Lisbon (bahasa Portugis: Lisboa) merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Portugal.
Bandar ini terletak di 38°43' utara , 9°8' barat.
Lisbon Lisboa | |
---|---|
Pentadbiran | |
• Mayor | António Costa (elected) PS |
Keluasan | |
• Bandar Raya | 84.8 km2 (32.7 batu persegi) |
• Metro | 2,957.4 km2 (1,141.9 batu persegi) |
Penduduk | |
• Bandar Raya | 564,657 |
• Kepadatan | 6,368/km2 (16,490/batu persegi) |
• Metro | 2,641,006 |
Zon waktu | UTC+0 (GMT) |
Laman sesawang | www.cm-lisboa.pt |
Lisbon mempunyai seramai 564,657 orang, manakala kawasan metropolitannya mencecah 2,665,000 orang penduduk. Kepadatan bandarnya ialah 6,658 orang sekilometer persegi dengan keluasan seluruhan bandar ini ialah 84.8 kilometer persegi.
Datuk Bandarnya ialah Pedro Santana Lopez.
Lisbon terletak di 38°43' utara dan 9°8' barat dan oleh itu, merupakan ibu negara yang paling barat di tanah besar Eropah. Ia terletak di bahagian barat Portugal di mana Sungai Tagus mengalir ke Lautan Atlantik. Keluasan bandar raya sebanyak 84.6 km². Berbeza dengan kebanyakan bandar raya utama, sempadan bandar raya ini amat ketara disebabkan banyak bandar raya di sekeliling Lisbon, umpamanya Loures, Odivelas, Amadora dan Oeiras yang merupakan sebahagian metropolitan Lisbon.
Pusat bersejarah Lisbon dibina pada tujuh buah bukit, dan mengakibatkan setengah-setengah jalan raya bandar raya terlalu curam untuk kereta-kereta; bandar raya ini mempunyai tiga buah perkhidmatan funikular dan sebuah lif. Bahagian barat bandar raya ini diduduki khususnya oleh Taman Hutan Monsanto yang merupakan salah satu daripada taman-taman bandar yang terbesar di Eropah, dengan keluasan sebanyak hampir 10 kilometer persegi (hampir 4 batu persegi).
Terdapat 53 mukim di Lisbon:
|
|
|
Lisbon merupakan salah satu ibu negara Eropah yang terpanas. Pada musim panas, ia sentiasa cerah dan suhu maksimum sehingga atau melebihi 30 °C manakala suhu minimumnya adalah antara 15 and 20 °C. Pada musim luruh atau musim sejuk, kebiasaannya akan hujan dan suhu jarang turun dibawah 5 °C, dan purata suhu melebihi 10 °C. Secara purata, Lisbon mempunyai 100 hari yang didatangi hujan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Lisbon, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.