Orang Betawi (Betawi: Ogut Betawi, Orang Betawicode: bew is deprecated ; Arab Melayu: اورڠ بتاوي) ialah salah satu bangsa peribumi Indonesia yang merupakan kaum Melayu Jakarta yang tinggal di bawah kawasan Jakarta (bandar Jakarta Barat, bandar Jakarta Pusat, bandar Jakarta Selatan, dan bandar Jakarta Timur) dan sekitarnya seperti Jawa Barat (Bogor, Depok, Tangerang, dan Bekasi.
Terdapat lebih kurang tujuh juta orang berbangsa Betawi setakat bancian 2010. Orang Betawi telah bermukim di Batavia (nama kolonial untuk Jakarta) dari sejak abad ke-17.
Suku Betawi | |
---|---|
Jumlah penduduk | |
6.807.968 (banci 2010) | |
Kawasan ramai penduduk | |
Indonesia | |
Jakarta | 2.700.722 |
Jawa Barat | 2.664.143 |
Banten | 1.365.614 |
Jawa Tengah | 9.519 |
Kalimantan Timur | 4.080 |
Bahasa | |
Betawi, Indonesia | |
Agama | |
Islam (majoriti), Kristian | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Melayu dan Sunda |
Perkataan "Betawi" berasal daripada perkataan "Batavia" yang kemudian berubah-ubah menjadi "Batavi", "Batawi", dan "Betawi" (istilah akhir disesuaikan dengan lidah percakapan masyarakat templatan). Secara sejarah, bangsa Betawi merupakan masyarakat multietnik yang menyatu dan membentuk sebuah entiti baru. Orang Betawi terlahir akibat campuran genetik atau akulturasi budaya antara masyarakat yang bermastatutin di Batavia. Selepas itu, adat istiadat, tradisi, bahasa, dan yang lain-lain, akhirnya diperkenalakn oleh sebuah komuniti besar di Batavia. Komuniti ini lama kelamaannya membentuk sebuah suku dan identiti baharu yang dinamakan Betawi. Penggunaan kata Betawi sebagai sebuah bangsa dimulakan dengan penubuhan sebuah organisasi bernama Pemoeda Kaoem Betawi pada tahun 1923.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Orang Betawi, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.