Sem

Sem (Ibrani: שֵׁםcode: he is deprecated Šēm terkenal; kemakmuran; nama diinggeriskan kepada Shem; Arab: سَام‎, rumi: Sāmcode: ar is deprecated , Yunani: Σήμ, rumi: Sḗmcode: el is deprecated , bahasa Ge'ez: ሴም, Sēm) adalah salah seorang anak Nabi Nuh di dalam tradisi Yahudi dan Kristian malah juga sesetengah pandangan sejarawan Islam seperti Ibnu Ishaq dan Ibnu Hisyam yang mengira masuk beliau dalam salasilah keluarga Nabi Muhammad.

Beliau dikatakan anak sulung, meskipun beberapa tradisi menyebutnya sebagai anak yang kedua. Injil Kejadian 10:21 merujuk kepada usia Sem dan saudaranya Yafet, tetapi tidak jelas, sehingga menghasilkan terjemahan yang berbeza-beza. Ayat ini diterjemahkan dalam KJV demikian:

    "Unto Shem also, the father of all the children of Eber, the brother of Japheth the elder, even to him were children born."
    Bagi Sem pula, bapa dari semua anak Eber, saudara dari Yafet yang lebih tua, bahkan kepadanya dilahirkan anak-anak."

Namun, New American Standard Bible menerjemahkan:

    "Also to Shem, the father of all the children of Eber, and the older brother of Japheth, children were born."
    Juga bagi Sem, bapa dari semua anak Eber, dan abang dari Yafet, dilahirkan anak-anak."

Kejadian 11:10 mencatatkan bahawa Sem berumur 100 tahun ketika Arpakhsad dilahirkan dua tahun setelah air bah besar zaman Nuh, sehingga ketika banjir melanda usianya 98 tahun. Setelah itu, ia hidup 500 tahun lagi, sehingga umurnya pada saat kematiannya adalah 600 tahun.

Anak-anak Sem adalah Elam, Asyur, Aram, Arpakhsad dan Lud, selain sejumlah anak perempuan. Abraham, leluhur bangsa Yahudi dan Arab, adalah salah seorang keturunan Sem.

Sem adalah leluhur beberapa bangsa di Timur Tengah; ia adalah nenek moyang Elam, Asyur, Arpakhsad atau Arpakhaxad juga Arfakhshad (menurut Yosefus, Khaldea, yang kemudian menurunkan bangsa Ibrani dan Arab), Lud (Lidia) dan Aram (Suriah).

Istilah seperti "Semit" dan "Hamit" kini tidak banyak digunakan, dan kadang-kadang bahkan dianggap ofensif, kerana mengandungi konotasi "rasial". Bentuk-bentuk adjektiva "Semit" dan "Hamit" lebih lazim, meskipun istilah 'Hamit' yang kabur telah ditinggalkan di kalangan akademik arus utama pada 1960-an. Istilah Semit masih lazim digunakan untuk Bahasa-bahasa Semit, sebagai sub-kelompok dari bahasa Afro-Asia, yang merujuk kepada warisan linguistik yang sama dari bahasa Arab, Aram, Akkadia, Ethiopia, Ibrani dan Fenisia.

Istilah Semit juga digunakan dalam ungkapan "anti-Semit" untuk merujuk kepada prasangkat rasial(kaum), etnik, atau budaya yang semata-mata ditujukan kepada orang Yahudi.

Menurut sejumlah tradisi Yahudi (mis., B. Talmud Nedarim 32b; Bereshit Rabbah 46:7; Bereshit Rabbah 56:10; Vayikrah Rabbah 25:6; Bamidbar Rabbah 4:8.), Sem diyakini sebagai Melkizedek, raja Salem yang dikatakan pernah ditemui oleh Abraham setelah pertempuran melawan empat raja.

Sem disebutkan dalam Kitab Kejadian 5:32, 6:10; 7:13; 9:18,23,26-27; 10; 11:10; juga dalam 1 Tawarikh 1:4.

Salasilah menurut "Kitab Yasir"

Sebuah buku yang dinyatakan telah hilang "Kitab Yasir" yang muncul sekitar tahun 1625, dan secara luas dianggap sebagai kitab palsu, memberikan sejumlah nama yang tidak ditemukan dalam sumber lainnya manapun. Sebagian orang telah merekonstruksikan silsilah yang lebih lengkap berdasarkan informasi berikut:

Sem. Juga Sem. Erti harfiahnya adalah dinamai atau dikenali (bapa dari ras Semit). Anak-anak Sem adalah:

  • Elam "kekekalan" (anak-anaknya adalah Shushan, Makhul dan Harmon) - (suku Elam)
  • Asyur "sebuah langkah" atau "kuat" (anak-anaknya adalah Mirus dan Mokil) - (bangsa Asyur dan bangsa Irak Utara);
  • Arpakhaxad "aku akan gagal" (anak-anaknya adalah Selakh, Anar dan Asykol) - (bangsa Khaldea (Kasdim), bangsa Irak selatan, bangsa Ibrani , bangsa Israel, bangsa Arab, bangsa Bedouin, bangsa Moab, bangsa Jordan, bangsa Palestin, bangsa Sabea, dan kelompok-kelompok terkait);
  • Lud "berjuang" (anak-anaknya adalah Petor dan Bizayon) - (Ludim, Lubim, Ludia, Ludu, bangsa Lidia, Khub, Berber, dan kelompok-kelompok terkait di Asia Kecil dan Afrika Utara);
  • Aram "yang dimuliakan" (anak-anaknya adalah Uz, Khul, Gather dan Mash) - (bangsa Aram, bangsa Suriah, bangsa Lubnan, kelompok-kelompok terkait lainnya), dan sisa-sisa kelompok lainnya di seluruh Asia, Timur Tengah, dan Afrika Utara.

Lihat pula

  • Anak-anak Nuh
  • Para istri yang menumpang Bahtera
  • Subaria
  • Finnegans Wake

Rujukan

Pautan luar

  • GENEALOGY OF MANKIND from Adam to Japheth, Shem, dan Ham: click

Templat:Adam hingga Daud

Tags:

Sem Salasilah menurut Kitab YasirSem Lihat pulaSem RujukanSem Pautan luarSemAbu Muhammad Abdul Malik bin HishamBahasa ArabBahasa Ge'ezBahasa IbraniBahasa YunaniIslamKristianMuhammad bin Ishaq bin YasarNabi MuhammadNabi Nuh a.s.YafetYahudi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kedudukan Dunia FIFAKhunsaBatik Air MalaysiaAssalamualaikumKatedral St PaulPangsapuriSungai BulohNabi Yusuf a.s.PerlisNabila HudaSibuOlahragaSenarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Amerika SelatanRamadanAna DahliaMohd Na'im MokhtarRujukan kehormatSainsAgamaNur (drama)CibaiRukun solatMira FilzahSimpulan bahasaAngkatan Tentera MalaysiaYang di-Pertua Negeri SarawakTakdir Itu Milik AkuPasukan bola sepak kebangsaan OmanAbdul Taib MahmudM.O.BIsu kalimah Allah pada stoking 2024Irma HasmieLondonHubungan seksSurah al-AlaqTauratKanun KeseksaanAmpangHannah DelishaFarah AhmadSolat Sunat Tahiyyatul MasjidNabi Lut a.s.AdiraAndai Itu TakdirnyaOnn Hafiz GhaziIsrafilMahathir MohamadNegeri-negeri Melayu BersekutuKanchan TiranaPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaRozita Che WanPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Raja AzuraTahun Baru CinaRukun ImanRita RudainiYusof HaslamAmir JahariKimpalanPuteri Gunung LedangKontroversi stoking kalimah Allah 2024Perang BadarSenarai peribahasa (A–M)Sekolah Henry GurneyQatarIbanBaby ShimaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021T-araTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahUniversiti Teknologi MARAErry PutraRedza RosliPenggunaFatimah al-ZahraPeristiwa 13 MeiSultan PerakKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia🡆 More