Samarkand

Samarkand (Uzbek: Samarqand, Самарқандcode: uz is deprecated , Tajik: Самарқандcode: tg is deprecated , Parsi: سمرقندcode: fa is deprecated , Turki: Semerkantcode: tr is deprecated , Rusia: Самаркандcode: ru is deprecated ) ialah bandar kedua terbesar di Uzbekistan dan antara bandar tertua di Asia Tengah.

Ia dikenali sebagai Maracanda pada tahun 4 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan ibu kota kepada Sogdiana dan ditakluk oleh Iskandar Zulqarnain (atau Alexander Agung) pada tahun 329 SM. Kemudian, ia diperintah oleh orang Turki Asia Tengah pada 6 Masihi (M), Arab (8M), Samanid dari Iran (9-10M) dan pelbagai puak dari Turki (11-13M) sebelum dirampas oleh Dinasti Khwarezm Shah (awal 13M) dan dimusnah oleh penakluk Mongol, Genghis Khan. Selepas pemberontakan terhadap pemerintahan Mongol (1365), Samarkand muncul sebagai pusat kepada Empayar Timurlang (Tamerlane) yang mengubah bandar ini kepada pusat ekonomi dan budaya yang terpenting di Asia Tengah.

Samarkand
Sudut Masjid Samarkand
Samarkand
Peta Uzbekistan menunjukkan lokasi Samarqand dan bandar-bandar lain

Samarkand ditakluk orang Uzbek pada 1500 menjadi sebahagian daripada entiti politik Empayar Mongol di Bukhara. Menjelang kurun ke-18, ia mengalami kemerosotan dan ditinggalkan di antara tahun 1720-1770. Ekonominya bangkit semula selepas ia menjadi pusat wilayah Empayar Rusia (1887). Di antara tahun 1924-1936, ia menjadi pusat kepada Republik Sosialis Soviet Uzbekistan. Pada hari ini, Samarkand mengandungi sebuah kota lama yang wujud sejak Zaman Pertengahan dan juga sebuah seksyen baharu yang telah dibina selepas penaklukan oleh Rusia pada kurun ke-19.

Pelan lama kota ini terdiri daripada jalan raya yang bertumpu ke arah tengah kota dari enam pintu yang berasal daripada dinding kota sepanjang 5 batu (8 km) yang dibina sejak kurun ke-11. Dinding dan pintu ini telah diroboh oleh orang Rusia tetapi pelan asal yang wujud sejak Zaman Pertengahan masih utuh hingga kini. Kota lama ini memiliki sebahagian daripada monumen seni bina terbaik Asia Tengah dari kurun ke-14 hingga kurun ke-20 termasuk beberapa bangunan yang telah wujud sejak Samarkand menjadi ibu kota Empayar Timurlang. Antaranya adalah Masjid Bibi-Khanom (1399-1404), sebuah bangunan yang diarah dibina oleh isteri Timurlang berbangsa Cina, dan makam Gur-e Amir, yang merupakan makam Timurlang dan dibina sekitar 1405. Terdapat juga makam Ak Saray yang mengandungi fresko dalaman menakjubkan yang dibina pada pertengahan kurun ke-15; Dataran Rigestan yang merupakan dataran awam menarik dan berhadapan beberapa Madrasah - antaranya diasaskan oleh cucu Timurlang iaitu ahli falak Ulugh Beg (1417-20), yang menjadi asas kepada pembinaan Madrasah jenis Shirdar (1619-1635/36) dan jenis Tilakari (pertengahan kurun ke-17). Ketiga-tiganya menyempadani dataran ini daripada tiga penjuru. Samarkand juga memiliki makam, Madrasah, dan Masjid yang wujud antara kurun ke-15 dan kurun ke-17 tetapi ia tidak setanding bangunan yang dibina semasa pemerintahan Timurlang.

Letaknya di bahagian tengah, tepatnya di Wilayah Samarqand. Pada tahun 2005, bandar ini memiliki jumlah penduduk seramai 412,300 orang. Bandar ini telah didirikan sejak 700 SM lagi.

Bandar kembar

Kota Negara
Samarkand  Banda Aceh Indonesia
Samarkand Balkh Afganistan
Samarkand  Nishapur Iran
Samarkand  Lahore Pakistan
Samarkand  Cusco Peru
Samarkand  Khujand Tajikistan
Samarkand  Kairouan Tunisia
Samarkand  Istanbul Turki
Samarkand  İzmir Turki
Samarkand  Mary Turkmenistan
Samarkand  Lviv Ukraina
Samarkand  Bukhara Uzbekistan

Rujukan

Tags:

Alexander AgungBahasa ParsiBahasa RusiaBahasa TajikBahasa TurkiBahasa UzbekBandarGenghis KhanTimurlangUzbekistan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Cristiano RonaldoArmeniaKhairy JamaluddinSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahSunan KalijagaPerang TabukNegeri-Negeri SelatChris EvansSlot MegaDramaUndang-undangSyafiq YusofMalaysiaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Senarai Yang di-Pertuan AgongKerisSe7en (filem 1995)BulanSenarai universiti di MalaysiaSultan Mizan Zainal AbidinKerajaan Bani AbbasiyahMohd Na'im MokhtarPenjaga gawang (bola sepak)Alif SatarAngkorTahun MasihiAnak BapakAlissonMuhammad al-FatihArif AimanPeroduaBandar Raya New YorkBubur lambukDiego MaradonaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Kecerdasan buatanKaabahZul AriffinThe Original GangsterPeristiwa Memali 1985Shazia RozainiSuso (pemain bola sepak)Gerak Khas The MovieKelantanKata kerjaPasukan bola sepak kebangsaan Yaman UtaraAl-Masih ad-DajjalSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahElly ArifinKlangTikTokFauzi NawawiBadmintonRaja berperlembagaanSophia LianaZarina ZainoordinCibaiShahril Sufian HamdanKobe Jae ChongSultan Iskandar ibni Sultan IsmailBella AstillahThailandSolat Sunat IstisqaSarah SuhairiCiri-ciri orang munafikMusafirPetronasAisha RetnoAngkatan Tentera MalaysiaSurah Al-InsyirahKelapaJarell QuansahSejarah MalaysiaPersekutuan Pengakap MalaysiaHarissa AdlynnShuib SepahtuKesumFrekuensi radio di PahangDaiyan Trisha🡆 More