Pengetahuan Bebas

Pengetahuan bebas (bahasa Inggeris: open knowledgecode: en is deprecated ) ialah pengetahuan yang dapat diperoleh, diterjemah dan digunakan secara bebas.

Ia boleh diolah mengikut kehendak seseorang itu, dan dikongsi bagi manfaat masyarakat.

Ungkapan ini merujuk kepada pergerakan budaya bebas/percuma/libre yang berilhamkan prinsip-prinsip perisian bebas, kejayaan pembuatan setara dalam pembangunan perisian bebas (dan Wiki) dan kepercayaan bahawa pengetahuan sepatutnya boleh dikongsi dan diperoleh tanpa sebarang hambatan.

Pengetahuan Bebas atau Libre

Para penyokong pengetahuan bebas ataupun pengetahuan libre mempercayai bahawa kebebasan pengetahuan diancam oleh percubaan-percubaan mengawal atau membatas perkongsian maklumat (ataupun pengetahuan tersurat) dalam Internet. Oleh sebab ini takrif pengetahuan bebas dirumus berlandaskan takrif perisian bebas oleh Yayasan Perisian Bebas (FSF):

    "Pengetahuan Bebas ialah pengetahuan yang disediakan dalam cara yang memungkinkan pengguna membaca, mendengar, menonton ataupun mengalaminya; belajar daripada atau dengannya; menyalin, mengubah suai dan menggunanya untuk apa jua tujuan; dan untuk berkongsi karya-karya terbitan dengan cara yang sama (pengetahuan bebas) demi kebaikan sejagat."

Para pengguna pengetahuan bebas ataupun pengetahuan libre bebas untuk:

    (1) mengguna karya bagi apa-apa tujuan
    (2) mengkaji mekanisme, bebas mengubah suai dan menyadurnya mengikut keperluan
    (3) membuat dan mengedarkan salinan, sama ada separa atau sepenuhnya
    (4) menambah baik dan/atau mengembangkan karya dan berkongsi karya terbitan tersebut.

Kebebasan 2 dan 4 memerlukan penampilan digat pengetahuan bebas dalam format fail bebas yang boleh disunting dengan perisian bebas yang ditakrif mengikut takrif FSF.

Sumber Bebas

Ungkapan "sumber bebas" merujuk kepada sumber yang terdapat pada peranti ataupun bahantara seperti fail teks dalam format terbuka/bebas, imej, bunyi, multimedia, dan lain-lain, ataupun kombinasi kesemua ini, yang boleh dicapai degan perisian percuma, dan dikeluarkan di bawah lesen yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk memperoleh, membaca, mendengar, menonton dan mengalami sumber tersebut; belajar daripadanya, menyalin, melaksana, mengubah suai dan mengguna sumber tersebut bagi apa tujuan sekalipun; dan mengedar serta berkongsi penambahbaikan atau karya terbitan.

Sumber-sumber sedemikian merupakan sumber penting kepada pergerakan yang bersabit dengan perisian bebas, kebudayaan bebas/libre, dan pengetahuan bebas, dan lain-lain; dan digunakan oleh "masyarakat libre"—misalnya bagi pembelajaran.

Pembelajaran Bebas

Pengetahuan dan pembelajaran bergerak seiring. Pembelajaran Bebas (yang secara potensinya merupakan pembelajaran kolaboratif dan dibina masyarakat) tidak terhambat oleh kaedah pelesanan yang terlalu mengehad tetapi menggunakan sumber bebas. Istilah ini dikaitkan dengan visi seperti "kebebasan belajar"—membebaskan pedidikan dan pembelajaran— ynag dilihat bersesuaian dengan negara-negara yang tidak mempunyai kemudahan awam yang mencukupi untuk menangani keperluan, seterusnya membolehkan masyarakat madani mangembil inisiatif dan menambah kepada sistem pendidikan awam.

Lihat juga: Wikiversity

Nota pensejarahan dan rujukan

Boleh dikatakan bahawa konsep-konsep pengetahuan bebas/libre dan pengetahuan tak bebas sudah hadir semenjak manusia mual berhubung satu sama lain. Perbincangan ilmiah terhadap konsep-konsep ini bukan perkara baharu, mahupun pada tempoh kebelakangan ini perdebatan bertambah hangat dengan kemunculan Internet dan perkongsian pengetahuan yang bertambah mudah.

Nota pensejarahan dan rujukan berkaitan dimautkan di bawah:

  • 1909: Mahatma Gandhi: satu daripada penerbitan awal Gandhi, Hind Swaraj yang diterbitkan di Gujarat pada tahun 1909 dianggap sebagai cetak biru intelektual pergerakan pembebasan India. Buku tersebut diterjemahakan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, dengan paparan hak cipta yang berkata, "Tiada Hak Terpelihara".
  • 1954: Mark Van Doren menulis Man's right to knowledge and the free use thereof (Hak mendapatkan pengetahuan dan kebebasan menggunanya)
  • 2001 Fle3 - "Fle3 - libre software for (libre) knowledge building" (Perisian bebas untuk membina pengetahuan (bebas))
  • 2002: Budapest Open Access Initiative (Inisiatif Ketercapaian Terbuka Budapest) meminta "ketercapaian terbuka" bagi penyelidikan dalam semua bidang.
  • 2002: penerbitan himpunan esei Richard Stallman yang mencerminkan banyak falsafah di sebalik Pengetahuan Bebas mahupun dalam erti kata perisian komputer.
  • Pada awal alaf ini penerbit akademik mula memikirkan tentang ketercapaian terbuka dan banyak telah mengeluarkan kandungan sains di bawah lesen Creative Commons. Directory of Open Access Journals (Daftar Jurnal Ketercapaian Terbuka) menyenaraikan beberapa jurnal terbuka mahupun darjah kebebasan berbeza-beza (banyak menyenaraikan Pengetahuan terbuka).
  • Lawrence Lessig menerbitkan beberapa buku yang membincangkan ketegangan antara budaya Internet yang bebas, tulis/baca dengan kawalan melalui kaedah-kaedah teknikal. Penerbitan-penerbitan ini termasuk Free Culture, Code and Other Laws of Cyberspace, Code: Version 2.0 dan The Future of Ideas.
  • 2004: Yochai Benkler menerbitkan Coase's Penguin yang memperkenalkan mod pengeluaran baharu bagi abad ke-21.
  • 2006 Yochai Benkler juga menerbitkan The Wealth of Networks yang mengembangkan konsep pembikinan setara berasaskan commons.
  • 2007 Charlotte Hess dan Elinor Ostrom menyunting buku berjudul Understanding Knowledge as a Commons: from theory to practice yang mencerminatkan minat terhadap fenomenon ini dan sedikit sejarah pengetahuan commons.
  • 2007 Kim Tucker menerbitakan esei Say "Libre" (Katakan "Libre"/"Bebas") yang menerangkan keutamaan penggunaan istilah ini berbanding "terbuka" pada tempat-tempat tertentu.

beberpa perbincangan yang membawa kepada kemunculan idea-idea "sumber bebas/libre" (di atas) dan masyarakat libre muncul dalam bengkel-bengkel sebuah projek yang pada asalnya digelar "Free Knowledge Communities" (Masyarakat Pengetahuan Bebas).

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Pengetahuan Bebas atau LibrePengetahuan Bebas Nota pensejarahan dan rujukanPengetahuan Bebas RujukanPengetahuan Bebas Pautan luarPengetahuan BebasBahasa bahasa Inggeris

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nasi lemakMaktab Rendah Sains MARABismillahSiti NurhalizaRujukan kehormatNabi Adam a.s.Richeese FactorySejarah MalaysiaPantang larang MelayuQatarMamat KhalidRadio Televisyen MalaysiaKota BharuMarlia MusaSSC NapoliRinggitAgama BuddhaRaja berperlembagaanAngkatan Tentera MalaysiaProton SatriaMasya-AllahSultan Sharafuddin Idris ShahNegara-Negara KomanwelFauzi NawawiPangsapuriBrazilZiana ZainSilat Gayong MalaysiaSultan JohorNabi Ya'akub a.s.Senarai buahAllahPasukan bola sepak kebangsaan OmanNombor telefon di MalaysiaMokhtar DahariKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaTidak beragamaSultan PerakLaila NasirUthman bin AffanKuih takoKerajaan SalakanagaraOrang Cina MalaysiaOne Cent ThiefCopa América 2015Nabila RazaliImam MahdiUniversiti Sultan Zainal AbidinMata anginSolat Sunat Tahiyyatul MasjidSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaSenarai universiti di MalaysiaKata adjektifBrondongAtikah SuhaimeGantangSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaBaby ShimaPedofiliaSophia AlbarakbahIndiaSurah Al-AlaqSunan Gunung JatiNasi tangasGeografi IndonesiaPulau RedangTakwim HijrahGereja KatolikPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuJenis darahTeknologi hijauI.D.Batik Air MalaysiaSejarah al-QuranKerajaan Mataram🡆 More