Abdou Diallo

Abdou-Lakhad Diallo (lahir 4 Mei 1996) merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang beraksi di posisi bek tengah untuk kelab Qatar, Al-Arabi dan pasukan kebangsaan Senegal.

Abdou Diallo
Abdou Diallo
Diallo bersama PSG pada 2020
Maklumat peribadi
Nama penuh Abdou-Lakhad Diallo
Tarikh lahir (1996-05-04) 4 Mei 1996 (umur 27)
Tempat lahir Tours, Perancis
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Al-Arabi
Nombor 22
Kerjaya remaja
2002–2003 OC Saint-Herblain
2003–2004 Grand Font
2004–2005 AS Angoulême-Charente 92
2005–2007 Angoulême Charente
2007–2009 Tours
2009–2011 US Chambray-les-Tours
2011–2014 Monaco
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2017 Monaco 10 (0)
2015–2016Zulte Waregem (pinjam) 33 (3)
2017–2018 Mainz 05 27 (2)
2018–2019 Borussia Dortmund 28 (1)
2019–2023 Paris Saint-Germain 50 (0)
2022–2023RB Leipzig (pinjam) 8 (1)
2023– Al-Arabi 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Perancis B16 13 (0)
2012–2013 Perancis B17 8 (0)
2013–2014 Perancis B18 4 (0)
2014–2015 Perancis B19 16 (1)
2016 Perancis B20 4 (2)
2016–2019 Perancis B21 16 (0)
2021– Senegal 23 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 05:07, 30 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:47, 17 Jun 2023 (UTC)

Kerjaya kelab

Monaco

Diallo menyertai akademi kelab Monaco ketika beliau berusia 15 tahun. Pada 28 Mac 2014, beliau menandatangani kontrak pertamanya dengan kelab. Pada 14 Disember, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad utama dengan menggantikan Bernardo Silva pada masa tambahan permainan ketika pasukannya meraih kemenangan tipis 1–0 ke atas Olympique Marseille dalam saingan liga.

Pada Jun 2015, Diallo telah dipinjam ke kelab Belgium, Zulte Waregem untuk menghadapi musim 2015–16. Sepanjang tempohnya bersama kelab itu, beliau telah digunakan di posisi serangan dan beliau berjaya menjaringkan tiga gol dalam 33 perlawanan liga. Pada Disember 2016, media melaporkan kelab dari Sepanyol iaitu Real Betis menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya. Malangnya, beliau hanya melakukan lima penampilan liga ketika musim 2016–17 tetapi pasukannya dinobatkan sebagai juara liga.

Mainz

Pada 14 Julai 2017, Diallo berpindah ke kela Bundesliga, Mainz dan menandatangani kontrak selama lima tahun. Pada 9 September, beliau telah menjaringkan gol sulungnya untuk Mainz ketika aksi kemenangan liga 3-1 ke atas pasukan Bayer Leverkusen. Pada bulan Disember, Mirror.co.uk melaporkan bahawa Arsenal sedang mengikuti perkembangannya dan sudi melakukan bidaan untuk menggantikan pemain bersara, Per Mertesacker. Pada musim itu, beliau diletakkan di posisi bek dan mempunyai kadar hantaran sebanyak 80 peratus. Beliau seterusnya tampil dalam 27 perlawanan liga pada musim itu.

Borussia Dortmund

Pada 26 Jun 2018, Diallo menyertai kelab Borussia Dortmund dengan menandatangani kontrak selama lima tahun pada perpindahan yang bernilai 28 juta euro. Dalam satu temu ramah, beliau menyatakan bahawa Ousmane Dembélé telah menasihatinya untuk menyertai Dortmund. Pada 15 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Dortmund ketika aksi liga menewaskan Eintracht Frankfurt 3-1.

Paris Saint-Germain

Pada 16 Julai 2019, Diallo menyertai Paris Saint-Germain dalam rundingan yang menetapkannya bersama kelab itu sehingga Jun 2024. Nilai perpindahan pemain itu bernilai 32 juta euro.

Pada 3 Ogos 2019, Diallo melakukan penampilan sulungnya untuk Paris Saint-Germain dalam kejohanan Trophée des Champions yang berakhir dengan kemenangan 2-1 berpihak kepada PSG mengatasi Rennes. Beliau melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 bersama PSG ketika menentang Nîmes yang menyaksikan PSG menang 3-0 pada 11 Ogos 2019. Diallo melakukan penampilan sulungnya di Liga Juara-Juara UEFA pada 18 September 2019 semasa menumbangkan Real Madrid 3-0.

Pada penghujung musim 2019–20, Diallo meraih pingat kemenangan Ligue 1 pertamanya pada musim itu yang tamat dengan lebih awal iaitu pada 30 April 2020 berikutan pandemik COVID-19.

Kerjaya antarabangsa

Diallo telah dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Senegal. Beliau merupakan kapten bagi pasukan bawah-21 Perancis.

Kehidupan peribadi

Adik Diallo Ibrahima juga merupakan pemain bola sepak.

Statistik kerjaya

    Sehingga 26 Januari 2020.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Abdou Diallo  Monaco 2014–15 5 0 1 0 2 0 0 0 8 0
Abdou Diallo  Zulte Waregem 2015–16 33 3 2 0 35 3
Abdou Diallo  Monaco 2016–17 5 0 4 0 1 0 1 0 11 0
Abdou Diallo  Mainz 2017–18 27 2 3 1 30 3
Abdou Diallo  Borussia Dortmund 2018–19 28 1 3 0 7 0 38 1
Abdou Diallo  Paris Saint-Germain 2019–20 16 0 1 0 1 0 3 0 1 0 22 0
Jumlah kerjaya 114 6 14 1 4 0 11 0 1 0 144 7

Pencapaian

Kelab

    Monaco
    Paris Saint-Germain
  • Ligue 1: 2019–20
  • Trophée des Champions: 2019

Catatan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Abdou Diallo, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Abdou Diallo Kerjaya kelabAbdou Diallo Kerjaya antarabangsaAbdou Diallo Kehidupan peribadiAbdou Diallo Statistik kerjayaAbdou Diallo PencapaianAbdou Diallo CatatanAbdou Diallo Pautan luarAbdou DialloPasukan bola sepak kebangsaan SenegalPertahanan (bola sepak)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sejarah SingapuraJohan GhazaliKomputerNazim OthmanSudirman (penyanyi)Rejimen Askar Melayu DiRajaOrang LampungFrekuensi radio di SelangorKedahFilem Malaysia tahun 2024Chacha MaembongHaqimi Azim RosliMetamfetaminaZizan RazakPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaFauzi NawawiThailandKelurSikorsky S-61A-4 NuriPerlisPencemaranPegawai Waran IVanny RossyaneNasi kandarBeto KusyairyLaskar MudaSenarai Surah Al-QuranTunku Aminah Maimunah IskandariahEmma MaembongHinduismePenjodoh bilangan bahasa MelayuOrang Cina MalaysiaAbdul Rahman AyobSultanah Nur Diana Petra AbdullahPengasingan Kuasa dalam Perlembagaan MalaysiaHantu rayaCongkakYang di-Pertua Negeri SabahKhunsa (siri TV)Kuala LumpurAnwar IbrahimPegawai Waran Udara IIJam 24 jamTengku Ismail Leon PetraOrang Asli di MalaysiaBahasa Melayu MalaysiaKadet Remaja Sekolah MalaysiaAstro MalaysiaAngkatan Tentera MalaysiaIndonesiaYang di-Pertuan AgongBugisNabi Nuh a.s.Nadia BrianBoBoiBoyJenis air untuk bersuci dalam IslamMeerqeenGajusAmir AhnafOktovia ManroseSenarai pelakon lelaki MalaysiaSabah F.C. (Malaysia)Na’im BrundageKementerian Kesihatan MalaysiaLabuanKhairulamingSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiFrekuensi radio di PahangOperasi LalangSkizofreniaTakdir Itu Milik AkuBiduanita NegaraKesultanan DemakHari WesakNabi Isa a.s.KomunikasiPegawai WaranJasmine Suraya Chin🡆 More