Tasha Shilla: Pelakon wanita Malaysia

Natasha Sheila Abdul Razak (dilahirkan pada 25 Januari 1987) atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla merupakan seorang pelakon dan model wanita di Malaysia.

Tasha memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, ketika berusia 12 tahun, muncul dalam beberapa siri televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Tentang Dhia dan Tabir Zulaikha. Tasha juga mempunyai peranan di layar lebar termasuk Ratu The Movie dan Klip 3GP, kedua-duanya dikeluarkan pada 2011.

Tasha Shilla
Tasha Shilla dalam gambar hitam dan putih.
Tasha dalam sesi fotografi pada 2013.
Kelahiran
Natasha Sheila binti Abdul Razak

(1987-01-25) 25 Januari 1987 (umur 37)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1999–kini
PasanganMuhammad Atiq Idris (k. 2020)
Anak-anak2

Kehidupan awal

Tasha dilahirkan pada 25 Januari 1987 di Ampang, Selangor. Beliau ialah anak kepada pasangan Rosnah Suratman dan Abdul Razak Razali dan mempunyai darah kacukan Melayu dan Jawa.

Kerjaya

Pada usia 12 tahun, Tasha Shilla memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, menerusi peranan kecil dalam sitkom NTV7, Spanar Jaya. Enam tahun kemudian, pada 2005, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Scha Al-Yahya, Intan Ladyana dan Izreen Azminda. Tasha membuat penampilan filem pertama menerusi peranan kecil dalam filem KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi.

Beliau muncul sebagai salah seorang peserta pertandingan ratu cantik dalam filem Ratu The Movie arahan Abdul Razak Mohaideen dan filem Klip 3GP. Pada tahun 2013, Tasha mempunyU peranan utama dalam siri drama gabungan Malaysia dan Brunei, Erna Shuraya terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).

Tasha memegang watak utama sebagai Ain Zulaikha dalam melodrama Tabir Zulaikha, berpasangan bersama Aiman Hakim Ridza di mana ia memerlukan Tasha bermain biola. Pada Februari 2017, beliau dilantik sebagai jurucakap produk kecantikan antarabangsa, SK-II setelah dinamakan sebagai Top Malaysia's Beauty Circle 2017.

Gempak Superstar

Persembahan

Tasha merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan tersingkir di konsert minggu ketiga. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Wanita Terbahagia" (nyanyian asal Bunga Citra Lestari)
  2. Minggu 2: "Aku Wanita Biasa" (nyanyian asal Krisdayanti)
  3. Minggu 3: "My Heart Will Go On" (nyanyian asal Celine Dion)

Carta penyingkiran

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr) 3 (24/Apr)
Kedudukan Peserta Keputusan
8 Tasha Kekal ke-8 (3 tercorot) Tersingkir

Kehidupan peribadi

Sekitar 2013, Tasha sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan Hans Wong yang berketurunan Cina, namun tidak berkekalan apabila berpisah pada 2015.

Beliau mendedahkan pernah mengalami kemurungan selama dua tahun dan menderita tekanan emosi dan kesukaran untuk tidur. Beliau berkata dalam entrinya di Instagram: "Selama dua tahun saya berdepan depresi disebabkan pelbagai keadaan, hidup saya menyakitkan dan sangat tertekan. Orang nampak saya tersenyum dan ketawa tetapi sejujurnya emosi dalaman yang telah mengawal hidup saya. Saya tidak boleh menjelaskan bagaimana rasanya, tetapi saya rasa penat,". Beliau kini pulih sepenuhnya daripada kemurungan.

Tasha Shilla bertunang dengan pakar kewangan Muhammad Atiq Idris pada 23 Februari 2020 selepas berkenalan selama dua bulan. Tasha dan Atiq melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Februari 2020 dengan sekali lafaz. Beliau dijangka akan berpindah ke Singapura selepas selesai bernikah.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 KL Menjerit 1 Filem pertama, pelakon tambahan
2011 Ratu The Movie Peserta
Klip 3GP Suria
2013 Rock Oo! Tasha
Chikaro
2015 Bravo 5 Nadia
2021 Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Malaika
2022 Zaara Zaara

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1999 Spanar Jaya NTV7
2006 Dilema Wanita TV1
2010 Dottie Astro Ria
2011 Gemilang Rohana TV3
Sahara Tina
Ramadhan Terakhir Sakinah
Bunga April April
Tentang Dhia Rose
2012 Atas Nama Cinta Balqis
Friday I'm In Love Odette Julia TV9
2013 Goyang Shafiq.. Jom Pi Cuti Wan Zarina TV3
Erna Suraya Erna Suraya TV2
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Ain Farohah TV3
Epilog Cinta Khirana Khirana
Terukir Di Bintang Asmara
Ariana Rose Tengku Juwita
2014 Maaf Jika Aku Tak Sempurna Zita
Kasih Berbisik
2015 Nasuha Nasuha TV9
Gerimis Salju Naminara TV1
Tabir Zulaikha Zulaikha TV3
M.A.I.D Elisa Astro Ria
2016 Diari Cinta Kita Nurul Iman TV9
2017 Sedingin Cinta Antasya Antasya Hypp Sensasi
2018 Air Mata Syurga
2019 Kamar Kamariah Sally TV3
Mimpi Sabrina Farah
Kau Yang Pertama Ameera
Ajari Playboy Itu Delia
2020 Mummy Oja Jannah Awesome TV
Jaman Tori Bawang Merah

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Ku Yakin Berlaku Rafida Astro Oasis
2011 Panggilan Arwah Astro Citra
Penggali TV3
Cinta Dalam Botol Mila
2012 Mencari Jannah Astro Oasis
Pulut Kacau Meriam Kabait Izzati Astro Prima
Landasan Cinta TV3
Saleha Saleha
2013 Cinta Di Menara Burj Khalifa Astro Prima
Bidadari Syurga Astro Oasis
Bini Aku Hantu Langsuir Seri TV9
Ramadan Jangan Ambil Nyawaku TV2
PA Cinta TV9
Ciptaan Terindah Dayana TV3
2014 Abang Samseng Jemur Kain Elyana
2015 Pengawal Hatiku TV9
2016 Penjaga Garisan Itu Suami Aku TV2
2017 Parut TV2
Kasut Untuk Ayah TV1
2018 Cucu Atuk TV3
Haloba Ayu NTV7
Syaitan Astro Citra
2020 Janin Tak Berdosa Julia Awesome TV
Kambing Golek Ramadhan TV2
2022 Aku Ingin Ke Syurga Sakinah
Ayahanda: Ibrah Ramadan Suri TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Dalang Prank (Musim 2) Dirinya sendiri Astro Warna
Ini MLM Raya
Joras & Stars
2017 HOT TV Dirinya sendiri, artis jemputan TV9


Muzik video
Tahun Lagu Penyanyi
2011 "Luar Biasa" Shahir

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Baru Wanita Popular Menang
Artis Wanita Paling Popular Online Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2012 Anugerah Blokbuster 2012 Anugerah Heroin Baru Terhebat (Ratu The Movie) Menang

Rujukan

Tags:

Tasha Shilla Kehidupan awalTasha Shilla KerjayaTasha Shilla Gempak SuperstarTasha Shilla Kehidupan peribadiTasha Shilla FilemografiTasha Shilla Anugerah dan pencalonanTasha Shilla RujukanTasha Shilla Pautan luarTasha ShillaKlip 3GPMalaysiaRatu The MovieTabir ZulaikhaTentang Dhia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Frekuensi radio di TerengganuAiman Hakim RidzaKelayakan UEFA Euro 2024Sultan Nazrin Muizzuddin ShahDompet digitalTulisan JawiPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaKhawarijInternazionale Milano F.C.Solat jamakKanun KeseksaanBanserRosyam NorPerodua MyViSyirikShahrulezad MohameddinChacha MaembongMaklumatBaju MelayuSultan SelangorKumpulan Wang Simpanan PekerjaKhulafa al-RasyidinUndang-undangJenis darahNegeri-negeri Melayu BersekutuMustapha KamalPemancutan maniSyafiq YusofSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaSenarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFAIslamPeristiwa Kampung MedanSolat subuhKugiran MasdoNasrizal NgasriGeografi JohorNorish KarmanJenayah kolar biruAlor SetarAzahari HusinBendera PalestinZara ZyaMerdeka 118Nabi Muhammad SAWMia KhalifaRicheese FactoryPembenihan awanUndang-Undang Laut MelakaMokhtar DahariSalasilah keturunan Nabi MuhammadMohd Na'im MokhtarPiala UEFANabi Ibrahim a.s.Perjanjian PangkorDataran MerdekaNabi Harun a.s.Senarai lagu yang bertemakan Hari RayaHubungan seksKota BharuRaja berperlembagaanJep SepahtuMona FandeyKhir RahmanMuhyiddin YassinAnak Perjanjian SyaitanHari GawaiNabi Lut a.s.Sejarah al-QuranPiagam MadinahYasmin AhmadTeknologi hijauAzazilPertubuhan Pribumi PerkasaSyafiq KyleIman TroyeLaluan Kelana JayaIsham JalilPedofiliaIskandar Chempaka🡆 More