Olympic Dream

Olympic Dream (Melayu: Impian Olimpikcode: ms is deprecated ) ialah sebuah filem drama sukan Malaysia 2021 arahan dan cerita asal oleh Don Hoe dengan skrip oleh Jeffrey Leong, Neo Jun Chen dan Lyon Ng terbitan bersama De Theatre Entertainment dan Full Billion Entertainment.

Ia mengisahkan kecekalan seorang anak muda, Wong Anna yang menanam impian dan bercita-cita menjadi pemain badminton kebangsaan sejak kecil. Filem ini telah menerima pelbagai pengiktirafan di festival filem antarabangsa dan ditayangkan pada 23 September 2021 di Astro First.

Olympic Dream
PengarahDon Hoe
Penulis
  • Jeffrey Leong
  • Neo Jun Chen
  • Lyon Ng
Dihasilkan oleh
  • Don Hoe
  • Ivan Tan
Dibintangi
Muzik olehDon Hoe
Syarikat
penerbitan
  • De Theatre Entertainment
  • Full Billion Entertainment
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
23 September 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
Bahasa

Sinopsis

Mengisahkan tentang Wong Anna yang meminati dan bercita-cita sejak kecil untuk menjadi pemain badminton kebangsaan. Walaupun Anna mengalami masalah kesihatan, itu tidak mematahkan impiannya. Ketika di sekolah, Anna ternampak kehebatan Pak Cik Quan yang juga merupakan bekas pemain badminton dalam mengendalikan bola tangkis. Sejak itu, Anna sentiasa berlatih dengan Pak Cik Quan sehingga berjaya memenangi pertandingan badminton. Bakat Anna telah dilihat oleh jurulatih Cheah dan itu membuka laluan Anna untuk menjadi pemain kebangsaan.

Apabila meningkat dewasa, Anna berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik kebanggsaan. Namun, pasangan beregunya, Xiu Man telah cedera parah dan Anna terpaksa bertukar pasangan beregu baru, Hao Yu. Anna dan Hao Yu belatih keras untuk mengatasi semua kesukaran. Mereka membawa impian dan harapan 32.38 juta rakyat Malaysia untuk melangkah ke Olimpik. Tetapi berjayakah Anna dan pasangannya mengharumkan nama Malaysia dan membawa pulang pingat emas Olimpik.

Pelakon

Pelakon utama

  • Maya Karin sebagai Mak Cik Fatimah 
  • Jordan Voon sebagai Pak Cik Quan 
  • Annabelle Tan sebagai Wong Anna (Muda) 
  • Adelle Ng sebagai Wong Anna 

Penampilan khas

  • Rashid Sidek sebagai diri sendiri
  • Cheah Soon Kit sebagai Coach Cheah 
  • Ong Ewe Hock sebagai Coach Ong 
  • Janice Woon Khe Wei sebagai diri sendiri
  • Vivian Hoo Kah Mun sebagai Vivian Hoo Kah Mun 
  • Jean Tan sebagai Siu Man 
  • John Tan sebagai Ho Hao Yu 
  • Jeffrey Leong sebagai Cikgu Goh 
  • Chai Zi sebagai Pak Cik Quan (Muda)

Penerbitan

Olympic Dream diarahkan oleh Don Hoe dengan idea asal juga daripada beliau. Hoe berkata: "Badminton adalah salah satu sukan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara peribadi, saya membesar dengan menyaksikan kejayaan-kejayaan atlet-atlet Malaysia antaranya di Kejohanan Piala Thomas dan itu mendorong semangat dan nilai perpaduan dalam diri. Sukan ini telah merapatkan hubungan saya bersama rakan dan jiran tetangga yang berbeza latar usia, bangsa, kaya atau miskin untuk sama-sama menyokong pasukan Malaysia. Jadi, saya mengambil elemen sukan tersebut dan ketengahkan menerusi filem. Saya dengan rasa rendah hati berharap filem ini mampu menyuntik rasa bangga dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia dengan pencapaian dan kegemilangan yang telah dicipta oleh barisan atlet negara. Saya juga mengharapkan ia dapat memberi inspirasi kepada semua, tidak kira rakyat Malaysia atau masyarakat dari negara luar untuk sentiasa berusaha dalam mencapai impian sehingga memperoleh kemenangan." Hoe mengakui sudah lama berhasrat mahu mengarahkan sebuah filem mengenai badminton. Menurutnya, idea untuk menghasilkan filem ini tercetus semasa menonton kejohanan Piala Thomas antara Rashid Sidek dan Hariyanto Arbi.

Untuk watak Quan, Hoe berkata sejak skrip Olympic Dream ditulis, beliau telah membayangkan Jordan Voon untuk watak tersebut. Pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Golden Awards 2017, Voon memegang watak sebagai Quan. Beliau mengakui tidak berfikir panjang selepas menerima tawaran membintangi filem itu. Katanya, selepas membaca skrip filem itu, beliau berminat untuk berlakon dalam Olympic Dream. Bekas pemain badminton negara, Adelle Ng, yang memegang watak sebagai Wong Anna, mengakui gementar untuk berlakon kerana ia lebih mencabar daripada melatih pemain di gelanggang badminton. Filem ini menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang lakonan. Bekas jaguh badminton, Rashid Sidek membuat penampilan kameo. Menurut Rashid, peranan beliau dalam filem itu memberi perangsang kepada watak Anna yang berputus asa dalam sukan badminton. Selain Rashid, filem turut menyaksikan penampilan istimewa legenda badminton negara seperti Ong Ewe Hoc dan Cheah Soon Kit serta bekas pemain kebangsaan, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun. Penggambaran filem dijalankan selama 25 hari di Pulau Pinang pada 2017.

Keluaran dan sambutan

Olympic Dream ditayangkan pada 23 September 2021 di Astro First.

Kosmo! dalam satu ulasannya berkata filem ini "bukan sahaja memberi tumpuan terhadap sukan badminton tetapi dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik yang mengajak penonton menghayati perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian. Babak-babak yang dipaparkan dalam filem berkenaan cukup mendebarkan sehingga membuatkan penonton merasai pengalaman seperti menonton perlawanan sebenar." Portal web Getaran pula berpendapat filem ini "menonjolkan keharmonian masyarakat antara kaum serta budaya seperti wujudnya penyokong di kawasan kejiranan yang terdiri daripada pelbagai bangsa saling membantu antara satu sama lain dalam suasana taraf hidup masyarakat yang berbeza." Dalam ulasan retrospektif mengenai filem ini, Nannie Isa dari Kitepunye menulis: "Dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik. Mengajak penonton untuk menghayati perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian. Pasti ada babak-babak mendebarkan ibarat dalam perlawanan sebenar".

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2019 Festival Filem Antarabangsa Chambal 2019 Anugerah Khas Juri Olympic Dream Menang
2020 Festival Filem & TV Ramsgate Pelakon Wanita Terbaik (Anugerah Kepujian) Maya Karin Menang
2021 Festival Filem New York City IO 2021 Filem Asia Terbaik Olympic Dream Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Olympic Dream SinopsisOlympic Dream PelakonOlympic Dream PenerbitanOlympic Dream Keluaran dan sambutanOlympic Dream AnugerahOlympic Dream RujukanOlympic Dream Pautan luarOlympic DreamAstro (televisyen satelit)Bahasa Melayu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai Yang di-Pertuan AgongAmin IdrisCarles PuigdemontSenarai Kementerian di MalaysiaNabi Ibrahim a.s.Saint PetersburgKesultanan Melayu MelakaMohd Noor Helmy Abdul HalemRujukan kehormatKelantanAnak Perjanjian SyaitanNazim OthmanRukun NegaraSolat Sunat Tahiyyatul MasjidDiego MaradonaSejarah al-QuranSolat jamakOrang Melayu IndonesiaFimie DonJalan SalibHinduismeHari Paskah BesarHawariGeografi IndonesiaNajib RazakRamadanQasrina KarimAnak Perjanjian Syaitan 2Sains sosialDaerah LangkawiKerisAaron AzizUlar Tedung SelarResolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 377Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaKebudayaan MalaysiaShaheizy SamKanun PerubatanKata namaAmira OthmanKecerdasan buatanObesiti17 RamadanRindu Kasih 2Negeri-negeri Melayu Tidak BersekutuTunku Abdul RahmanWudukSiakapBoBoiBoyUngku Ismail AzizBahasa InggerisErysha EmyraPolis EVO 3Alat kebesaran diraja MalaysiaPencemaran udaraJasmine Suraya ChinHero RemajaShukri YahayaUjian dadahSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahNadia AqilahGunung SinaiPeristiwa 13 MeiLaluan Kelana JayaTuakFarajNegeri-negeri Melayu BersekutuNasi tangasBismillahJenis air untuk bersuci dalam IslamMetadataHalim RadziSenarai Pemenang Keseluruhan Anugerah Juara LaguHero Seorang Cinderella 2Sunan GresikWarna liturgi🡆 More