Soulmate Hingga Jannah

Soulmate Hingga Jannah merupakan filem drama komedi romantik Malaysia 2017 arahan Abdul Razak Mohaideen terbitan FiTA Studios Sdn.

Bhd. Filem ini dibintangi oleh Taufik Batisah, Raja Ilya dan Erra Fazira serta menampilan barisan pelakon lain. Filem ini ditayangkan pada 16 Februari 2017. Sebuah novel adaptasi filem dengan tajuk sama telah diterbitkan dan ditulis oleh Ayu Haswinda.

Soulmate Hingga Jannah
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenulisAzhari Zain
Dihasilkan olehAbdul Latiff Mohaideen
Dibintangi
SinematografiMohd Izwan Daini
Disunting olehFaizul A. Rashid
Muzik olehAzmeer PC
Syarikat
penerbitan
FiTA Studios Sdn. Bhd.
Diedarkan olehAlternate Studios Sdn. Bhd.
Tarikh tayangan
16 Februari 2017
Masa tayangan
114 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM200,000

Plot

Seorang gadis kampung Rokiah (Raja Ilya) bersemangat apabila mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur. Malangnya dia terpaksa bekerja di bawah seorang bos kejam bernama Azmeer (Taufik Batisah) yang merasakan dirinya "En. Sempurna". Namun semakin lama, Azmeer mula berubah hati kepada Rokiah yang mengingatkannya kepada arwah isterinya, Khalisa. Bagaimanapun, dia berada dalam keadaan dilema kerana dia telah berjanji kepada isterinya yang dia tidak akan jatuh cinta dan berkahwin dengan wanita lain.

Pelakon

Penerbitan

Soulmate Hingga Jannah diarahkan oleh A. Razak Mohaideen yang terkenal dengan beberapa filem arahannya termasuk Jutawan Fakir (2003) dan 7 Perhentian (2004). Ia merupakan filem ke-40 arahannya, filem ini pada awalnya diberi tajuk Soulmate, namun terpaksa dipanjangkan atas permintaan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Razak berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian:

"Syarat terbaharu LPF tidak mahu filem Melayu menggunakan judul Inggeris. Bagaimanapun atas rundingan, pihak LPF bersetuju mengekalkan judul Soulmate tapi perkataan Soulmate itu perlu di Italic. "Saya juga turut menambahkan judul Hingga Jannah agar memenuhi kriteria LPF,"

Penggambaran filem ini dijalankan selama dua minggu di Chiang Mai, Thailand dan selebihnya dijalankan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang. Penyanyi Singapura, Taufik Batisah memegang watak utama sebagai Azmeer, Soulmate Hingga Jannah merupakan filem keduanya selepas Dukun Dr. Dani (2016).

Keluaran dan sambutan

Soulmate Hingga Jannah dikeluarkan pada 16 Februari 2017 di pawagam seluruh Malaysia dan telah meraih kutipan sebanyak RM200, 000 selepas seminggu ditayangkan. Filem ini menerima ulasan negatif daripada pengkritik filem, Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online melihat filem ini sebagai sebuah “cerita cinta yang kurang jiwa”. Tahir Alhamzah dari New Straits Times pula berkata: "Kadang-kadang ia datang apabila seseorang paling tidak mengharapkannya, atau bahkan tidak bersedia untuk itu. Tetapi apabila ia berlaku, tidak ada yang menghalangnya; walaupun hubungan itu kelihatan tidak mungkin."

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Soulmate Hingga Jannah PlotSoulmate Hingga Jannah PelakonSoulmate Hingga Jannah PenerbitanSoulmate Hingga Jannah Keluaran dan sambutanSoulmate Hingga Jannah RujukanSoulmate Hingga Jannah Pautan luarSoulmate Hingga JannahAbdul Razak MohaideenErra FaziraRaja IlyaTaufik Batisah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jenis air untuk bersuci dalam IslamJattLiberalismeBatu PahatJasmine Suraya ChinSistem SuriaAaron AzizProton SagaFilem Malaysia tahun 2024Pegawai memerintahOrang Cina MalaysiaFrekuensi radio di PerakSingapura Dilanggar Todak (filem)Jam 24 jamPerkahwinan menurut IslamNasi himpitKadazan-DusunBunga rayaAhli Sunah WaljamaahGrup Gerak KhasSolat subuhKerisSejarah MelakaNicol Ann DavidDewan Negeri SelangorPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaInisiatifAbang Long Fadil 3Inna lillahi wa inna ilaihi raji'unNombor perdanaSabah F.C. (Malaysia)Nadia AqilahLaskar MudaPenjodoh bilangan bahasa MelayuNasha AzizFikry IbrahimJosiah HoganIsa KhanPiala Asia B-23 AFC 2024Sari YantiKesan perubahan iklimPetronasYouTube RewindSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSidratulmuntahaFasha SandhaAzhar IdrusKiesha AlvaroNabi Adam a.s.Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013Najis dalam IslamMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahMenteri Pendidikan MalaysiaFahmi FadzilSharnaaz AhmadNegeri SembilanAngel (penyanyi)Private BodyguardZiana ZainSejarah MalaysiaAllahKata adjektifPakatan HarapanZarina ZainoordinKanun KeseksaanKhairulamingVirusSenarai Yang di-Pertuan AgongPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSejarah IslamNabi Lut a.s.Niezam ZaidiIntan LadyanaPulau PangkorSalahuddin al-AyyubiJohorDaerah di Malaysia🡆 More