Rafidah Ibrahim

Rafidah binti Ibrahim (lahir 4 Jun 1986) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia.

Beliau merupakan juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 dan sepupu kepada penyanyi wanita Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Fida Ibrahim
Kelahiran
Rafidah binti Ibrahim

(1986-06-04) 4 Jun 1986 (umur 37)
Nama lainFida
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif2007–kini
SaudaraDato Sri Siti Nurhaliza (sepupu)

Kehidupan dan kerjaya

Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1986 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak bongsu daripada 12 beradik. Beliau mula melibatkan diri dalam dunia hiburan tanah air pada 2007 selepas bakatnya dicungkil oleh sepupunya, penyanyi legenda Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza menerusi rancangan realiti TV, Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene yang bersiaran di TV3. Sebagai pengacara TV, beliau pernah mengacarakan rancangan Riwayat Kamil untuk siaran di Astro Oasis. Pada 2009, beliau membuat penampilan drama pertamanya menerusi drama seram komedi E-Toyol.com yang mana beliau memegang watak sebagai Ustazah Sarah dan seterusnya bergandingan bersama Farid Kamil menerusi drama Epilog Syurga Cinta.

Rafidah membuat penampilan filem cetera sulungnya menerusi filem Kongsi arahan Farid Kamil lakonan Shaheizy Sam. Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang muzik apabila beliau berduet bersama AC Mizal dan kumpulan Stellar menerusi lagu "Apo Kono Eh Jang" yang asalnya dipopularkan oleh Ally Noor dan Mastura pada 80an dan diberikan nafas baharu oleh Sheikh Qalam.

Kehidupan peribadi

Rafidah merupakan sepupu kepada penyanyi tersohor negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Beliau pernah menjalin hubungan cinta dengan pelawak, Mamat Sepah dan berpisah kerana pertikaian pendapat. Beliau kemudiannya menjalin hubungan dengan pelakon Zalif Sidek namun tidak berkekalan. Fida menjelaskan beliau sudah tidak lagi berhubung dengan Zalif dan hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun berakhir.

Selepas tamat Tingkatan 5 dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menghadiri Kolej Shahputra di Kuantan, Pahang di mana beliau merupakan jurusan Diploma dalam bidang Perniagaan.

Filemografi

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Kongsi Isteri Asp Sharif Peranan pembantu
2012 Man Sewel Datang KL Peranan pembantu
2013 Adik Manja Returns Peranan pembantu
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene Dirinya sendiri, juara
2008 Riwayat Kamil Pengacara
2009 Carta Nasyid Pengacara
E-Toyol.com Ustazah Sarah
2010 Epilog Syurga Cinta
Cinta Tikar Sejadah Siti
2011 Kasih Alia Alia
2012 Runtun Qalbu Ustazah Fatihah
2015 Setulus Janji
Idris MLM Telefilem
Kelas 5 Bintang Cikgu Noni Telefilem

Diskografi

  • "Apo Kono Eh Jang" (bersama AC Mizal dan Stellar)

Anugerah

Tahun Anugerah Keputusan
2015 Anugerah Ikon Usahawan Selangor 2015 Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Rafidah Ibrahim Kehidupan dan kerjayaRafidah Ibrahim Kehidupan peribadiRafidah Ibrahim FilemografiRafidah Ibrahim DiskografiRafidah Ibrahim AnugerahRafidah Ibrahim RujukanRafidah Ibrahim Pautan luarRafidah IbrahimSiti Nurhaliza

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Frekuensi radio di KedahIwan SyahmanPuteri KhareezaAbdul Rahim Mohd NoorMalang Si PuteriTuanku Ja’afarHassanal BolkiahTanda-tanda KiamatBunga rayaPrivate BodyguardSiti NurhalizaMohd Noor Helmy Abdul HalemKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Abang Long Fadil 3Kugiran MasdoPolis EVOGerak KhasSri Pahang FCHukum madPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuDe FamPukimakPerang AhzabMuhyiddin YassinSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiBendera dan jata PerakWan Azizah Wan IsmailShahrulezad MohameddinAman Ramli JaafarKadet Remaja Sekolah MalaysiaCarles PuigdemontBaju kurungAhli Sunah WaljamaahPolis Diraja MalaysiaKongkekSenarai Kementerian di MalaysiaBendera MalaysiaPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Pak Ketipak KetipungSarafJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaZul AriffinBahasa MelayuElla (penyanyi)BersinLaskar KananPerang UhudMenteri Pendidikan MalaysiaKerenggaNabi Muhammad SAWHantu dalam masyarakat MelayuNadia AqilahCibaiKuchingPolitik balas budiTadau KaamatanAdat resam kahwin MelayuKerajaan MataramAbang Long FadilPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalKomanderQueen of TearsYasmin NapperProton SatriaInsya-AllahAb Rauf YusohSabah F.C. (Malaysia)Jenis darahKlangVaksin tetanusAbdul Hadi AwangSkizofreniaMenteri Kesihatan MalaysiaTakdir Itu Milik AkuSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaSiti Khadijah HalimEtnik MelayuLembah KlangHospital Sultan Idris Shah Serdang🡆 More