Sukan Olimpik Musim Panas 2000 (bahasa Inggeris: 2000 Summer Olympicscode: en is deprecated ) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXVII (bahasa Inggeris: Games of the XXVII Olympiadcode: en is deprecated ) dan juga dikenali sebagai Sukan Olimpik Milenium, Sukan Olimpik Milenium Baharu atau Sydney 2000 merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa yang telah dilangsungkan antara 13 September dan 1 Oktober 2000 di Sydney, New South Wales, Australia.
Temasya ini merupakan kali kedua Sukan Olimpik dianjurkan di Australia dan di Hemisfera Selatan selepas Sukan Olimpik Musim Panas 1956 di Melbourne, Victoria.
Hos Bandar | Sydney, New South Wales, Australia |
---|---|
Negara | 199 |
Atlet | 10,651 (6,582 lelaki, 4,069 wanita) |
Acara | 300 dalam 28 sukan |
Pembukaan | 15 September 2000 |
Penutupan | 1 Oktober 2000 |
Dibuka oleh | Gabenor Jeneral Sir William Deane |
Kawah Obor | Cathy Freeman |
Stadium | Stadium Australia |
Musim Panas Musim Sejuk Sukan Paralimpik Musim Panas 2000 |
Sydney dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2000 pada tahun 1993. Edisi Sukan Olimpik ini juga merupakan edisi pertama yang mempunyai lebih daripada 300 buah acara dalam program sukan rasminya. Disebabkan oleh iklim Australia, temasya ini diadakan pada musim bunga dan bukan pada bulan Julai atau Ogos seperti kebanyakan Sukan Olimpik yang lain.
Sukan Olimpik 2000 telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak dari seluruh dunia, terutamanya organisasinya, kemesraan sukarelawan dan orang Australia serta sikap sukan pada atletnya. Kejayaan Sydney 2000 juga dijadikan sebagai rujukan oleh pihak penganjur London 2012.
Sydney diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2000 pada 24 September 1993 semasa Sesi IOC ke-101 yang dianjurkan di Monte Carlo, Monaco. Sydney telah mengalahkan Beijing, Berlin, Istanbul dan Manchester dalam empat peringkat pengundingan. Kekalahan Beijing dikatakan sebagai "tamparan yang besar" kepada "keutamaan politik yang penting" bagi Parti Komunis China dan rakyat negara China sehinggalah hampir berlakunya tunjuk perasaan oleh pelajar universiti di Beijing.
Bandar | Nama JOK | Peringkat 1 | Peringkat 2 | Peringkat 3 | Peringkat 4 |
---|---|---|---|---|---|
Sydney | Australia | 30 | 30 | 37 | 45 |
Beijing | Republik Rakyat China | 32 | 37 | 40 | 43 |
Manchester | United Kingdom | 11 | 13 | 11 | — |
Berlin | Jerman | 9 | 9 | — | — |
Istanbul | Turki | 7 | — | — | — |
Logo rasmi, dikenali sebagai "Orang Milenium", direka bentuk oleh FHA Image Design yang terletak di Melbourne. Logo tersebut menampilkan seorang pelari obor yang terbentuk daripada dua bumerang yang berwarna kuning bagi tangannya dan sebuah bumerang berwarna merah pada kakinya. Obor Olimpik diwakili dengan kepulan asap berwarna biru yang serupa dengan bentuk ikonik Panggung Opera Sydney.
Maskot rasmi bagi Sukan Olimpik Musim Panas 2000 ialah Syd (platypus), Millie (echidna), and Olly (burung kokabura).
Acara di Sukan Olimpik Musim Panas 2000 | ||||
---|---|---|---|---|
|
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai |
---|
|
Berikut merupakan 10 negara teratas dalam senarai kutipan pingat Sukan Olimpik ini. (Negara tuan rumah diwarnakan)
Ked. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Amerika Syarikat | 36 | 24 | 31 | 91 |
2 | Rusia | 32 | 28 | 28 | 88 |
3 | China | 28 | 16 | 15 | 59 |
4 | Australia | 16 | 25 | 17 | 58 |
5 | Jerman | 13 | 17 | 26 | 56 |
6 | Perancis | 13 | 14 | 11 | 38 |
7 | Itali | 13 | 8 | 13 | 34 |
8 | Belanda | 12 | 9 | 4 | 25 |
9 | Cuba | 11 | 11 | 7 | 29 |
10 | Great Britain | 11 | 10 | 7 | 28 |
Wiki Commons mempunyai media berkaitan Sukan Olimpik Musim Panas 2000 |
Video luar | |
---|---|
The Sydney 2000 Olympics - The official Film di YouTube |
Didahului oleh Atlanta | Sukan Olimpik Musim Panas Sydney XXVII Olympiad (2000) | Diikuti oleh: Athens |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Sukan Olimpik Musim Panas 2000, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.