Tinju

Tinju ialah sejenis sukan yang dua orang peserta sama berat melawan antara satu sama lain dengan menggunakan penumbuk dalam siri tempoh satu hingga tiga minit yang dikenali sebagai pusingan.

Dalam divisyen Sukan Olimpik dan profesional, peserta (dikenali sebagai peninju atau petinju) mengelakkan tumbukan lawan sementara cuba menumbuk lawannya. Markah diberikan untuk tumbukan padu yang tepat pada kawasan sah di bahagian hadapan tubuh lawan atas pinggang, dengan tumbukan pada kepala dan tubuh amat bernilai.

Tinju
Perlawanan tinju profesional antara Ricardo Dominguez (kiri) dengan Rafael Ortiz.

Peninju yang memperolehi mata tertinggi selepas pusingan yang ditetapkan akan diumumkan sebagai pemenang. Kemenangan juga boleh dicapai sekiranya lawan dikalah mati (atau KO) dan tidak dapat bangun sebelum pengadil membuat sepuluh kiraan, atau sekiranya lawan dianggap terlalu cedera untuk meneruskan perlawanan (kalah mati teknikal, atau TKO). Untuk simpanan rekod, TKO disamai dengan KO, dengan frasa "kalah mati teknikal" biasa digunakan untuk rencana berita sezaman.


Asal

Tinju 
Tinju belia dalam fresko Minoan di pulau Santorini, sebuah pulau Yunani.

Bukti terawal membayangkan bahawa sukan tinju tersebar luas di Afrika Utara sejak dari tahun 4000 SM dan di Mediterranean sejak dari tahun 1500 SM.

Raja Thesus, seorang raja Yunani Purba yang memerintah pada sekitar 900 SM dikatakan dihiburkan oleh lelaki-lelaki yang duduk berhadapan satu sama lain dan saling menumbuk sehingga salah satu mereka dibunuh. Dengan berlalunya masa, penumbuk-penumbuk berdiri semasa melawan dan memakai sarung tangan (tidak berpad) dan pembalut pada lengan bawah mereka tetapi selain ini, telanjang semasa bertanding. Diterima sebagai sukan Olimpik (orang Yunani Purba menggelarnya Pygme/Pygmachia) buat pertama kali pada tahun 688 SM, peserta-peserta ketika itu berlatih dengan menggunakan karung tinju (dipanggil korykos). Membebaskan jari-jari mereka, para petinju kemudian memakai pembalut kulit (dikenali sebagai himantes) pada kedua-dua tangan, pergelangan tangan, dan kekadangnya juga pada lengan bawah untuk melindungi mereka daripada kecederaan.

Di Rom Kuno, petinju biasanya merupakan penjenayah dan abdi. Mereka harap menjadi johan untuk mencapai kebebasan mereka. Bagaimanapun, lelaki bebas juga bertinju. Akhirnya, tinju menjadi amat popular sehingga orang bangsawan juga turut bertinju tetapi perbuatan mereka ini diharamkan oleh Raja Augustus. Pada tahun 500, sukan tinju diharamkan sama sekali oleh Theodoric Agung.

Sumber

Rujukan

  • Patrick Myler (1997). A Century of Boxing Greats: Inside the Ring with the Hundred Best Boxers. Buku Robson (UK) / Penerbitan Parkwest (AS). ISBN 1-86105-258-8.
  1.   "Accidents Take Lives of Young Alumni" (Julai/Ogos 2005). Alumni Illinois, 18(1), 47.

Pautan luar

Tags:

Tinju AsalTinju SumberTinju RujukanTinju Pautan luarTinjuKepalaMinitPinggangSukanSukan OlimpikTubuh

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Syed Mokhtar Al-BukharyKadazan-DusunKhadijah binti KhuwailidTuanku Abdul RahmanRuhainies FarehahQistina RaisahHarris AlifPulau RedangMan BaiKementerian Komunikasi MalaysiaEmma MaembongBeto KusyairyKumpulan Wang Simpanan PekerjaKucingSekolah Kluster KecemerlanganTanah Melayu BritishFaralyna IdrisSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaAgama di MalaysiaAween IsmailFrekuensi radio di PahangRaja berperlembagaanFarah AhmadNazim OthmanTuanku MuhrizNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuDini SchatzmannLoloqTracie SinidolNelydia SenrosePiagam MadinahShah IskandarRujukan kehormatJohor BahruAmyza AznanTengku Permaisuri NorashikinMuhamad Akmal SalehNabi Nuh a.s.Frekuensi radio di Negeri SembilanHasnul RahmatAliff Syukri KamarzamanNora DanishFrekuensi radio di KelantanUniversiti MalayaKhaliq Mehtab Mohd IshaqRemy IshakPutrajayaNur (drama)Nadia AqilahRedza RosliGunung KinabaluMuhyiddin YassinAnugerah AidilfitriHari Kebangsaan MalaysiaJohor Darul Ta'zim F.C.Nabi Adam a.s.TaoismeBugisNeelofaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahPak Ketipak KetipungPersekutuan Tanah MelayuDewan Negeri SelangorSusukTravelokaMedia sosialHari PekerjaMasya-AllahKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaAdi PutraHady MirzaFrekuensi radio di MelakaEda EzrinNabi Sulaiman a.s.Pencemaran udaraBuah pelagaSlot SamarindaLumut, Perak🡆 More