Burung

Burung (Jawi: ‏بوروڠ‎code: ms is deprecated ‎) merupakan haiwan vertebrata bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kelas Aves yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di Kutub Utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland.

Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenal pasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3,200 jenis.

Burung
Julat zaman:
Zmn Bt Kapur Akhirkini, 72–0 Ma
Asal Zmn Bt Kapur Awal atau awal Zmn Bt Kapur Akhir munasabah berdasarkan jam molekular
Burung
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Klad: Ornithurae
Kelas: Aves
Linnaeus, 1758
Subkelas & order
  • Kira-kira dua dozen order moden dan beberapa order dan sub-kelas yang pupus

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung jenis teropod dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, semasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang, terdapat beberapa spesies yang tidak mampu seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung boleh mengeluarkan telur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadangkala kedua-dua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan yang akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

Ciri-ciri

Ciri-ciri utama burung adalah seperti berikut :-

  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.

Taburan

Burung hidup dan berkembang biak di sebahagian besar habitat darat dan pada tujuh benua sehingga membentuk koloni di kawasan ekstrem mereka seperti di pedalaman Antartika. Taburan biokepelbagaian tertinggi burung adalah di wilayah tropika. Keadaan ini juga sudah diduga sebelumnya bahawa kepelbagaian burung paling ketara adalah hasil daripada penspesiesan di daerah tropika; walau bagaimanapun, kajian baharu menemukan penspesiesan tahap tertinggi di kawasan latitud tinggi yang diimbangi dengan darjat kepupusan lebih besar daripada kawasan tropika. Beberapa keluarga burung telah beradaptasi dalam menjalani hidup di lautan dunia, dengan beberapa spesies burung laut datang ke darat hanya demi tujuan pembiakan dan beberapa penguin telah tercatat menyelam sedalah 300 meter (980 ka).

Banyak spesies burung yang telah membentuk populasi di wilayah kerana dibawa atau diperkenalkan oleh manusia ke kawasan-kawasan baharu. Beberapa kes memang disengajakan seperti Phasianus colchicus yang diperkenalkan dan dibiak sebagai burung buruan. Selain itu, ada beberapa kes yang berlaku secara tak sengaja seperti pembentukan populasi Myiopsitta monachus liar di beberapa bandar Amerika Utara setelah melepaskan diri daripada kurungan. Beberapa spesies, termasuk burung bangau kendi, Milvago chimachima dan burung galah, telah membiak meluas merentasi kawasan habitat asal berikutan amalan-amalan pertanian yang membentuk habitat baharu yang sesuai.

Kelas burung

Kelas burung (Class:Aves) pula terbahagi kepada beberapa aturan seperti berikut :-

  • Struthioniformes, Burung Unta, Kesuari, Emu, Kiwi, dan seumpamanya.
  • Tinamiformes, Kesuari-Ayam
  • Anseriformes, Itik, Angsa dan seumpamanya.
  • Galliformes, Ayam, Kuang dan seumpamanya.
  • Sphenisciformes, Penguin
  • Gaviiformes, Seselam
  • Podicipediformes, Tetimbul
  • Procellariiformes, Albatros, Merpati-Laut dan seumpamanya.
  • Pelecaniformes, Undan, Pucung dan seumpamanya.
  • Ciconiiformes, Burung Botak, Upih dan seumpamanya.
  • Phoenicopteriformes, Flamingo
  • Accipitriformes, Helang dan seumpamanya.
  • Falconiformes, Rajawali dan seumpamanya.
  • Gruiformes, Keria, Sintar dan seumpamanya.
  • Charadriiformes, Rapang, Kedidi dan seumpamanya.
  • Pteroclidiformes, Merbuk-Gurun
  • Columbiformes, Merpati, Pergam, Punai dan seumpamanya.
  • Psittaciformes, Nuri, Bayan, Kakaktua dan seumpamanya.
  • Cuculiformes, Sewah, Burung Mati Anak, Cenuk, Bubut dan seumpamanya.
  • Strigiformes, Burung Hantu
  • Caprimulgiformes, Burung Tukang dan seumpamanya.
  • Apodiformes, Layang-layang Sabit dan Burung Madu.
  • Coraciiformes, Pekaka, Berek-berek dan seumpamanya.
  • Piciformes, Belatuk dan seumpamanya.
  • Trogoniformes, Kesumba
  • Coliiformes, Tetupai
  • Passeriformes, Ciak, Pipit dan seumpamanya.

Senarai burung

Senarai nama burung-burung Malaysia

Antara spesies burung ialah :-

  1. Burung Gembala Kerbau
  2. Burung Ranggung Padi
  3. Burung Bangau Leher Hitam
  4. Burung Bangau Kecil
  5. Burung Bangau Sederhana
  6. Burung Helang Kembara Hitam
  7. Burung Pucung Gelam
  8. Burung Pucung Keladi
  9. Burung Pucung Seriap
  10. Burung Pucung Serandau
  11. Burung Pekaka Sungai
  12. Burung Pekaka Paruh Pendek
  13. Burung Perling Mata Merah
  14. Burung Pergam Besar
  15. Burung Tekukur
  16. burung Botak Besar
  17. burung Botak Upeh
  18. burung Undan Merah Jambu Hitam
  19. burung Pucong Keladi
  20. burung Sekendi Kepala Hitam
  21. burung Angsa Mesir
  22. burung Angsa Hitam
  23. burung Merak Pongsu
  24. burung Cenderawasih
  25. burung Serak Gunung
  26. burung Kuang Cermin
  27. burung Kuang Raya Gunung
  28. burung Kuang Cermin
  29. burung Kuang Raya
  30. burung Merah Mata
  31. burung Merak
  32. burung Pegar
  33. burung Siul
  34. burung Serok
  35. burung Enggang Papan (Buceros rhinoceros)
  36. Burung Hantu punggur (Strix leptogramurica)
  37. Burung Hantu Ketumbuk ketampi (Ketupa ketupu)
  38. Burung Hantu Rumput (Tyto longimembris)
  39. Burung Hantu Coklat (Phodilus badius)
  40. Burung Hantu Telinga Panjang (Asio otus)
  41. Burung Hantu Telinga Pendek (Asio flammeus)
  42. Pungguk (Ninox scutulata malaccensis)
  43. Burung Madu Sriganti (Nectarinia jugulris)
  44. Burung Lang Alap Jambul (Accipiter trivigartus)
  45. Burung Lang Kanguk
  46. Burung Julang Mas (Aceros)
  47. Burung Bangau
  48. Burung Belatuk
  49. Burung Bangau
  50. Burung Helang
  51. Burung Layang-layang
  52. Burung Murai
  53. Burung Pipit
  54. Burung Unta
  55. Burung Merak
  56. Burung Enggang
  57. Burung Kenari
  58. Burung Undan
  59. Burung Emu
  60. Burung Tiung
  61. Penguin
  62. Burung Puyuh
  63. Burung Hering
  64. Burung Kakaktua
  65. Burung Hantu
  66. Bayan Parakeet
  67. Burung Nuri
  68. Burung Kiwi
  69. Burung Siul
  70. Burung Ruak-ruak
  71. Burung Gagak
  72. Burung Raja Udang
  73. Burung Merpati
  74. Burung Flamingo
  75. Burung Kelicap
  76. Burung Enggang
  77. Burung Kenyalang
  78. Burung Rajawali

Rujukan

Pautan luar


Senarai burung Burung 
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Tags:

Burung Ciri-ciriBurung TaburanBurung Kelas burungBurung Senarai burungBurung RujukanBurung Pautan luarBurung

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

MikroplastikLiberalismePasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaCarles PuigdemontMelakaAmerika SyarikatMega Movie (Slot TV3)Mahatma GandhiPantang larang MelayuHannah DelishaPiala Asia B-23 AFCBatu PahatKelantan Darul Naim F.C.Adi PutraErra FaziraNegeri SembilanSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiHari WesakShaheizy SamMyKadBaby ShimaGeografi IndonesiaSultan PerakSurah Al-InsyirahBeto KusyairyJesus ChristKetumTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahPeristiwa 13 MeiMs PuiyiAliff Syukri KamarzamanKerajaan Bani AbbasiyahMata anginEyka FarhanaPerlisDasar Ekonomi BaruAmyra RosliElektroterapiSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaZul AriffinOrang BanjarSikorsky S-61A-4 NuriMinal 'Aidin wal-FaizinFilem Malaysia tahun 2024Sri Pahang FCLovely RunnerInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanKhalid bin al-WalidHassanal BolkiahAmir AhnafPegawai Waran Udara IIPak Ketipak KetipungRita NadiraRahsia (filem 2023)Slot MegaDramaDaiyan TrishaNaim DanielJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaBaba dan NyonyaAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaTentang Hati DiaKL Special ForceTugu NegaraPerlembagaan MalaysiaPenjajahan Jepun di Tanah MelayuNadia AqilahSi TanggangMegat SharizalLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaKumpulan Wang Simpanan PekerjaSetelah Cinta Itu PergiUniversiti MalayaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailHawa RizwanaHospital Sultan Idris Shah SerdangSejarah SingapuraJawatankuasa Hubungan Antara KaumHari GawaiSenarai kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia🡆 More