Nemanja Matić

Nemanja Matić (Serbia Cyril: Немања Матић; sebutan Serbia: ; lahir 1 Ogos 1988) merupakan pemain bola sepak Serbia yang bermain di kelab Serie A, A.S.

Roma">A.S. Roma dan untuk pasukan kebangsaan Serbia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Nemanja Matić
Nemanja Matić
Maklumat peribadi
Nama penuh Nemanja Matić
Tarikh lahir (1988-08-01) 1 Ogos 1988 (umur 35)
Tempat lahir Ub, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.94 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
A.S Roma
Nombor 31
Kerjaya remaja
Jedinstvo Ub
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Kolubara
2007–2009 Košice 70 (4)
2009–2011 Chelsea 2 (0)
2010–2011 → Vitesse (pinjaman) 27 (2)
2011–2014 Benfica 56 (6)
2014–2017 Chelsea 121 (4)
2017–2022 Manchester United (2)
2022– A.S Roma
Pasukan kebangsaan
2008–2010 Serbia B21 11 (2)
2008– Serbia 47 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Ogos 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2019

Kerjaya kelab

Košice

Matić menandatangani kelab Košice pada 2007 dan bersama kelab tersebut sehingga musim panas 2009. Ketika hidup di Slovakia, beliau memiliki kewarganegaraan Slovak.

Chelsea

Pada 18 Ogos 2009, Matić menandatangani kelab Chelsea dari MFK Košice dengan bayaran sebanyak sekitar £1.5 juta untuk kontrak empat tahun. Beliau telah diberi jersi bernombor 24 dari Chelsea tetapi beliau tidak membuat debutnya kerana memasuki kejohanan bawah-21 2009. Beliau hanya duduk di bangku simpanan ketika Piala Liga Inggeris menentang Queens Park Rangers pada 23 September 2009, Chelsea menang 1-0. Matić membuat debut Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea pada 21 November sebagai pemain gantian menggantikan Florent Malouda pada minit ke-69 ketika menentang Wolverhampton Wanderers, Chelsea menang 4-0. Pada 23 Ogos 2010, Matić berpindah ke kelab Belanda, Vitesse dalam pinjaman selama setahun bersama rakan sepasukan Slobodan Rajković dan Matej Delač.

Benfica

Pada 31 Januari 2011, Matić berpindah ke kelab gergasi Portugal, Benfica dengan bayaran €25 juta (£21M) dalam perjanjian pertukaran pemain Brazil, David Luiz. Di bawah pengurus Benfica Jorge Jesus, Matić ditukar dari bermain sebagai playmaker ke pertahanan pemain tengah (DMC).

Pada 14 April 2012, Matić memulakan kerjayanya di Benfica ketika Perlawanan Akhir Taça da Liga 2012 menentang Gil Vicente di mana beliau memenangi trofi pertama bersama kelab Lisbon itu.

Pada 13 Januari 2013, Matić menjaringkan gol pertamamya bersama Benfica dalam perlawanan O Clássico menentang musuh tradisi, Porto. Sehari kemudian, beliau dikhabarkan telah dilanjutkan kontrak sehingga 2018 dengan bayaran €45 juta.

Dalam perlawanan kedua pusingan ke-32 Liga Eropah menentang Bayer Leverkusen, Matić menjaringkan gol dengan menanduk masuk selepas Lima melakukan hantaran lintang tepat pada beliau ketika minit terakhir perlawanan, beliau membantu Benfica menang dalam agregat 3-1. Matić merupakan skuad utama Benfica untuk menjuarai kempen Primeira Liga 2012–13 sejak kelab Lisbon itu memenangi sejak 2010.

Pada 15 Mei, Matić berhadapan dengan bekas kelabnya, Chelsea dalam perlawanan akhir Liga Eropah di Amsterdam tetapi Benfica tewas 2-1 selepas tandukan Branislav Ivanović pada minit akhir perlawanan mengaburkan harapan Benfica untuk menang. Pada 4 Julai 2013, beliau tercalon dalam Pemain Terbaik Primeira Liga. Pada 13 Januari 2014, Matić menduduki tempat kedua dalam Anugerah Puskás FIFA di belakang Zlatan Ibrahimovic dari Sweden

Kembali ke Chelsea

Pada 15 Januari 2014, Matić menyertai semula ke Chelsea dengan bayaran sebanyak £21 juta dalam kontrak lima setengah tahun. Beliau membuat debut kedua bersama kelabnya empat hari kemudian dengan menggantikan Willian dalam perlawanan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United.

Pada 3 Februari, Matić membuat perlawanan Liga Perdana pertama bersama Chelsea menentang musuh utama Manchester City. Beliau telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh Sky Sports apabila Chelsea menumpaskan United 1-0.

Gol pertamanya di Liga Perdana berlaku pada 30 Ogos 2014 dalam perlawanan menentang Everton, 6-3. Sebulan kemudian, Matić menjaringkan gol kemenangan untuk Chelsea menentang Sporting CP dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Gol Matić menghancurkan rekod kebal Sporting yang tidak pernah kalah di laman sendiri dalam masa empat tahun. Pada 5 November dalam kejohanan yang sama, beliau menjaringkan gol untuk Chelsea ketika seri 1-1 menentang NK Maribor.

Kerjaya antarabangsa

Debut Matić untuk pasukan bawah-21 Serbia berlaku ketika menentang came in a match against Denmark pada 11 Oktober 2008. Selepas tiga perlawanan dan tiga gol untuk skuad bawah-21 Serbia, beliau telah dipanggil untuk menyertai pasukan senior dan membuat debut untuk pasukan senior ketika perlawanan persahabatan menentang Poland oada 14 Disember 2008 di mana Serbia tewas 1-0.

Matić mengambil bahagian dalam Kejohanan bawah-21 UEFA 2009 di mana beliau bermain selama 85 minit menentang Itali dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan, seri 0-0. Dalam perlawanan, Matić telah tercedera selepas berlanggar dengan penyerang Itali, Sebastian Giovinco. Kaki kanan beliau telah retak dan terpaksa melakukan pembedahan.

Pada Disember 2012, Matić mengumumkan beliau tidak akan bermain untuk pasukan kebangsaan Serbia ketika Siniša Mihajlović menjadi jurulatih. Alasan yang diberi ialah beliau tidak berpuas hati dengan jurulatihnya yang selalu memasukkan beliau di akhir perlawanan. Pada 6 September 2013, Matić kembali kepada pasukan kebangsaannya dalam kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Croatia, beliau masuk kepadang pada minit ke-75.

Statistik kerjaya

Kelab

    Sehingga 29 Oktober 2014.
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
MFK Košice 2006–07 14 1 0 0 0 0 14 1
2007–08 26 1 0 0 0 0 26 1
2008–09 29 2 0 0 0 0 29 2
2009–10 1 0 0 0 0 0 1 0
Jumlah 70 4 0 0 0 0 70 4
Chelsea 2009–10 2 0 1 0 0 0 0 0 3 0
Jumlah 2 0 1 0 0 0 0 0 3 0
Vitesse 2010–11 27 2 2 0 0 0 29 2
Jumlah 27 2 2 0 0 0 29 2
Benfica 2011–12 16 1 2 0 2 0 10 0 30 1
2012–13 26 3 6 1 1 0 13 1 46 5
2013–14 14 2 2 0 0 0 6 1 22 3
Jumlah 56 6 10 1 3 0 29 2 98 9
Chelsea 2013–14 17 0 2 0 0 0 19 0
2014–15 10 1 0 0 2 0 3 1 15 2
Jumlah 27 1 2 0 2 0 3 1 34 2
Jumlah kerjaya 182 13 15 1 5 0 32 3 234 17

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Pmncln Gol
2008 1 0
2009 1 0
2010 0 0
2011 0 0
2012 3 0
2013 4 0
2014 8 0
Jumlah 17 0

Penghargaan

Kelab

    Košice
  • Piala Slovakia: 2008–09
    Chelsea
    Benfica
  • Taça da Liga: 2011–12
  • Liga Eropah UEFA: Naib juara 2012–13
  • Taça de Portugal: Naib juara 2012–13

Individu

  • Pemain Terbaik Primeira Liga: 2012–13
  • Pemain Bulanan SJPF: Disember 2012, Januari 2013, April 2013
  • Anugerah Puskás FIFA: Tempat kedua, 2013

Rujukan

Tags:

Nemanja Matić Kerjaya kelabNemanja Matić Kerjaya antarabangsaNemanja Matić Statistik kerjayaNemanja Matić PenghargaanNemanja Matić RujukanNemanja MatićA.S. RomaPasukan bola sepak kebangsaan SerbiaPemain tengahSerie A

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Atilia HaronImam MahdiSe7en (filem 1995)Nabi Isa a.s.Kerajaan TarumanagaraSrivijayaNabi Idris a.s.JuzKementerian Kesihatan MalaysiaMasya-AllahBulanIsteri Separuh MasaNur FazuraPahangBangladeshDewi SandraPerayaan QingmingAsiah binti Muzahim16 PuasaAzira ShafinazSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiKlangA. R. BadulAmerika TengahWarna liturgiSurah Al-AlaqMira FilzahSunan DrajatIftarSijil Tinggi Agama MalaysiaNabi Ibrahim a.s.Daiyan TrishaKucingSejarah IslamTanda-tanda KiamatWanna AliKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyAwieKhadijah binti KhuwailidSijjin (filem 2023)Kejuruteraan awamSaadiahTempoh haram puasaJarell QuansahHaidNombor telefon di MalaysiaNabi Nuh a.s.Sultan Mizan Zainal AbidinIsrafilI.D.Kumpulan Rock MalaysiaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Sheikh Muszaphar ShukorBahasa InggerisAsnafTuanku MuhrizKerajaan Bani AbbasiyahElizabeth TanSlot MegaDrama18 Puasa di Kampong PisangPersekutuan Pengakap MalaysiaGasingA. GalakTeknologi maklumatKaabahArgentinaMohd Safee Mohd SaliKelapa sawitBiendaSyiahAin EdruceSayu Yang SyukurMustapha KamalBahasa MelayuPakistanAngel (penyanyi)Pasukan bola sepak kebangsaan YamanKanun KeseksaanAdi Putra🡆 More