Penyakit Seliak

Penyakit seliak ialah gangguan autoimun jangka panjang yang terutamanya memberi kesan kepada usus kecil.

Gejala-gejala klasik termasuk masalah perut usus seperti cirit-birit kronik, kembung abdomen, malabsorpsi, kehilangan selera makan dan di kalangan kanak-kanak tidak dapat membesar secara normal. Ini sering bermula antara enam bulan dan dua tahun. Gejala tidak klasik adalah lebih biasa, terutama pada orang yang lebih tua daripada dua tahun. Mungkin terdapat simptom gastrousus yang ringan atau tidak, pelbagai gejala yang melibatkan mana-mana bahagian badan atau tidak ada gejala yang jelas.

Penyakit seliak
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Spesis seliak, semulajadi nontropi, semulajadi endemik, enteropati gluten
Penyakit Seliak
Biopsi usus kecil menunjukkan penyakit seliak yang ditunjukkan oleh villi yang mengontot, hipertropi krip, dan penyusupan krip limposit
PengkhususanGastroenterologi, perubatan dalaman
GejalaTiada atau tidak spesifik, proses menggelembung perut, cirit-birit, sembelit, malabsorpsi, penurunan berat badan, dermatitis herpetiformis
KerumitanAnemia kekurangan zat besi, osteoporosis, ketidaksuburan, barah, masalah neurologi, penyakit autoimun lain
Permulaan biasa
Sebarang usia
TempohSepanjang hayat
PuncaTindak balas kepada gluten
Sejarah keluarga, ujian antibodi darah, biopsi usus, ujian genetik, tindak balas kepada penarikan gluten
Penyakit usus radang, parasit usus, sindrom rengsa usus, sistik fibrosis
RawatanDiet/pemakanan bebas gluten
Kekerapan~1 dalam 135
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penyakit seliak pertama kali digambarkan pada zaman kanak-kanak; Walau bagaimanapun, ia boleh berkembang pada bila-bila masa. Ia dikaitkan dengan penyakit autoimun lain, seperti diabetis melitus jenis 1 dan tiroiditis, antara lain.

Tanda dan gejala

Pucat, tinja atau kotoran yang berminyak (steatorrhoea) dan penurunan berat badan atau sulit untuk menambahkan berat badan merupakan gejala klasik penyakit ini. Ada juga kes seliak yang bergejala tidak terlihat yang pada organ selain dari usus itu sendiri, malah penyakit celiac boleh dideritai tanpa sebarang gejala lazim - keadaan ini dilihat pada 43% kasus diperhatikan dalam kalangan anak-anak.

Banyak individu dewasa yang berpenyakit ini hanya mengalami kelelahan atau anemia.> Kebanyakan mereka yang tidak diagnosis pada asalnya menyangka diri tidak bergejala kerana keterbiasaan mereka mengalami keadaan yang seolah-olah normal atau biasa; justeru mereka dapat memahami keadaan sebenar serta gejala berkaitan dengan penyakit seliak setelah memulakan pengambilan diet bebas gluten yang menyebabkan peningkatan kesihatan jelas dan ketara.

Faktor penyebab

Penyakit seliak disebabkan oleh tindak balas badan terhadap gliadin dan glutenin iaitu jenis protein terkandung pada tanaman suku-suku Triticeae (termasuk bijian gandum, barli dan rai) dan suku Aveneae (oat). Subspesies gandum tertentu (seperti durum dan Kamut) dan hibrid gandum (seperti triticale) juga boleh memicu gejala penyakit ini.

Tahap ketahanan badan penderita seliak terhadap gluten oat terutamanya bergantung pada kultivar oat yang dimakan kerana terdapat sesetengah kultivar yang mengandungi gen prolamin, urutan asid amino pembentuk protein serta tindak balas imun dari prolamin beracun yang berbeda di antara jenis-jenis oat itu sendiri. Terdapat juga kemungkinan menderita seliak kerana oat yang dimakan tidak tulen (yakni, tidak dicemari bijirin mengandung gluten lainnya) hasil kontaminasi silang dengan biji-bijian bergluten lain semasa pengilangan. Kesan jangka panjang dari konsumsi oat tulen masih belum jelas maka kajian mengenlapasti kultivar yang diperlukan hendak dilaksanakan lebih lanjut sebelum rekomendasi penerapan dalam program diet bebas gluten bisa dibuat. Orang yang cenderung mempunyai penyakit ini tapi memilih memakan oat disyorkan menjalani rutin khusus yang lebih ketat, termasuk penjalanan biopsi usus secara berkala.

Diagnosis

Diagnosis seringkali sangat sukar dilakukan sehingga kebanyakan kasus didiagnosa dengan tahap penundaan yang besar. Terdapat beberapa ujian yang bisa dilakukan yang dapar menentukan tahap penyakit yang dialami mengikut tahap gejala yang dikesan, namun ujian sebegini akan hilang keberkesanannya apabila pesakit sudah menjalani diet bebas gluten. Usus pesakit akan mula sembuh dalam beberapa minggu setelah diet ini diamalkan, dan tahap antibodi badan akan menurun selama berbulan-bulan. Bagi mereka yang sudah menjalankan diet sebegini, beberapa makanan yang mengandung gluten mungkin perlu dihindari dalam satu kali makan dalam sehari selama 6 minggu sebelum mengulangi penyelidikan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Penyakit Seliak Tanda dan gejalaPenyakit Seliak Faktor penyebabPenyakit Seliak DiagnosisPenyakit Seliak RujukanPenyakit Seliak Pautan luarPenyakit SeliakCirit-biritPenyakit autoimunUsus kecil

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahKhadijah binti KhuwailidLiga Super Malaysia 2024–25Rukun solatSyahadahHulu LangatTakwim HijrahSSC NapoliButakJenis air untuk bersuci dalam IslamMediaSharnaaz AhmadUniversiti Sultan Zainal AbidinSultan Nazrin Muizzuddin ShahTeknologi hijauDarah yang keluar dari rahim wanitaTV3Halim RadziSunan Gunung JatiOnn Hafiz GhaziMeerqeenPerakNasabGennaro GattusoShaheizy SamBahasa ArabKhairulamingBank RHBPenjodoh bilangan bahasa MelayuKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Frekuensi radio di Negeri SembilanRosyam NorLembah Klang18 Puasa di Kampong PisangPolis EVO 3Nabi Nuh a.s.Frekuensi radio di SabahRaja berperlembagaanMasjid Sri SendayanLayang Layang PerkahwinanAmir JahariSolat subuhAsha MericanAnwar IbrahimPantang larang MelayuSijil Tinggi Agama MalaysiaNabila RazaliOrang Asli di MalaysiaMahathir MohamadPasukan bola sepak kebangsaan VietnamBabiSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarLailatulqadarKadet Remaja Sekolah MalaysiaUmar bin Al-KhattabHero RemajaPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaBubur lambukHadha min fadhle RabbiSyafiq KyleCongkakBank Negara MalaysiaDaerah di SabahPiala UEFASultanah Nur Diana Petra AbdullahPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021KucingPuteri BalqisSlot SakuraKaum-kaum di MalaysiaJenayah kolar putihKhunsaLengkuasKedudukan Dunia FIFAMohd Noor Helmy Abdul HalemParameswaraAliff Syukri Kamarzaman🡆 More