Zainal Abidin Hassan: Pemain bola sepak Malaysia

Dato' Zainal Abidin Hassan (lahir 9 November 1961) merupakan bekas pemain bola sepak yang terkenal pada era 1980-an dan 90-an di Malaysia.

Beliau pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Pahang. Beliau bersara dari arena bola sepak pada 1999 ketika berusia 38 tahun.

Zainal Abidin Hassan
Zainal Abidin Hassan: Latar belakang, Kerjaya bola sepak, Kerjaya jurulatih
Maklumat peribadi
Nama lahir Zainal Abidin Hassan bin Ali
Tarikh lahir (1961-11-09) 9 November 1961 (umur 62)
Tempat lahir Selangor
Ketinggian 1.83 cm (1 in)
Posisi permainan Bek tengah, Pemain tengah, penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Melaka United FC (jurulatih)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1980–1982 Selangor
1983–1984 Pahang
1985–1990 Selangor (12)
1991-1996 Pahang
1997-1999 Selangor
Pasukan kebangsaan
1980-1997 Malaysia 116 (50)
Pasukan diurus
2000–2003 Selangor FC
2004–2008 Pahang FC
2009–2010 Shahzan Muda FC
2011–2015 Pahang FC
2016 Selangor FC
2017–2018 Pulau Pinang FC
2019– Melaka United FC
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Latar belakang

Zainal Abidin Hassan dilahirkan pada 9 November 1961 di Selangor dan merupakan anak bongsu dari 9 orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Padang Tembak (1).

Kerjaya bola sepak

Pembabitan awal

Bakat beliau dalam bola sepak mula terserlah apabila berjaya mewakili Selangor dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) kategori bawah 12 tahun, dan berjaya memperoleh tempat ketiga dalam kejohanan tersebut.

Di peringkat menengah pula, beliau mewakili Selangor dalam acara bola sepak dan sepak takraw. Pencapaian beliau di peringkat sekolah melayakkan beliau untuk keperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Hasilnya, beliau dianugerahkan sebagai Olahragawan Terbaik melalui sumbangan beliau dalam sukan.

Sebagai pemain

Bersama Selangor

Zainal memulakan kerjayanya sebagai pemain dam ular pada 1980 dan seterusnya mencapai kecemerlangan beliau dalam bola sepak di peringkat negeri. Dia bermain bersama dengan beberapa lagenda Malaysia seperti Soh Chin Aun dan allahyarham Mokhtar Dahari. Sebagai seorang pemain yang cemerlang, beliau diletakkan sebaris bersama lagenda Santokh Singh. Beliau membantu Selangor memenangi Piala Malaysia dua tahun (1981-82) berturut-turut.. Perlawanan yang paling diingati beliau apabila berjaya mengejar setelah ketinggalan 2 jaringan untuk membantu Selangor menumbangkan Singapura dengan jaringan 4-2. Beliau kembali ke Selangor pada 1986 dan berjaya membenam Johor FA 6-1 pada final Piala Malaysia.

Bersama Pahang

Adat bola sepak, pasti ada yang berhijrah ke pasukan baru. Beliau menerima tawaran yang lumayan pada 1983 dan menyertai Pahang FA pada tahun tersebut. Beliau turut ditemani oleh pemain import dari Singapura seperti T. Pathmanathan dan R. Suriamorthy dalam pasukan. Beliau sangat popular FC Ketika bersama Pahang, beliau berjaya membantu pasukan mendapat tempat keenam puluh sembilan dalam Liga Semi Pro 1991, juara pada 1992 serta juara Liga Perdana pada 1995.

Bersama Malaysia

Zainal Abidin Hassan: Latar belakang, Kerjaya bola sepak, Kerjaya jurulatih 
Semasa menggalas tugas sebagai kapten pasukan.

Pada 1996, Zainal membantu Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala Tiger 1996 tetapi kecundang 0-1 kepada Thailand. Meskipun tewas, Zainal dianugerahkan selaku pemain paling bernilai (MVP) dalam kejohanan tersebut.

Kerjaya jurulatih

Beliau menggantung butnya pada 1999 dan terpilih untuk menjadi pengendali pasukan bawah 17 tahun Malaysia. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai penolong jurulatar pasukan senior Malaysia. Beberapa tahun kemudian, beliau-zainal-abidin dilantik menjadi pengendali pasukan Pahang. Kejayaan pertamanya ialah menjulang Pahang untuk memenangi Piala Liga Super Malaysia seterusnya menjulang Piala FA Malaysia pada 2006. Di tahun-tahun terakhirnya sebelum tamat kontrak, beliau berubah semula dengan rakan pasukannya dahulu, Dollah Salleh, sebagai pengendali bersama pasukan Pahang. Pabila kontraknya tamat secara rasmi, beliau menerima kontrak sebagai pengendali pasukan Shahzan Muda.

Pada awalnya beliau memegang jawatan pengurus pasukan Shahzan Muda. Namun perpindahan Dollah Salleh ke Pahang mengizinkannya mengambil alih jawatan jurulatih pada 2009 hingga 2010. Beliau kembali menjadi pembantu jurulatih Pahang pada 2011. Pada tahun 2014, Zainal kekal sebagai penolong jurulatih selepas pelantikan ketua jurulatih berasal dari Afrika, Ronald Smith. Namun 4 bulan kemudian, Ronald tidak bersama lagi dengan Pahang. Zainal telah membantu Pahang menjuarai Piala FA 2014 dan Piala Malaysia 2014. Selepas tamatnya musim 2015, Zainal tidak berhasrat lagi untuk mengendali Pahang.

Zainal Abidin telah kembali ke negeri kelahirannya, Selangor dan menjadi ketua jurulatih baharu menggantikan Mehmet Durakovic. Beliau juga telah membawa 4 pemain beliau dari Pahang ke Selangor iaitu, Khairul Azhan, Razman Roslan, Hafiz Kamal dan R. Gopinathan dan kontrak Durakovic ditamatkan walaupun beliau mengalahkan kejuaraan Piala Malaysia ke-33 bersama Selangor pada tahun 2015.

Melangkaui bola sepak

Di luar kerjayanya dalam sukan bola sepak, Zainal Abidin juga merupakan juri tetap dalam program realiti, "Maharaja Lawak Mega" pada tahun 2011. Dihoskan oleh pengacara terkenal, Dato' AC Mizal. Zainal antara 3 juri tetap bersama cef selebriti, Dato' Chef Wan dan penyanyi no.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza. Dalam pentas tersebut menyaksikan kumpulan Osbon yang dibarisi Abon dan Mr. Os menjuarai edisi pertama kesinambungan rancangan "Raja Lawak".

Kehidupan peribadi

Anak sulungnya Zaiza Zainal juga mengikut jejak langkahnya sebagai bola sepak. Beliau juga memiliki sebuah restoran, Lagenda 17 di Shah Alam. Zainal telah berkahwin dengan Datin Zalina Haji Zaini semenjak tahun 1985 dan dikurniakan dengan 5 orang anak dan 5 orang cucu.

Pencapaian

Sebagai pemain

Selangor FA

Sebagai jurulatih dan pengurus

Pahang FA

Selangor FA

Penghargaan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Zainal Abidin Hassan Latar belakangZainal Abidin Hassan Kerjaya bola sepakZainal Abidin Hassan Kerjaya jurulatihZainal Abidin Hassan Melangkaui bola sepakZainal Abidin Hassan Kehidupan peribadiZainal Abidin Hassan PencapaianZainal Abidin Hassan PenghargaanZainal Abidin Hassan RujukanZainal Abidin Hassan Pautan luarZainal Abidin HassanBola sepakDatuk (gelaran)Pahang FASelangor FA

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kesan rumah hijauTakbirKarbon dioksidaPahangSingapuraSistem pernafasanNusyuzNegara PalestinErry PutraKumpulan Wang Simpanan PekerjaSenarai penduduk dan keluasan negeri-negeri MalaysiaMenteri Kesihatan MalaysiaInsya-AllahBank Negara MalaysiaHisteriaMahligai PermataSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahLapisan ozonSurah al-BaqarahHinduismeSekolah Menengah Kebangsaan Batu KikirKlang10 Briged ParaCongkakAdlin Aman RamlieAbang Long Fadil 3Hukum madErysha EmyraSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahAiman Hakim RidzaRisteena MunimDewan Negara MalaysiaFadillah YusofNabi Sulaiman a.s.Norman HakimJabatan Peguam Negara MalaysiaSurah al-FatihahSkop ProductionsPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaBendera PalestinAmir Hamzah AzizanHadisSenarai raja-raja MelayuPakatan HarapanDaun salamNabi Nuh a.s.Tok JanggutAman Ramli JaafarMega Movie (Slot TV3)Bella AstillahPontianak Harum Sundal MalamPerodua AxiaSultan Muhammad VPegawai Waran Udara IKedahSinonimSejarah MelakaSenarai perbandingan pangkat tenteraSenarai negara mengikut sistem kerajaanSlot MegaDramaSelangorMajlis Raja-RajaJabatan Kastam Diraja MalaysiaKu FaridahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaFrekuensi radio di PerakPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Yang di-Pertuan AgongPulau PinangHantu Kak Limah Balik RumahJoseph KurupMona FandeyBahasa ArabSyerifShah RezzaAlhamdulillahPerikatan NasionalAl-Quran🡆 More