Abdul Jamil Abdul Rais

Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Jamil bin Haji Abdul Rhaiss (lahir 14 Januari 1912 di Kuala Kangsar - 1994) merupakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia pertama dari 1962-1964 dan juga mantan Ketua Setiausaha Negara dari 1965-1967.

Sebelum itu beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor ke-6.

Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri

Abdul Jamil bin Abdul Rais

P.M.N; S.P.M.S; S.P.C.M; P.J.K
Abdul Jamil Abdul Rais
Menteri Besar Selangor Ke-6
Dalam jawatan
1956–1959
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah
Didahului olehMuhammad Ismail Abdul Latiff
Digantikan olehAbu Bakar Baginda
Ketua Setiausaha Negara ke-2
Dalam jawatan
1 September 1965 – 6 November 1967
Yang di-Pertuan AgongTuanku Syed Putra
Sultan Ismail Nasiruddin
Perdana MenteriTunku Abdul Rahman
Didahului olehTun Dr. Abdul Aziz Abdul Majid
Digantikan olehTunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin
Butiran peribadi
Lahir14 Januari 1912
Kuala Kangsar, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
PasanganPuan Sri Datin Seri Hajjah Norhimah bintie Haji Khallid (k. 1936-1994)
Anak-anak4 Lelaki
7 Perempuan

Kerjaya

Mulanya bertugas di Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu (Malayan Administration Service) di Pejabat Tanah dan Daerah pada Julai 1932. Sebagai Pegawai Pelatih (Probationer Officer) M.A.S dan ditempatkan di Pejabat Daerah Kuala Selangor (1932), di Pejabat Daerah Sabak Bernam, Selangor (1933). Kerjayanya dalam bidang ini semakin menyinar bila beliau bertugas pula di Pejabat Daerah Port Dickson dan seterusnya menjadi Timbalan Penolong Pegawai Daerah (D.A.D.O) di Hulu Selangor (1938) dan Timbalan Penolong Pegawai Daerah di Hilir Perak (1939-1941) apabila meletusnya Perang Dunia Kedua dan Tanah Melayu telah diambil alih pentadbirannya oleh pihak Jepun selama beberapa tahun.

Semasa Jepun, beliau bergerak aktif dalam gerakan anti Jepun melalui pasukan gerila Force 136 dan pernah ditangkap oleh Jepun. Semasa penyerahan Jepun kepada tentera British, sekali lagi beliau ditangkap oleh pihak komunis PKM.

Selepas PDII tamat, beliau menjadi Pesuruhjaya Tanah dan Galian Perlis (1949-1952); Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (1952-1954); Pegawai Kewangan Negeri Selangor (1954-1955); Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (1956) dan Menteri Besar Selangor (1956-1958).Selepas merdeka 1957, pada tahun 1958-1959 Tunku Abdul Rahman memilih beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Kemudiannya dalam tahun 1962-1964, Jamil dilantik sebagai Setiausaha Perbendaharaan Negara/Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan. Selepas itu, beliau menjadi Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Kabinet (1965-1967). Menteri Kewangan ketika itu ialah Tun Tan Siew Sin. Beliau juga terlibat dalam merancang Rancangan Lima Tahun Malaysia 1961-1965 bersama Tunku Abdul Rahman, Mohamed bin Baba dan YM Raja Mohar bin Raja Badiozaman dll. Jamil Rais selaku pengerusi NDPC telah dipuji kerana kerja yang baik dalam menggubal Rancangan Malaysia .

Beliau menjadi Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (30 Jun 1956); Menteri Besar Selangor (1957) untuk jangka masa empat bulan dan kemudiannya ditetapkan ke dalam jawatan itu selepas Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada bulan Ogos 1957. Pada 8 Jun 1958 beliau mengelilingi dunia selama 3 bulan. Sekembalinya daripada lawatan itu, beliau terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Pada tahun 1959, ditugaskan di Perbendaharaan Malaysia. Setiausaha Perbendaharaan Negara (1961) dan merupakan anak Melayu yang pertama memegang jawatan tersebut. Beliau dilantik pula sebagai Ketua Setiausaha Negara (1964) yang pertama. Jawatan ini ditukar nama kepada Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri dan beliaulah orang yang bertanggungjawab menukar nama jawatan itu sesuai dengan tugasnya.

Pada masa yang sama, beliau menyandang jawatan sebagai Setiausaha Jemaah Menteri. Pada tahun 1967, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London dan juga duta ke Ireland.

Selepas bersara

Beliau menjadi Pengerusi Lembaga Perancang Keluarga Negara (NFPB) yang menganjurkan bengkel dan seminar kekeluargaan dan kesihatan keluarga.

Dalam bulan November 1967, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom di London dan merangkap ke Republik Ireland. Alamat kedutaan Malaysia ialah 45, Belgrave Square, London. Semasa persidangan Kowanwel, beliau menjadi wakil kerajaan Malaysia. Malaysia Hall beralamat di 44/46 Bryanston Square, WI. Yang di-Pertuan Agong ketika itu ialah Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu.

Beliau juga diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang; Naib Yang Di Pertua Persatuan Dakwah Islamiah Malaysia; Naib Presiden Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia; Presiden Persatuan Pesara-Pesara Kerajaan Malaysia; Presiden Persatuan Lawn Tennis Selangor; Presiden Persatuan Lawn Tennis Malaysia; Naib Presiden FAM; Pengerusi Majlis Universiti Malaya; Pengerusi Majlis Persatuan Pengakap Malaysia (Anak Melayu pertama memegang jawatan ini); Pengerusi Lembaga Perancang Keluarga; Pengerusi Kontena Nasional Sdn. Bhd. dan lain-lain.

Malay Forum

Pada 6 Ogos 1956, 24 orang pegawai Melayu menghantar memorandum cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Antara yang menandatanganinya ialah Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Raja Tun Mohar Badiozaman, Tun Hamdan Tahir, Tan Sri Abdullah Ayub, Tan Sri Dol Ramli, Tan Sri Yaacob Abdul Latif, Tun Syed Nasir Syed Ismail, Abdul Jamil Abdul Rais dan Tan Sri Sujak Rahiman. Sungguhpun mereka bekerja di bawah pentadbiran British tetapi mereka sanggup menghadapi sebarang risiko.

Menteri Besar Selangor

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Muhammad Ismail Abdul Latiff.

Pada 12 Julai 1958, beliau telah menganugerahkan tanah lombong seluas 5.270 ekar di Kampung Baru Hulu Klang (sekarang Kuala Ampang) untuk dijadikan padang dan kelab. Beberapa pemain handalan bola sepak pernah bermain di sini. Antaranya ialah M. Chandran, Wong Choon Wah, Mokhtar Dahari, Ong Yun Tiang, Khalid Ali, Zulkefli Norbit, Santokh Singh, Bakri Ibni, Redhuan Abdullah, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Ahmad Yusof.

Sukan

Beliau meminati sukan bola sepak dan dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.Bagi sesi 1989/90 Presiden ialah Datuk Setia Raja Tan Sri Datuk Seri Hamzah Abu Samah; Timbalan Presiden Tan Sri Mohd Khir Johari; Naib Presiden Tan Sri Dato' Seri Abdul Jamil Abdul Rais, Tan Sri Datuk Amar Ling Beng Siew; Tunku Imran ibni Tuanku Jaafar dan Datuk Sabbaruddin Chik.

Namanya tercatat dalam buku 'The Rotarian' pada Oktober 1994. Selepas bersara beliau menjadi Pengerusi Kontena Nasional. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Anugerah

Jasa beliau di dalam dan luar negara mendapat pengiktirafan dan penghargaan. Semasa pentadbiran British lagi beliau telah dikurniakan pingat ‘Coronation Medal' dan juga ‘Selangor Meritorius Service Medal' (1956).

Pingat Johan Mangku Negara (JMN) dan juga Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Yang di-Pertua Agong yang membawa gelaran Tan Sri. Anugerah pingat tertinggi daripada Kerajaan Negara Thailand iaitu ‘Knight Commander of The Most Exalted Order of The White Elephant'. Selain itu, beliau juga dianugerah Seri Paduka Mahkota Selangor pada tahun 1979 dan Seri Paduka Cura Manji pada tahun 1993.

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Datin Seri Norhimah Haji Khalid (1936) dan dikurnai 11 cahaya mata iaitu 4 orang anak lelaki dan 7 orang anak perempuan.

Rujukan

Pautan luar

Penyandang Terdahulu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia
19611964
Penyandang Kemudian
"Yang Pertama" Mohd. Shariff Abdul Samad


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Selangor
19581959
Penyandang Kemudian
Muhd Ismail Abu Bakar Baginda

Tags:

Abdul Jamil Abdul Rais KerjayaAbdul Jamil Abdul Rais Selepas bersaraAbdul Jamil Abdul Rais Malay ForumAbdul Jamil Abdul Rais Menteri Besar SelangorAbdul Jamil Abdul Rais SukanAbdul Jamil Abdul Rais AnugerahAbdul Jamil Abdul Rais KeluargaAbdul Jamil Abdul Rais RujukanAbdul Jamil Abdul Rais Pautan luarAbdul Jamil Abdul RaisKetua Setiausaha NegaraKetua Setiausaha Perbendaharaan MalaysiaKuala KangsarMenteri Besar Selangor

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bendera PalestinAbdullah bin Ahmad BadawiJenis air untuk bersuci dalam IslamOrang India MalaysiaRejimen Askar Melayu DiRajaVirusSolat Sunat IstisqaAyat kursiCerita Rakyat MalaysiaTerengganuHarimauMy Lovely DriverKuala TerengganuYang di-Pertuan AgongTracie SinidolMajapahitAzhar SulaimanUmie AidaMalaysiaWikipediaAdi PutraCik ManggisBryan DomaniBandaraya MelakaRokokHari MalaysiaMuhammad bin Idris al-SyafiiPASKAL (filem)SyawalBaba dan NyonyaTanda-tanda KiamatKata kerja tak transitifAiman Hakim RidzaPendidikan di IndonesiaMenteri Besar PerlisSyamsul YusofKhairy JamaluddinNelydia SenroseRicheese FactoryPrivate BodyguardZodiakNabi Ibrahim a.s.Uqasha SenroseKelantan Darul Naim F.C.Ernie ZakriIstinjakLelaki ItuNabi Zakaria a.s.Rukun solatPerodua VivaBendera ThailandBendera MalaysiaSultan PahangHukum Kanun MelakaHun HaqeemTengku Abdul RahmanMalayan UnionPasukan Khas LautKerisLabuanXXXTentacionYassin YahyaPenanda wacanaTalbis IblisKerana Dia SukaGabenor Bank Negara MalaysiaSejarah MelakaProton PerdanaWak DoyokJulia RaisBismillahSenarai stesen televisyen di MalaysiaBatu CavesAkut (perubatan)🡆 More