Noam Chomsky

Avram Noam Chomsky (IPA: ; lahir 7 Disember 1928) ialah seorang ahli linguistik, ahli falsafah, saintis kognitif, aktivis politik, pengarang dan pensyarah berbangsa Amerika Syarikat.

Beliau merupakan seorang Institute Professor emeritus dan profesor emeritus linguistik di Institut Teknologi Massachusetts. Chomsky terkenal dalam bidang saintifik dan akademik selaku bapa linguistik moden. Sejak 1960-an, beliau makin dikenali sebagai seorang penentang politik, penyokong anarkisme, dan seorang cendekiawan sosialisme libertarian.

Noam Chomsky
Noam Chomsky
ZamanFalsafah abad ke-20 / ke-21
AliranLinguistik, Analitis
Minat utamaLinguistik · Psikologi
Falsafah bahasa
Falsafah minda
Politik · Etika
Idea pentingTatabahasa generasi, tatabahasa sejagat, tatabahasa transformasi, kerajaan dan ikatan, teori X-bar, hierarki Chomsky, tatabahasa bebas konteks, prinsip dan parameter, program minimalis, alat pemerolehan bahasa, ketandusan stimulus, Bentuk Normal Chomsky, model propaganda
Alma materUniversiti Pennsylvania (BA 1949, MA 1951, Ph.D 1955)
Dipengaruhi
Mempengaruhi
  • Colin McGinn, Edward Said, Steven Pinker, John Burke, Tanya Reinhart, Daniel Everett, Morris Halle, Gilbert Harman, Jerry Fodor, Brian Eno, Howard Lasnik, Robert Fisk, Neil Smith, Ray Jackendoff, Norbert Hornstein, Jean Bricmont, Marc Hauser, Norman Finkelstein, Robert Lees, Mark Baker, Julian Boyd, Bill Hicks, Ray C. Dougherty, Derek Bickerton, Amy Goodman, Michael Albert.

Pada zaman 1950-an, Chomsky mula mengembangkan teori tatabahasa generatif beliau yang melalui berkali-kali semakan serta membawa pengaruh yang mendalam terhadap bidang linguistik. Dalam bidang itu, beliau disifatkan sebagai "perwira ibarat Homeros yang benar-benar tergolong dalam dewata ahli fikir terunggul di negara kita (Amerika Syarikat), dengan segala kuasa-kuasa dan sifat-sifatnya. Mula-mula sekali, kepintaran beliau amat memeranjatkan. Kepantasan, kemampuan, dan kebolehan sintetik daya fikirnya merupakan satu lagenda. Beliau juga ditakdirkan menjadi pemimpin sejak lahir, mampu mengatur sokongan yang membara tanpa kompromi bagi pendirian-pendirian yang dikembangkan atau diterimanya. Selalunya beliau kelihatan begitu bersemangat untuk membentuk linguistik." Beliau juga mengasaskan hierarki Chomsky, iaitu pengelasan bahasa formal dari segi daya generatifnya. Ulasan beliau terhadap Verbal Behavior oleh B. F. Skinner pada tahun 1959 mencabar pendekatan behaviorisme pada kajian perilaku dan bahasa yang dominan ketika itu serta menyumbang kepada revolusi kognitif dalam bidang psikologi. Pendekatan naturalistik beliau kepada kajian bahasa telah mempengaruhi falsafah bahasa dan minda.

Bermula dengan penentangan beliau terhadap Perang Vietnam, Chomsky menjadikan dirinya seorang pembidas utama terhadap dasar luar dan dalam negeri AS. Beliau menggelarkan dirinya sebagai pengikut sosialisme libertarian yang dianggapnya sebagai "peluasan liberalisme klasik yang benar dan semulajadi ke arah zaman masyarakat berindustri yang maju."

Mengikut Indeks Pemetikan Kesenian dan Kemanusiaan pada tahun 1992, Chomsky menjadi sumber yang paling banyak kali dipetik berbanding mana-mana cendekiawan hidup yang lain sepanjang tahun 1980–92, di samping menjadi sumber kelapan paling banyak kali dipetik sepanjang zaman. Sementara itu, kedudukan beliau selaku pembidas terhebat dalam politik Amerika turut menjadikan dirinya sebagai tokoh yang diselubungi kontroversi.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ahli falsafahAmerika SyarikatAnarkismeEmeritusInstitut Teknologi MassachusettsLinguistikPensyarahSains kognitifWikipedia:IPA

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Elizabeth TanSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaSistem pernafasanLaskar KananArena LieyaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaBadarawuhi Di Desa PenariTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahZahirah MacWilsonMarie AntoinetteTentang Hati DiaMimi LanaManchester United F.C.Hukum Kanun MelakaRemy IshakMalayan UnionTentera Darat MalaysiaOktovia ManroseLelaki ItuPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSabahRukun IslamSidratulmuntahaSurah al-FatihahBandar TaipingSlot SamarindaSyasyaSultan Nazrin Muizzuddin ShahIsa KhanKhalid Mohamad JiwaPasukan Gerakan AmRukun ImanJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaNombor dalam budaya CinaNaim DanielSekali Lagi Cinta KembaliWan SharmilaMierul AimanPrivate BodyguardBahasa Melayu SabahSharnaaz AhmadNegeri-negeri Melayu BersekutuSarah SuhairiMelitha SidabutarYassin YahyaKolej Islam Sultan Alam ShahPetronasMat KilauIsmail Sabri YaakobAb Rauf YusohAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamBunga rayaPerdana Menteri MalaysiaTunku Abdul RahmanZaman air batuUthman bin AffanMy Lovely DriverSenarai negara mengikut sistem kerajaanDidi AstillahDatuk (gelaran)Nabi Ibrahim a.s.Kedah TuaNombor perdanaKerana Dia SukaJam 12 jamSarawakPiala Asia B-23 AFCPerang BadarMetamfetaminaMira FilzahZodiakEtnik MelayuLembah KlangTwitterAbu Bakar as-SiddiqTeluk IntanCiri-ciri orang munafik🡆 More