Shiba Inu: Baka anjing dari Jepun

Shiba inu atau hanya shiba ialah satu baka anjing pemburu dari Jepun.

Sebagai baka kecil hingga sederhana, ia merupakan yang terkecil antara enam baka anjing asli dari Jepun.

Shiba inu
Shiba Inu: Penampilan, Perangai, Sejarah
Seekor shiba inu merah berusia tiga tahun
Nama lain
  • Shiba
  • Shiba inu Jepun
  • Shiba ken
Negara asalJepun
Trait
Berat Jantan 10 kg (22 lb)
Betina 8 kg (18 lb)
Tinggi Jantan 35–43 cm (14–17 in)
Betina 33–41 cm (13–16 in)
Bulu ganda
Warna merah, hitam dan sawo matang, krim, bijan, bijan hitam, bijan merah
Saiz perinduk purata 3 ekor anak anjing
Jangka hayat 15 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)
Shiba inu

Shiba Inu: Penampilan, Perangai, Sejarah

"Shiba inu" dalam Kanji
Nama Jepun
Kanji: 柴犬
Hiragana: しば いぬ

Sebagai anjing kecil, berwaspada, dan tangkas yang sangat bagus dengan rupa bumi bergunung-ganang dan denai kembara, shiba inu pada asalnya dibiakbakakan untuk perburuan. Ia terlihat serupa namun kerap dikelirukan dengan baka anjing Jepun lain seperti anjing Akita atau anjing Hokkaido, tetapi shiba inu merupakan baka berbeza dengan susur galur, perangai, dan saiz lebih kecil tersendiri berbanding dengan anjing Jepun lain.

Penampilan

Bingkai tubuh shiba adalah padat dengan otot cukup terbentuk.

Shiba inu berlapis bulu ganda dengan lapis bulu atas yang kaku dan lurus dan lapis bulu bawah yang lembut dan tebal. Bulunya pendek termasuk pada muka mirip rubah, telinga, dan tungkai. Rerambut pengawal terletak menjauh dari tubuh dan kira-kira sepanjang 4–5 cm (1.5–2 in) di kelasa. Tujuan rerambut pengawal adalah untuk melindungi kulit di bawahnya dan untuk menangkis hujan atau salji. Bulu ekornya lebih panjang sedikit dan terbuka semasa diberus. Ekornya merupakan ciri pentakrif dan menjadikannya terserlah berbanding dengan baka anjing lain.

Warna krim dianggap sebagai "kecacatan besar" oleh kedua-dua Japan Kennel Club dan American Kennel Club. Ia tidak patut langsung sengaja dibiakbakakan dengan anjing pertunjukan, kerana tanda-tanda yang disyaratkan yang dikenali sebagai "urajiro" (Jepun: 裏白) tidak terlihat; "Urajiro" secara harfiah diterjemahkan kepada "putih bawahan". Sebaliknya, lapis bulu putih (krim) memang diterima menurut piawaian baka The Kennel Club.

Urajiro (warna ventral antara krim dengan putih) disyaratkan untuk kawasan-kawasan berikut pada semua warna lapis bulu: di sisi muncung, di pipi, di dalam telinga, di bahagian bawah rahang dan di bahagian atas tekak, di dalam tungkai, di abdomen, di sekitar bukaan dan di bahagian hadapan ekor. Pada anjing merah: umumnya di tekak, di dada hadapan, dan di dada. Pada anjing hitam dan anjing bijan: umumnya sebagai tanda segi tiga di kedua-dua sisi dada hadapan.

Perangai

Shiba Inu: Penampilan, Perangai, Sejarah 
Seekor anak shiba inu

Shiba inu dianggap sebagai bakai berwaspada, penyayang, dan berdikari dengan kecerdasan tinggi tetapi juga agak degil dan keras kepala.

Istilah-istilah "keberanian bersemangat" (Jepun: 悍威, Hepburn: kan'i), "sifat baik" (Jepun: 良性, Hepburn: ryōsei), dan "kenaifan" (Jepun: 素朴, Hepburn: soboku) mempunyai tafsiran halus yang menjadi buah mulut bagi banyak ulasan.

Tinjauan pakar mengelaskan shiba inu sebagai baka yang mempunyai "agresi tinggi, kereaktifan tinggi, dan kebolehlatihan sederhana". Satu penjelasan mungkin untuk ini dan tingkah laku yang diperhatikan ialah bahawa shiba inu lebih berkait rapat dengan serigala berbanding dengan anjing bela jinak dari negara lain.

Oleh sebab kecerdasan tinggi baka ini, ia memerlukan banyak senaman dan rangsangan. Senaman tidak cukup dapat menyebabkan kebimbangan yang membawa kepada tingkah laku yang tidak diingini, yang ketara merupakan "jeritan shiba".

Tinjauan di Jepun mendapati bahawa shiba inu lebih berkemungkinan untuk penglibatan dalam tingkah laku pemusnah, keengganan berjalan semasa bercawak, penglibatan dalam tingkah laku percubaan pengawanan, dan pengejaran ekor. Shiba inu juga didapati kurang berkemungkinan untuk menyalak terhadap bunyi semasa di dalam rumah.

Sejarah

Shiba Inu: Penampilan, Perangai, Sejarah 
Serpihan dogū Zaman Jōmon dengan telinga tajam, digali ke luar di Wilayah Aomori

Shiba inu telah dikenal pasti sebagai baka basal yang mendahului kemunculan baka-baka moden pada abad ke-19. Anjing dengan penampilan serupa dengan shiba inu diwakili pada dogū yang dibuat semasa zaman prasejarah Jōmon dalam sejarah Jepun.

Shiba inu dibiakbakakan untuk memburu dan menggarah buruan kecil, seperti burung dan arnab. Shiba hidup di kawasan pergunungan di Kawasan Chūbu. Semasa Pemulihan Meiji, baka anjing barat diimport dan silangan antara anjing ini dengan baka asli Jepun menjadi popular. Dari tahun 1912 hingga tahun 1926, hampir tiada shiba tulen yang tersisa. Dari sekitar tahun 1928, para pemburu dan cendekiawan mula menunjukkan minat dalam perlindungan shiba tulen yang tersisa.

Sungguhpun terdapat usaha untuk memulihara baka ini shiba hampir menjadi pupus semasa Perang Dunia Kedua oleh sebab gabungan kekurangan bekalan makanan dan epidemik distemper pascapeperangan. Semua anjing selepas itu dibiakbakakan hanya daripada tiga susur galur terselamat. Susur galur ini merupakan shiba Shinshu dari Wilayah Nagano, shiba Mino dari bekas Wilayah Mino di selatan Wilayah Gifu yang ada kini, dan shiba San'in dari Wilayah Tottori dan Wilayah Shimane.

Shiba Shinshu memiliki lapis bulu bawah padu, dengan lapis rerambut pengawal padat, bersaiz kecil, dan berwarna merah. Shiba Mino cenderung mempunyai telinga tajam tebal dan memiliki ekor sabit, berbanding dengan ekor melingkar umum yang ditemukan pada kebanyakan shiba moden. Shiba San'in pula lebih besar daripada kebanyakan shiba moden dan cenderung berwarna hitam tanpa sawo matang umum dan sentuhan putih yang ditemukan pada shiba hitam dan sawo matang moden.

Apabila kajian terhadap anjing Jepun diformalkan pada awal dan pertengahan abad ke-20, ketiga-tiga strain ini digabungkan menjadi satu baka lengkap, shiba inu. Piawaian baka Jepun pertama untuk shiba, iaitu piawaian Nippo, diterbitkan pada tahun 1934. Pada Disember 1936, shiba inu diiktiraf sebagai Monumen Semula Jadi Jepun melalui Akta Harta Benda Budaya, kebanyakannya oleh sebab usaha Nippo (Nihon Ken Hozonkai), iaitu Persatuan Pemuliharaan Anjing Jepun.

Pada tahun 1954, sebuah keluarga askar bersenjata membawa shiba inu pertama ke Amerika Syarikat. Pada tahun 1979, perinduk tercatat pertama dilahirkan di Amerika Syarikat. Shiba diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 1992 dan ditambahkan ke dalam Kumpulan Bukan Sukan AKC pada tahun 1993. Ia kini terutamanya dibela sebagai anjing peliharaan di Jepun dan di luar negara. Menurut American Kennel Club, shiba inu ialah anjing teman nombor satu di Jepun. Di Amerika Syarikat, baka ini ditempatkan di tangga ke-44 dari segi pendaftaran untuk tahun 2016 dengan American Kennel Club.

Kesihatan

Shiba Inu: Penampilan, Perangai, Sejarah 
Seekor shiba inu yang digambarkan di Itali pada tahun 2008

Sebuah kajian di Jepun tentang kehelan tempurung lutut pada baka kecil mendapati bahawa shiba inu mempunyai kadar kedua tertinggi bagi keadaan ini dengan 35% daripada jumlah shiba inu yang ditinjau terjejas. Tiga gen milik baka ini yang dikaitkan dengan glaukoma ditemukan dalam analisis penjujukan DNA. Sebuah lagi kajian dari Jepun yang menyembak kes anjing yang dipersembahkan untuk pemeriksaan oftalmologi mendapati bahawa shiba inu merangkumi 33% daripada semua kes glaukoma sementara hanya merangkumi 2.7% daripada jumlah populasi yang digunakan dalam kajian.

Piometra, iaitu jangkitan rahim pada betina utuh, adalah lebih lazim sedikit pada shiba inu. Shiba inu cenderung terhadap dermatitis atopi anjing. Satu penyakit autoimun yang lazim pada anjing Akita, sindrom mirip Vogt-Koyanagi-Harada, diketahui berlaku pada shiba inu.

Jangka hayat

Semakan data perkuburan di Jepun mendapati bahawa shiba inu mempunyai jangka hayat sebanyak 15 tahun setengah, yang lebih tinggi daripada mana-mana baka lain.

Sungguhpun bukan baka anjing popular di luar Jepun, shiba inu telah menjadi popular di Internet. Doge ialah meme Internet dari tahun 2013 yang menyertakan seekor shiba ibu dan teks bahasa Inggeris rosak. Mata wang kripto popular, Dogecoin, dinamai sempena meme ini dan logonya mempunyai imej shiba inu itu. Baka ini kerap dirujuk sebagai shibe dalam meme. Menurut Jamie Cohen, seorang penolong profesor kajian media di Queens College di City University of New York, baka shiba inu telah mempunyai kehadiran ketara dalam kebudayaan dalam talian sekurang-kurangnya sejak tahun 2010.

Seekor lagi shiba inu yang menjadi tular ialah anjing yang dikenali sebagai 'Cheems'. Ia menjadi tular semasa pandemik COVID-19 dan memperoleh perhatian seluruh dunia. Cheems mati semasa pembedahan kansert pada 18 Ogos 2023 pada usia 12½ tahun.

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Shiba Inu PenampilanShiba Inu PerangaiShiba Inu SejarahShiba Inu KesihatanShiba Inu Dalam kebudayaan popularShiba Inu Lihat jugaShiba Inu CatatanShiba Inu RujukanShiba Inu Pautan luarShiba InuAnjing pemburuBaka anjingJepun

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

NabiSherry AlhadadFuckFikry IbrahimJean Retno AryaniMalaysia MadaniKerajaan Persekutuan MalaysiaTengku Amir ShahPelesitPeraturan bola jaringBatu CavesM. NasirAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaAl-QuranSalahuddin al-AyyubiSejarah SingapuraSenarai negara mengikut sistem kerajaanKementerian Dalam Negeri MalaysiaJasmine Suraya ChinZahirah MacWilsonKelapa sawitJenis darahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalBella DallyVanny RossyaneMalariaHarimauKata namaAliff Syukri KamarzamanKerajaan Bani AbbasiyahSejarah MalaysiaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuPentaksiran Tingkatan TigaShah IskandarNadhir NasarNabi Ibrahim a.s.Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaKKN di Desa Penari (filem)Sultan Sharafuddin Idris ShahKata ganti diriUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaKugiran MasdoJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan MalaysiaKedahMajlis Raja-RajaRukun solatKhalid Mohamad JiwaBarisan NasionalBismillahNilai, Negeri SembilanCuti umum di MalaysiaProton PerdanaTengkolokNora DanishKedah TuaKemahiran interpersonalRaysha RizroseKucingProton SagaBugisHarris AlifHantu Kak LimahPerpustakaan Nasional Republik IndonesiaSearch (kugiran)Politik balas budiSlot AkasiaAdnan bin SaidiSifat-sifat AllahMenara Berkembar PetronasOrang Melayu IndonesiaPremier SarawakSyiahJep SepahtuBoBoiBoyMalaysiaHari Guru🡆 More