Pergelangan Tangan

Dalam anatomi manusia, pergelangan tangan ditakrifkan sebagai karpus atau tulang karpus, iaitu kompleks lapan tulang yang membentuk segmen rangka proksimal pada tangan;; sendi pergelangan tangan atau sendi radiokarpus, iaitu sendi di antara radius dan karpus;; dan bahagian anatomi yang melingkungi karpus, termasuk bahagian distal tulang lengan bawah dan bahagian proksimal metakarpus atau lima tulang metakarpus dan rangkaian sendi di antara tulang-tulang ini, maka bergelarnya sendi pergelangan tangan.

Anggota ini juga merangkumi terowong karpus, kotak sedut anatomikal, fleksor retinakulum, dan ekstensor retinakulum.

Sendi pergelangan tangan
سندي ڤرݢلڠن تاڠن
Pergelangan Tangan
Tangan manusia yang dilabelkan pergelangannya di sebelah kiri.
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinarticulatio radiocarpea
MeSHD014953
TAA01.1.00.026
FMAFMA:24922
Terminologi anatomi

Sebagai kesan daripada pelbagai takrifan ini, keretakan pada tulang karpus dipanggil keretakan karpus, sementara keretakan seperti keretakan radius distal dikira sebagai keretakan pergelangan tangan.

Anatomi

Pergelangan Tangan  Pergelangan Tangan 
Aspek-aspek posterior dan anterior pergelangan tangan kanan manusia
Pergelangan Tangan  Pergelangan Tangan 
Ligamen pergelangan tangan. Pandangan posterior dan anterior

Persendian

Sendi-sendi radiokarpus, interkarpus, midkarpus, karpometakarpus, dan intermetakarpus sering saling berhubung melalui satu rongga sinovial terkongsi.

Pergelangan Tangan 
Mikroradiografi tangan embrio manusia 8 minggu

Tangan ekstrinsik

Sendi radioulna distal adalah sendi pangsi yang terletak di antara tulang-tulang lengan bawah, radius dan ulna. Terbentuk oleh hulu ulna dan takuk ulna radius, sendi ini terpisah dari sendi radiokarpus oleh sekeping cakera artikular yang terletak di antara radius dan proses stiloid ulna. Kapsul sendi ini longgar dan menjangkau dari reses saksiform inferior kepada syaf ulna. Bersama dengan sendi radioulna proksimal, sendi radioulna distal memboilehkan pronasi dan supinasi.

Sendi radiokarpus atau sendi pergelangan tangan radiocarpal joint merupakan sendi elipsoid yang terbentuk oleh radius dan cakera atikular secara proksimal, dan baris proksimal tulang karpus secara distal. Tulang karpal pada sebelah ulna hanya melakukan sentuhan berjeda dengan sebelah proksimale — trikuetrum hanya bersentuhan ketika abduksi ulna. Kapsul yang kendur dan tidak bercabang itu nipis di sebelah dorsal dan mungkin mengandungi lipatan sinovial. Kapsul itu selanjar dengan sendi midkarpus dan dikuatkan oleh berbilang ligamen, termasuklah ligamen radiokarpus palma dan dorsal, dan ligamen kolateral ulna dan radius.

Tulang karpus tangan:
Proksimal: A=Skafoid, B=Lunat, C=Trikuetrum, D=Pisiform
Distal: E=Trapezium, F=Trapezoid, G=Kapitat, H=Hamat

Di dalam tangan, sejumlah 13 batang tulang membentuk pergelangan, iaitu lapan batang tulang karpus—skafoid, lunat, trikuetrum, pisiform, trapezium, trapezoid, kapitat, dan hamat— dan lima tulang metakarpus—iaitu yang pertama, kedua, ketiga, keempat, dan kelima.

Sendi midkarpus adalah ruang sendi berbentuk S yang memisahkan baris tulang karpus proksimal dan distal. Sendi-sendi interkarpus di antara tulang-tulang setiap baris, dikuatkan oleh ligamen karpus radius dan pisohamat serta ligamen palma, interos, dan dorsal. Mungkin terdapat suatu takat kebolehgerakan sesama tulang-tulang di baris proksimal sementara tulang-tulang baris distal bersambung sesama sendiri dan dengan tulang metakarpus —di sendi karpometakarpus— oleh ligamen-ligamen kuat —ligamen pisometakarpus, karpometakarpus palma and dorsal— yang membentuk satu entiti berfungsi daripada tulang-tulang ini. Di samping itu, sendi-sendi di antara asas-asas tulang metakarpus, iaitu persendian intermetakarpus, dikuatkan oleh ligamen intermetakarpus dorsal, interos, dan palma.

Catatan

Rujukan

Tags:

Pergelangan Tangan AnatomiPergelangan Tangan CatatanPergelangan Tangan RujukanPergelangan TanganAnatomi manusiaKarpusMetakarpus

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Akut (perubatan)Pakatan HarapanSenarai poskod di MalaysiaSenarai saluran Astro NJOIFarajKucingAgama BuddhaDemografi MalaysiaMalaysia MadaniDini SchatzmannSarimah IbrahimPembimbing Rakan SebayaProton SagaNegeri SembilanMajlis Amanah RakyatBola tamparGerak KhasTuanku Ja’afarParti Islam Se-MalaysiaRinggitPulau PinangSharnaaz AhmadKanun KeseksaanMadinah al-MunawwarahAyamMenteri Pendidikan MalaysiaPASKAL (filem)Mohamed Khaled NordinPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaEyra HazaliNabi Musa a.s.Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaHazama AzmiSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaZahirah MacWilsonInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanPremier SarawakProton Saga (generasi kedua)Senarai peribahasa (A–M)Orang JawaPontianak Harum Sundal Malam IISijil Tinggi Persekolahan MalaysiaSifat-sifat AllahLiberalismeMuhyiddin YassinSabah F.C. (Malaysia)Perang Dunia KeduaSelawatPerakJambatan Pulau PinangNike ArdillaLiga Super Malaysia 2024–25IsrafilRejimen Askar WataniahSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanSyerifChempaka Emalin PahaminAli bin Abi TalibOrang Asli di MalaysiaPersekutuan Tanah MelayuNajua NasirDoa IftitahTahun Baru CinaPutri Kuswisnu WardaniIsrak dan MikrajSenarai kaum di MalaysiaNasi kandarHadisJabatan Kastam Diraja MalaysiaMustika RatuKelurMat KilauSlot MegaDramaNabila RazaliMakkahKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaKu FaridahRangka manusia🡆 More