Masqat

Masqat atau Maskat (Arab: مَسْقَط, rumi: Masqaṭcode: ar is deprecated , bahasa Inggeris: Muscatcode: en is deprecated ) merupakan ibu negara sekaligus bandar terbesar Oman.

Penduduknya berjumlah 67,400 orang pada tahun 2004. Jumlah penduduk Masqat mencecah 1.56 juta berdasarkan maklumat pada September 2015. Area metropolitan terbentang sekitar 3,500 km2 dan terdiri dari enam buah provinsi.

Masqat/Maskat
مسقط‎
Ruwi, kawasan perniagaan utama Muscat
Ruwi, kawasan perniagaan utama Muscat
Masqat is located in Bumi
Masqat
Masqat (Bumi)
Koordinat: 23°35′20″N 58°24′30″E / 23.58889°N 58.40833°E / 23.58889; 58.40833 58°24′30″E / 23.58889°N 58.40833°E / 23.58889; 58.40833
NegaraMasqat Oman
Zon waktuUTC+4
Laman sesawangPerbandaran Oman

Kota ini dikenali sejak awal abad pertama Masihi sebagai pelabuhan perdagangan penting antara barat dan timur, ia banyak direbut dan diperintah pelbagai kuasa asing seperti Parsi, Portugis dan Uthmaniyah sepanjang sejarah. Pada abad ke-18, pengaruh Masqat menjangkau sejauh Afrika Timur dan Zanzibar. Sebagai kota pelabuhan penting di Teluk Oman, Masqat menarik pedagang asing dan pendatang seperti pihak Parsi dan Balochistan. Ketika pertabalan Qaboos bin Said sebagai Sultan Oman pada tahun 1970, Masqat telah mengalami perkembangan infrastruktur pesat yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang hidup dan pembentukan masyarakat pelbagai kaum.

Sejarah

Masqat dikenali pada zaman dahulu sebagai pusat pelabuhan kaum Oman yang mahir dalam bidang perdagangan dan pelayaran. Kepentingan Masqat sebagai pusat pelabuhan diiktiraf oleh tokoh-tokoh Yunani purba seperti Ptolemy sejak abad pertama Masihi.

Zaman awal

Masyarakat purba kawasan Masqat dipercayai mempunyai hubungan dengan Tamadun Lembah Indus berdasarkan penemuan tembikar dari Harappa. Kawasan Masqat dikuasai oleh Empayar Sasan pada abad ketiga Masihi. Pengaruh Islam mula mencapai Masqat pada abad ketujuh.

Zaman pertengahan

Masqat dikuasai oleh pihak Portugis di bawah penguasaan Alfonso de Albuquerque pada Julai 1507. Selama pihak Portugis menguasai Masqat, pihak Uthmaniyah telah beberapa kali cuba merampas Masqat pada 1552 dan 1581. Apabila Nasir bin Murshid Al-Ya'rubi ditabalkan sebagai Imam Oman pada 1624, penguasaan Portugis mula menjadi lemah, dan pada 23 Januari 1650, pihak Portugis menyerah diri setelah pelabuhan Masqat diserang oleh pasukan Imam.

Geografi

Masqat terletak di timur laut Oman dan melepasi Garisan Sartan. Teluk Oman bersempadan dengan kawasan utara dan timur kota. Batuan gunung berapi seperti diorit dan serpentitit adalah lazim di kawasan Masqat serta pesisir laut kota. Kawasan pesisir laut Masqat lazim mempunyai terumbu karang, dan haiwan-haiwan seperti ketam dan udang krai boleh dijumpai di sini.

Iklim

Masqat memiliki iklim panas dan kontang dengan musim panas yang panjang dan bersuhu tinggi serta "musim sejuk" bersuhu sederhana. Taburan hujan secara keseluruhannya jarang berlaku, kebanyakannya berlaku antara bulan November dengan April.

Data iklim untuk Muscat
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 34.6
(94.3)
38.2
(100.8)
41.5
(106.7)
44.9
(112.8)
48.3
(118.9)
48.5
(119.3)
49.1
(120.4)
49.2
(120.6)
47.2
(117.0)
43.6
(110.5)
39.4
(102.9)
37.8
(100.0)
49.2
(120.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 25.5
(77.9)
26.1
(79.0)
29.8
(85.6)
34.7
(94.5)
39.5
(103.1)
40.4
(104.7)
38.6
(101.5)
36.2
(97.2)
36.3
(97.3)
35.0
(95.0)
30.5
(86.9)
27.1
(80.8)
33.3
(92.0)
Purata suhu harian, °C (°F) 21.3
(70.3)
21.9
(71.4)
25.2
(77.4)
29.8
(85.6)
34.2
(93.6)
35.2
(95.4)
34.3
(93.7)
32.0
(89.6)
31.4
(88.5)
29.7
(85.5)
25.7
(78.3)
22.6
(72.7)
28.6
(83.5)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 17.3
(63.1)
17.6
(63.7)
20.7
(69.3)
24.7
(76.5)
29.1
(84.4)
30.6
(87.1)
30.4
(86.7)
28.4
(83.1)
27.5
(81.5)
24.9
(76.8)
20.9
(69.6)
18.9
(66.0)
24.3
(75.7)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 1.6
(34.9)
2.3
(36.1)
7.0
(44.6)
10.3
(50.5)
17.2
(63.0)
21.6
(70.9)
23.5
(74.3)
21.3
(70.3)
19.0
(66.2)
14.3
(57.7)
9.4
(48.9)
4.5
(40.1)
1.6
(34.9)
Purata kerpasan, mm (inci) 12.8
(0.50)
24.5
(0.96)
15.9
(0.63)
17.1
(0.67)
7.0
(0.28)
0.9
(0.04)
0.2
(0.01)
0.8
(0.03)
0.0
(0.0)
1.0
(0.04)
6.8
(0.27)
13.3
(0.52)
100.3
(3.95)
Purata kelembapan relatif (%) 63 64 58 45 42 49 60 67 63 55 60 65 58
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 268.6 244.8 278.3 292.5 347.4 325.7 277.7 278.6 303.9 316.9 291.9 267.0 3,493.3
Sumber: NOAA (1961–1990)

Demografi

Bancian pada 2005 menetapkan jumlah penduduk Masqat pada lebih daripada 630,000 orang, dengan kira-kira 370,000 orang lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Kira-kira 60% penduduk Masqat ialah warganegara Oman dan 40% yang lain ialah ekspatriat.

Bahasa Arab ialah bahasa utama golongan masyarakat kota. Agama Islam Ibadi ialah agama anutan kebanyakan penduduk Masqat. Kawasan Masqat pernah menyaksikan perkembangan agama Kristian pada abad keempat dan kelima Masihi sebelum perkembangan Islam menghilangkan pengaruh Kristian di Masqat. Sedikit perkembangan Kristian di sini dipercayai dibawa semula oleh pihak Portugis pada abad ke-14.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

  • Masqat  Media berkenaan Masqat di Wiki Commons
  • Masqat  Panduan pelancongan Masqat dari Wikivoyage

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Masqat, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Masqat SejarahMasqat GeografiMasqat DemografiMasqat Lihat jugaMasqat RujukanMasqat Pautan luarMasqat2004Bahasa ArabBahasa bahasa InggerisBandarIbu negaraOman

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sunan Gunung JatiAzhar SulaimanLuruhnya Bunga CintaAnugerah AidilfitriKhadijah binti KhuwailidNina IskandarHot FMKaum DusunNasi lemakPerang Dunia KeduaVanny RossyaneSenarai mukim di SelangorSifat-sifat AllahPerang BadarKiesha AlvaroYasmin NapperRosyam NorHantu rayaOrang Asli di MalaysiaAyob Khan Mydin PitchayHukum Kanun MelakaSenarai haiwanKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaArena LieyaProton WajaSenarai SBP di MalaysiaUngku Ismail AzizSepahtu Reunion LiveErry PutraSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiBola sepakIzzue IslamRadio Televisyen MalaysiaAbang Long Fadil 3De FamShah IskandarPontianak Harum Sundal MalamDewi RemajaMelitha SidabutarPerkhidmatan awam di MalaysiaJohor Darul Ta'zim F.C.Senarai Kementerian di MalaysiaKuantanSlot MegaDramaAtikah SuhaimeNadhir NasarBoBoiBoyR.A. KartiniPenguatkuasaan undang-undang di MalaysiaDidi AstillahSurah al-BaqarahSandrinna MichelleSungai TerengganuNur FazuraMimi LanaHarris AlifMyKadSenarai peribahasa (A–M)Sharnaaz AhmadAbdul Rahim Mohd NoorPerjanjian HudaibiyahAnak Jalanan (sinetron)SyiahPutrajayaWan SharmilaLGBT dalam IslamTakbirSharifah AmaniFarali KhanZodiakBaby ShimaKhalid Mohamad JiwaKomunismeSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaKhulafa al-RasyidinSelangorD J Dave🡆 More