Robot

Robot adalah sebuah alat mekanikal atau maya yang dapat melakukan tugas fizikal atau perisian, sama ada menggunakan pengawasan dan pengawalan manusia, atau menggunakan program yang telah ditakrifkan sebagai kecerdasan buatan.

Perkataan robot boleh merujuk kepada kedua-duanya, namun robot maya ini biasanya dirujuk sebagai bot internet.

Robot
Model robot Atlas tahun 2013 binaan Boston Dynamics, dengan wayar kuasa terpasang di belakang

Peristilahan

Perkataan "robot" diperkenalkan daripada bahasa Czech melalui pementasan drama Rossumovi Univerzální Roboti (1920) karya Karel Čapek; drama tersebut menceritakan penghasilan salinan hidupan berupa manusia tetapi dengan ciri leih ringkas berasaskan protoplasma bergelar "robot" yang sendirinya dipergunakan untuk melakukan kerja buruh yang sangat memeritkan.

Čapek sendiri memperoleh istilah baru ini daripada suatu perbualan dengan abangnya Josef Čapek yang mendapat ilham daripada etimologi Oxford English Dictionary; Josef pula mencipta perkataan ini daripada robota yang bermaksud "corvée" serta kata seasal dengan rabota dalam bahasa Bulgaria dan bahasa Rusia serta Arbeit dalam bahasa Jerman - kesemua ini membawa maksud sama iaitu "kerja".

Fungsi

Dalam pengilangan

Robot-robot industri khas diaturcara untuk mampu mengulangi pekerjaan tertentu secara berulang kali lagi-lagi di kawasan yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan manusia. Ada robot yang memateri rerangka kenderaan atau litar elektronik dengan tepat tanpa meninggalkan sebarang cela kepada bahan dikerjakan sambil mengekalkan kebersihan persekitaran. Ada juga robot yang dilengkapi tali sawat dan pengcengkam yang membawa bungkusan barang dikehendaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tangkas dan segera.

Dalam perubatan

Robotik khas sering dipergunakan dalam menjalankan pembedahan berisiko tinggi yang memerlukan koordinasi yang tepat sambil boleh bertahan dalam kedudukan tertentu selama tempoh yang agak panjang. Para pakar bedah boleh mengendalikan robot-robot ini dari jauh merawat kecederaan disasarkan tanpa perlu membuka luka lebih luas yang boleh menambah risiko susulan.

Dalam pendidikan

Robot seperti rero REconfigurable RObot diluaskkan di sekolah sekolah rendah, menengah dan tertiary untuk mengalakkan minat dalam bidang robotics.

Permasalahan

Etika penggunaan

Sudut pandang terhadap penggunaan teknologi ini membeza mengikut budaya masyarakat: dunia Barat yang lebih dipengaruhi agama-agama samawi melihat kekhuatiran dalam kebarangkalian menghasilkan robot yang berfikir dan menaakul untuk diri sendiri dilihat seumpama manusia seolah-olah berlagak seperti Tuhan.

Lihat juga

Rujukan



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Robot PeristilahanRobot FungsiRobot PermasalahanRobot Lihat jugaRobot RujukanRobotKecerdasan buatanMekanikPerisian

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pulau PinangAstrolabSunan KalijagaPenjodoh bilangan bahasa MelayuKerajaan MataramKatedral St PaulHari Raya AidilfitriKrim putarGereja KatolikShukri YahayaNabi Musa menyeberangi Laut MerahThe GadysAnna JoblingBangladeshJohan GhazaliDoa IftitahSyirikKerajaan TarumanagaraSenarai raja-raja MelayuAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamJasmine Suraya ChinPlagiatRozita Che WanLaura AnnaSyurgamu RamadhanAliff Syukri KamarzamanIrma HasmieIslamAstro (syarikat)Solat Sunat Tahiyyatul MasjidSultan Nazrin Muizzuddin ShahPerodua MyViHari Raya AidiladhaPolis EVO 3Sabri YunusSe7en (filem 1995)Gantung The SeriesAlor SetarPerang BadarKetumKerenggaHari Paskah BesarSemenyihPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuPuncak AlamKorea SelatanMohd Noor Helmy Abdul HalemCyberpunk 2077Kebudayaan MalaysiaRaja berperlembagaanBahasa MelayuBola sepakEmpayar UthmaniyahSenarai bank di MalaysiaUngku Ismail AzizPolis Diraja MalaysiaTakwim HijrahSunan MuriaSlot MegaDramaHadis MutawatirFrekuensi radio di MelakaHannah DelishaPerdana Menteri MalaysiaKhunsa (siri TV)Sarimah AhmadPersatuan Negara-negara Asia TenggaraHemoroidSijil Tinggi Agama MalaysiaHalim RadziMandi wajibKarim BenzemaSaleemDasar Ekonomi BaruHamzah bin Abdul MuttalibUthman bin AffanAisha RetnoRukun IslamOrang Lampung🡆 More