Puteri Helena dari United Kingdom VA CI GCVO GBE RRC (Helena Augusta Victoria; 25 Mei 1846 – 9 Jun 1923) merupakan puteri ketiga dan anakanda kelima kepada baginda berdua Ratu Victoria dengan Putera Albert.
Puteri Helena | |||||
---|---|---|---|---|---|
Puteri Christian dari Schleswig-Holstein | |||||
Keputeraan | Istana Buckingham, London | 25 Mei 1846||||
Kemangkatan | 9 Jun 1923 Rumah Schomberg, London | (umur 77)||||
Pemakaman | 15 Jun 1923 Gereja Kecil St George, Istana kota Windsor 28 Oktober 1928 Tanah Makam Diraja, Frogmore | ||||
Pasangan | Puteri Christian dari Schleswig-Holstein (k. 1866; m. 1917) | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Kerabat | Saxe-Coburg dan Gotha | ||||
Ayahanda | Putera Albert dari Saxe-Coburg dan Gotha | ||||
Bonda | Victoria, Ratu United Kingdom |
Puteri Helena telah dididik oleh guru-guru peribadi yang telah diperkenan dipilih oleh paduka ayahandanya dengan kawan rapat dan penasihat baginda putera, Baron Stockmar. Zaman kanak-kanaknya diluangkan bersama dengan paduka ayahanda dan bondanya, berangkat antara berbagai-bagai tempat persemayaman diraja di Britain. Suasana mesra kerabat diraja itu berakhir pada 14 Disember 1861, apabila paduka ayahandanya mangkat dan paduka bondanya memasuki tempoh perkabungan yang penuh perasaan. Pada awal tahun 1860-an, Puteri Helena mula main cinta dengan pustakawan Jerman Putera Albert, Carl Ruland. Walaupun sifat hubungan itu sebahagian besarnya tidak diketahui, surat-surat romantik Puteri Helena kepada Ruland terselamat. Setelah baginda Ratu mengetahuinya pada tahun 1863, baginda berkenan memecat Ruland, yang kembali ke tempat asalnya Jerman. Tiga tahun kemudian, pada 5 Julai 1866, Puteri Helena berkahwin dengan putera Jerman Putera Christian dari Schleswig-Holstein. Pasangan ini tinggal di Britain, dalam jarak kunjungan dengan baginda Ratu, yang suka ada puteri-puterinya berdekatan, dan Puteri Helena bersama dengan adinda bongsunya, Puteri Beatrice, menjadi setiausaha tidak rasmi baginda Ratu. Walau bagaimanapun, selepas kemangkatan Ratu Victoria pada 22 Januari 1901, Puteri Helena agak kurang bertemu dengan adik-beradiknya yang masih hidup.
Puteri Helena merupakan ahli yang paling aktif dalam kerabat diraja, menjalankan banyak rancangan urusan diraja pada masa apabila kerabat diraja tidak dijangka kerap muncul di tempat awam. Baginda juga penaung amal yang aktif, dan salah satu ahli pengasas Palang Merah British. Baginda merupakan presiden pengasas Sekolah Jahitan Diraja, serta presiden Pertubuhan Jururawat Infirmari Rumah Kerja dengan Pertubuhan Jururawat British Diraja. Sebagai presiden kepada pertubuhan yang kedua itu, baginda merupakan penyokong kuat pendaftaran jururawat menentang nasihat Florence Nightingale. Baginda menjadi ahli yang pertama dalam kerabatnya untuk merai ulang tahun perkahwinannya yang ke-50 pada tahun 1916, namun suaminya mangkat setahun kemudian. Puteri Helena hidup lebih lama daripada suaminya selama enam tahun, dan mangkat pada usia 77 tahun di Rumah Schomberg pada 9 Jun 1923.
Pada tahun 1858, Puteri Helena dan tiga adindanya yang lain telah dikurniakan penggunaan lambang diraja, dengan ineskutseon perisai Saxony, dan dibezakan dengan label tiga titik perak. Pada lambang Puteri Helena, titik luaran membawa roses gules, dan di pusat membawa cross gules. Pada tahun 1917, ineskutseon telah digugurkan oleh waran diraja daripada Raja George V.
Putera dan Puteri Christian mempunyai enam orang anakanda, empat daripanya hidup sehingga dewasa. Baginda berdua mempunyai seorang cucunda, Valerie Marie zu Schleswig-Holstein, yang mangkat pada tahun 1953 sebagai keturunan terakhir baginda berdua.
Nama | Keputeraan | Kemangkatan | Nota |
---|---|---|---|
Putera Christian Victor | 14 April 1867 | 29 Oktober 1900 | Putera kesayangan bondanya; mangkat tanpa berkahwin dan tanpa zuriat ketika berkhidmat dalam Perang Boer |
Putera Albert | 28 Februari 1869 | 27 April 1931 | Menggantikan sebagai ketua Kerabat Oldenburg pada tahun 1921; ada seorang puteri luar nikah, Valerie Marie zu Schleswig-Holstein |
Puteri Helena Victoria | 3 Mei 1870 | 13 Mac 1948 | Tidak pernah berkahwin. Salah satu kemunculan awam terakhirnya merupakan di perkahwinan Ratu Elizabeth II akan datang dan Putera Philip, Duke Edinburgh |
Puteri Marie Louise | 12 August 1872 | 8 December 1956 | Berkahwin 1891; Putera Aribert dari Anhalt; tiada zuriat; perkahwinan bubar pada tahun 1900 |
Putera Harald | 12 Mei 1876 | 20 Mei 1876 | Mangkat muda pada usia lapan hari |
Putera diputerakan mangkat tidak bernama | 7 Mei 1877 | 7 Mei 1877 | Diputerakan mangkat |
Keturunan Puteri Helena dari United Kingdom | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Wiki Commons mempunyai media berkaitan: Puteri Helena dari United Kingdom. |
Templat:British princesses Templat:Princesses of Saxe-Coburg and Gotha Templat:Princesses of Schleswig-Holstein by marriage Templat:Princesses of Schleswig-Holstein-Sonderburg-Augustenburg by marriage
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Puteri Helena dari United Kingdom, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.