abjad Georgia
Aksara-Aksara Georgia
Jenis
Alphabet
BahasaSouth Caucasian (Kartvelian) languages
Tempoh masa
c. 430 CE to present
Arah tulisKiri-ke-kanan
ISO 15924Geor, 240
Alias Unikod
Georgian
Julat Unikod
U+10A0–U+10FC
U+2D00–U+2D25

Perkataan tersebut bermaksud "abjad," Bahasa Georgia: ანბანი [anbani], diambil dari nama dua huruf pertama tulisan Georgia. Ketiga huruf bebas memiliki ciri menarik kelihatan amat berlainan antara satu dengan yang lain tetapi memiliki memiliki aturan huruf dan nama huruf yang sama. The alphabets mungkin dilihat bercampur pada satu tahap, sungguhpun abjad Georgia secara rasminya adalah unicameral bererti tidak terdapat perbezaan antara huruf besar dan huruf kecil bagi sebarang huruf.

Sejarah abjad Georgian

Aksara-Aksara Georgia 
Tiga bentuk abjad Georgia
Aksara-Aksara Georgia 
Versi Asomtavruli silam bagi abjad Georgia di Biara Gereja David.
Aksara-Aksara Georgia 
Nama jalan moden dalam abjad Georgia dan Latin.

Tulisan bagi bahasa Georgia telah melalui tiga bentuk, dikenali melalui nama Georgianya: Asomtavruli, Nuskhuri, dan Mkhedruli. Ia sentiasa merupakan abjad berbeza, sungguhpun ia sama-sama digunakan untuk menulis bahasa yang sama, dan sungguhpun abjad ini berkongsi nama huruf yang sama dan "pengumpulsemakan". Sungguhpun abjad terbaru, Mkhedruli, memiliki lebih banyak huruf berbanding dua yang terdahulu, huruf tambahan tidak lagi diperlukan bagi menulis Georgia moden.

Kerajaan Iberia Georgia memeluk kristian pada sekitar 330-an AD. Sarjana percaya bahawa ciptaan abjad Georgia Tua berdasarkan abjad Greek adalah alat penting bagi menjadikan tulisan keugamaan lebih mudah didapati kepada orang-orang Georgia. Ini berlaku sekitar abad ke-4 atau ke-5, tidak lama selepas penganutan. Contoh tertua yang tidak dipertikaikan bagi tulisan Georgia adalah ukiran Asomtavruli pada 430 AD di gereja di Bethlehem.

Ia dipercayai bahawa bahawa abjad Georgia dicipta oleh Mesrop Mashtots (yang turut mencipta abjad Armenian sekitar 405 AD dan abjad Albanian). Sudut pandangan ini, berdasarkan sumber Armenian abad ke-5th–7th, diterima oleh para ensiklopedia, dan juga para sarjana. John Greppin dan sarjana Russian, Perikhanian mengakui bahawa Mesrop Mashtots bukanlah satu-satunya pencipta abjad Georgia, sungguhpun ia tidak mungkin muncul tanpa penyertaannya.

Sejarah Georgia secara tradisi menyandarkan ciptaan abjad Georgia kepada semi-mitos Parnavaz I dari Iberia pada abad ke-3 BC. Sarjana Georgia mempercayai bahawa abjad Georgia dicipta sebelum Mesrop Mashtots. Sarjana moden Georgia, Levan Chilashvili, berdasarkan pentarikhan ukiran Nekresi di timur Georgia pada abad ke-1–2 AD, mendakwa bahawa Parnavaz kemungkinannya mencipta tulisan ini untuk menterjemah Avesta (tulisan suci Zoroastrian ) dalam bahasa Georgian. Bagaimanapun, asal pra-Kristian bagi skript Georgia tidak disokong dengan kukuh dengan bukti arkheologi. Menurut Donald Rayfield, anggapan bahawa skrip Georgia mempunyai asal sebelum-Kristian, agak tidak berasas dan tidak disahkan oleh jumpaan arkheologi. Stephen H. Rapp, juga turut mempersoalkan pentarikhan sedemikian. Victor Schnirelmann menyatakan bahawa sejarahwan Georgia memiliki sikap menyakitkan kearah Mesrop Mashtots dibentuk oleh "demi mitos budaya tempatan asal tulin."

Asomtavruli, abjad penting dari sejarah

Contoh abjad terawal, Asomtavruli (juga dikenali sebagai Mrgvlovani), masih dikekalkan diukiran peringatan seperti di gereja Georgian di Bethlehem (berhampiran Jerusalem, 430 AD) dan gereja Bolnisi Sioni berhampiran Tbilisi (abad ke-4-5).

Asomtavruli (ასომთავრული,"huruf besar") terhasil dari juga (ასო, "jenis huruf") dan mtavari (მთავარი, "utama"). Mrgvlovani (მრგვლოვანი, "bulat") berkait dengan perkataan mrgvali (მრგვალი, "bulat"). Sungguhpun memiliki nama Georgia yang sama, abjad bulat ini pada asalnya unicameral tulin, sama seperti abjad Georgia moden.

Juga, bentuk penulisan Aramaic tempatan yang unik juga dikenali sebagai Armazuli (არმაზული დამწერლობა, armazuli damts'erloba, contoh. "skript Armazian") wujud sebelum itu, sebagaimana ditunjukkan dengan jumpaan pada tahun 1940-an ukiran dwibahasa Greco-Aramaic di Mtskheta, Georgia. Ia adalah mungkin bahawa rekod sebelum Kristian pernah wujud, tetapi kemudiannya dimusnahkan oleh pelampau Kristian. Ramai yang lebih boleh menerima pandangan bahawa penghikayat Georgia zaman pertengahan sebenarnya merujuk kepada pengenalan penulisan Aramaik bentuk tempatan semasa pemerintahan Parnavaz . Tidak ada satupun pendapat tradisi ini memiliki bukti kukuh, kerana pada pandangan sarjana moden, penjelasan yang paling menyakinkan bagi persamaan tentulah kerana pengaruh yang sama dan bukannya pencipta yang sama.

Asomtavruli letters
ႭჃ,
 
Nota sesetengah fon bagi Georgia moden tidak menunjukkan bentuk Asomtavruli sebenar bagi huruf ini, sebaliknya variasi ("huruf besar") lebih tinggi bagi abjad Mkhedruli moden (lihat di bawah).

Abjad unicameral ini masih digunakan hari ini dalam sebahagian judul seksyen dan judul buku, dan kadang-kala digunakan dalam bentuk bicameral palse dengan menukar saiz glyph bagi mencipta huruf besar. Oleh kerana ia tidak lagi digunakan bagi menulis Georgia, ia turut juga digunakan dalam bentuk kreatif bagi menulis huruf besar, bersama dengan huruf salah satu dari dua abjad Georgia yang lain.

Nuskhuri, abjad suci

Abjad Nuskhuri (ნუსხური "minuscule, huruf kecil") mula muncul sekitar abad ke-9. Ia kebanyakannya digunakan bagi kerja penulisan suci. Nuskhuri berkait dengan perkataan nuskha (ნუსხა "jadual, senarai").

Nuskhuri letters
ⴍⴣ, ⴓ

Bentuk huruf Khutsuri mungkin telah diambil dari variasi Arsacid utara bagi abjad Pahlavi (atau abjad Iranian Pusat), yang ia sendiri diambil daripada abjad Aramaik terdahulu, sungguhpun aras menulis (dari kiri ke kanan), penggunaan simbol berlainan bagi bunyi vowel, nilai angka diberikan kepada huruf pada waktu awal, dan arah abjad kesemuanya menunjukkan pengarus abjad Yunani yang kuat pada abjad ini.

Bagaimanapun, pakar bahasa Georgia, Tamaz Gamkrelidze menekankan bahawa bentuk huruf adalah dicipta bebas meniru model Yunani dan bukannya secara langsung dari bentuk abjad Aramaik lebih awal, sungguhpun inventori fonologi Georgia amat berbeza dengan Yunani.

Sebagaimana abjad Asomtavruli penting, abjad segi empat ini pada awalnya sepenuhnya unicameral. Bagaimanapun, ia turut digunakan bersama abjad Asomtavruli (sebagai huruf besar dalam manuskrip keugamaan) bagi membentuk gaya bicameral Khutsuri (ხუცური "dari langit") yang masih kadang-kala digunakan masakini.

Mkhedruli, abjad sekular asal, masa kini

Abjad yang digunakan masa kini, dikenali sebagai Mkhedruli (მხედრული, "kalavari" atau "tentera"), mula muncul sekitar abad ke-11. Ia digunakan bagi kegunaan bukan keugamaan sehingga abad ke-18, apabila ia menggantikan abjad gaya Khutsuri sepenuhnya (yang menggunakan dua abjad sebelumnya). Mkhedruli berkait dengan mkhedari (მხედარი, "tentera berkuda", "hulubalang", atau "kesasteria"); Khutsuri berkait dengan khutsesi (ხუცესი, "orang tua" atau "padri").

abjad Mkhedruli
 

Sebagaimana dua abjad lain, abjad Mkhedruli sepenuhnya unicameral. Bagaimanapun, sesetengah penulis moden telah menguji dengan menggunakan huruf Asomtavruli sebagai huruf besar, sama seperti gaya skrip Khutsuri. Dalam sesetengah kes ia mungkin merupakan pengembangan stail keagamaan Khutsuri dan bukannya hasil pilihan rekabentuk kreatif. Orang Georgia sering menganggap penggunaan bicameral bagi Mkhedruli merupakan kesilapan kerana sesetengah huruf Mkhedruli tiada setara dalam abjad lain. Yang lain mengguna abjad Mkhedruli sepenuhnya dalam cara pseudo-bicameral, menggunakan saiz huruf bagi mencipta huruf besar, dikenali sebagai Mtavruli bagi judul dan tajuk. Mtavruli (მთავრული) bererti "titlecase" dan merupakan nama yang sesuai bagi abjad Asomtavruli lebih awal.

Dalam Asomtavruli lebih tua, bunyi /u/ diwakili dengan digraph ‹ႭჃ› atau sebagai ‹Ⴓ›, penyesuaian ‹Ⴍ›. Nuskhuri melihat gabungan digraph ‹ⴍⴣ› kepada ligature, ‹ⴓ› (cf. Greek ου, Cyrillic Ѹ/Ꙋ). Bagaimanapun, Mkhedruli biasanya hanya menggunakan ‹უ› berbeza dengan digraph atau ligature, dan menggunakan ‹უ› menggantikan ‹ჳ› lapuk (di bawah) bagi mewakili nilai 400.

Huruf lapuk

Lapan dari empat puluh satu huruf Mkhedruli (digelapkan di atas) kini lapuk. Lima darinya, ‹ჱ› (he), ‹ჲ› (hie), ‹ჳ› (vie), ‹ჴ› (qar), dan ‹ჵ› (hoe) digunakan dalam Georgian Tua. Tiga yang terakhir, ‹ჶ› (fi), ‹ჷ› (shva), dan ‹ჸ› (elifi), merupakan tambahan terkemudian pada abjad Georgia.

  • ‹ჱ› (he), kadang kala dikenali sebagai "ei" atau "e-merve" ("kelapan e"). Sebagaimana (Ηη, Ͱͱ, ēta) Greek Silam, ia terletak tempat ke lapan dalam abjad Georgia. Nama dan bentuk huruf dalam Asomtavruli ‹Ⴡ› dan Nuskhuri ‹ⴡ› juga menyerupai konsonen silam berbentuk paku payung ("tack") Greek heta. Dalam Georgia Tua, he boleh disaling tukar dengan digraph ‹ეჲ›. Ia mewakili [ei] atau [ej].
  • ‹ჲ› (hie), juga dipanggil iot'a, sering menandakan tatabahasa noun Georgia dalam kes nominatif. Dalam Georgia Tua, ia mewakili [i] atau [j].
  • ‹ჳ› (vie) mewakili diphthong [ui] atau [uj]. Ia menduduki tempat dan nilai yang sama seperti Yunani Silam Υυ upsilon, yang mana versi Asomtavruli ‹Ⴣ› dan Nuskhuri ‹ⴣ› menyerupainya. Sebutan modennya biasanya seperti ‹უ› [u] atau ‹ი› [i].
  • ‹ჴ› (qar, har) mewakili [q] or [qʰ], pasangan non-ejective kepada ‹ყ› (q'ar) di atas. Sungguhpun konsonant ini masih dibezakan dalam bahasa Svan, sebutan modennya dalam bahasa Georgia sama dengan ‹ხ› [χ].
  • ‹ჵ› (hoe), juga dikenali sebagai oh, mewakili ‹ო›, [oː] panjang.
  • ‹ჶ› (fi) dipinjam bagi mewakili phoneme /f/ dalam kata pinjaman dari Latin dan Greek seperti ჶილოსოჶია (filosofia, 'philosophy'). Nama dan bentuknya diambil dari Greek. Kegunaan modennya adalah ciri-ciri bahasa Svan dan Laz apabila ditulis dalam abjad Georgia. Dalam Georgia moden, ‹ფ› par menggantikan fi.
  • ‹ჷ› (shva), juga dikenali sebagai yn, mewakili mid central vowel [ə]. Ia muncul dalam tulisan bahasa Mingrelian, Laz, dan Svan.
  • ‹ჸ› (elifi) represents the glottal stop [ʔ]. Its name and pronunciation derive from Aramaic. It is used in written Mingrelian and rarely in Laz.

Transkripsi

Jadual ini hanya menyenaraikan abjad unicameral Mkhedruli moden (contoh. 33 huruf yang boleh ditukar kepada dua abjad yang lain, menyingkirkan 8 huruf Mkhedruli yang kini lapuk). "National" merupakan sistem transliterasi rasmi yang digunakan oleh kerajaan Georgia, sementara "Laz" merupakan sistem rasmi yang digunakan di timur laut Turki bagi bahasa Laz.

Letters Unicode Name National ISO 9984 BGN Laz IPA
U+10D0 an A a A a A a A a /ɑ/
U+10D1 ban B b B b B b B b /b/
U+10D2 gan G g G g G g G g /ɡ/
U+10D3 don D d D d D d D d /d/
U+10D4 en E e E e E e E e /ɛ/
U+10D5 vin V v V v V v V v /v/
U+10D6 zen Z z Z z Z z Z z /z/
U+10D7 tan T t T' t' T' t' T t /tʰ/
U+10D8 in I i I i I i I i /i/
U+10D9 k'an K' k' K k K k K' k' /kʼ/
U+10DA las L l L l L l L l /l/
U+10DB man M m M m M m M m /m/
U+10DC nar N n N n N n N n /n/
U+10DD on O o O o O o O o /ɔ/
U+10DE p'ar P' p' P p P p P' p' /pʼ/
U+10DF žan Zh zh Ž ž Zh zh J j /ʒ/
U+10E0 rae R r R r R r R r /r/
U+10E1 san S s S s S s S s /s/
U+10E2 t'ar T' t' T t T t T' t' /tʼ/
U+10E3 un U u U u U u U u /u/
U+10E4 par P p P' p' P' p' P p /pʰ/
U+10E5 kan K k K' k' K' k' K k /kʰ/
U+10E6 ḡan Gh gh Ḡ ḡ Gh gh Ğ ğ /ɣ/
U+10E7 q'ar Q' q' Q q Q q Q q /qʼ/
U+10E8 šin Sh sh Š š Sh sh Ş ş /ʃ/
U+10E9 čin Ch ch Č' č' Ch' ch' Ç ç /tʃ/
U+10EA can Ts ts C' c' Ts' ts' Ts ts /ts/
U+10EB jil Dz dz J j Dz dz Ž ž /dz/
U+10EC c'il Ts' ts' C c Ts ts Ts' ts' /tsʼ/
U+10ED č'ar Ch' ch' Č č Ch ch Ç' ç' /tʃʼ/
U+10EE xan Kh kh X x Kh kh X x /x/
U+10EF ǰan J j J̌ ǰ J j C c /dʒ/
U+10F0 hae H h H h H h H h /h/

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Aksara-Aksara Georgia Sejarah abjad GeorgianAksara-Aksara Georgia TranskripsiAksara-Aksara Georgia RujukanAksara-Aksara Georgia Pautan luarAksara-Aksara GeorgiaBahasa Georgia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kebudayaan MalaysiaMuhyiddin YassinAgama di MalaysiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiAbang Long Fadil 3Wanita SyurgaPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Pakatan HarapanRangka manusiaPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Kementerian Komunikasi MalaysiaKesultanan DemakSistem pernafasanChempaka Emalin PahaminEmelda RosmilaErma FatimaSultan Mizan Zainal AbidinFalsafahKesan rumah hijauEmma MaembongBaju kurungCongkakMustaqim BahadonNabi Musa a.s.Kata namaTadau KaamatanIsteri-isteri Nabi MuhammadIwan SyahmanSabronzoNa’im BrundagePerakMandi wajibPasukan Khas LautAbdullah bin Ahmad BadawiIbanHari BumiSenarai negara mengikut sistem kerajaanTunku Abu BakarPerikatan NasionalGoogle ScholarAb Rauf YusohLayang Layang PerkahwinanHadisTuanku Ja’afarMuhammad bin Idris al-SyafiiHari Raya AidiladhaTulisan JawiBella DallySelangorSiri Modenas KrissSaleemKhir RahmanLaksamanaHael HusainiPolitik balas budiUniversiti MalayaYang di-Pertua Negeri SabahKata kerja transitifSenarai stesen televisyen di MalaysiaNajis dalam IslamSkizofreniaUniversiti Teknologi MARAJean Retno AryaniHemoroidPontianak Harum Sundal MalamWang LeehomJabatan Imigresen MalaysiaAfdlin ShaukiJamal AbdillahSejarahTeknologi hijauBintang RTMSunan Gunung JatiTentang Hati DiaFarajKata adjektifSekolah Menengah Kebangsaan TebobonJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaQueen of Tears🡆 More