Marissa Mayer

Marissa Ann Mayer (lahir 30 Mei 1975) ialah seorang eksekutif perniagaan Amerika Syarikat yang memegang jawatan presiden dan CEO Yahoo!.

Beliau pernah berkhidmat sebagai eksekutif dan jurucakap utama Google. Beliau ialah CEO termuda yang menerajui sebuah syarikat Fortune 500.

Marissa Mayer
Marissa Mayer
Mayer pada 2011.
Kelahiran
Marissa Ann Mayer

(1975-05-30) 30 Mei 1975 (umur 48)
WarganegaraAmerika Syarikat
Pusat pendidikanUniversiti Stanford
PekerjaanPresiden & CEO, Yahoo!
Instruktor pengaturcaraan komputer, Universiti Stanford
MajikanYahoo!
Nilai bersih$300 juta USD
Ahli lembagaCooper–Hewitt, National Design Museum
New York City Ballet
San Francisco Ballet
San Francisco Museum of Modern Art
Walmart
PasanganZachary Bogue (2009–kini)

Kehidupan awal dan pendidikan

Mayer dilahirkan di Wausau, Wisconsin. Anak kepada Margaret Mayer, seorang guru seni Finland, dan Michael Mayer, seorang jurutera. Selepas menamatkan pengajian di Wausau West High School pada 1993, Mayer dilantik oleh gabenor Wisconsin Tommy Thompson sebagai salah seorang daripada dua delegasi negara bahagian itu untuk National Youth Science Camp di Virginia Barat.

Mayer menamatkan pengajian dengan kepujian dari Universiti Stanford menyandang B.S. dalam sistem simbolik dan M.S. dalam sains komputer. Kedua-dua ijazah itu diperolehnya dengan mengambil kepakaran dalam kecerdasan buatan. Pada tahun 2009, Institut Teknologi Illinois mengurniakan Mayer ijazah kehormat honoris causa atas sumbangannya dalam dunia pencarian.

Kerjaya

Marissa Mayer 
Mayer pada 2014.

Mayer menyertai Google pada 1999 sebagai pekerja ke-20 dan menjadi jurutera wanita pertama di syarikat itu. Sepanjang 13 tahun bekerja di sana, beliau berkhidmat sebagai jurutera, pereka, pengurus produk, dan eksekutif. Mayer memainkan peranan penting dalam pembangunan Google Search, Google Images, Google News, Google Maps, Google Books, Google Product Search, Google Toolbar, iGoogle dan Gmail. Beliau juga mereka paparan laman utama carian Google yang sederhana. Pada tahun-tahun terakhirnya di Google, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Perkhidmatan Tempatan, Peta, dan Lokasi dan sebelumnya sebagai Naib Presiden Produk Pencarian dan Pengalaman Pengguna.

Video wawancara Mayer dengan Lady Gaga pada 2011, sebagai sebahagian dari siri Musicians@Google, telah menarik perhatian dua juta penonton di YouTube.

Sebelum menyertai Google, Mayer bekerja di makmal penyelidikan UBS (Ubilab) di Zurich, Switzerland, dan SRI International di Menlo Park, California.

Pada 16 Julai 2012, Mayer dilantik sebagai Presiden dan CEO Yahoo!, berkuatkuasa pada hari berikut. Beliau juga menjadi ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Majlis dan penghargaan

Mayer ialah ahli lembaga pengarah Walmart dan badan bukan untung Cooper–Hewitt, National Design Museum, New York City Ballet, San Francisco Ballet dan San Francisco Museum of Modern Art.

Mayer disenaraikan dalam senarai tahunan 50 Ahli Perniagaan Wanita Paling Berkuasa versi majalah Fortune bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011. Beliau mendapat tempat ke-50, 44, 42, dan 38, secara berturut-turut. Pada tahun 2008, pada usia 33 tahun, beliau menjadi wanita termuda yang masuk dalam senarai itu. Mayer ialah "Wanita Terbaik Tahun Ini" versi Glamour Magazine pada 2009.

Kehidupan peribadi

Mayer berkahwin dengan peguam dan pelabur Zachary Bogue pada 12 Disember 2009. Pada hari yang sama ketika Yahoo! mengumumkan pelantikannya, Mayer mengatakan bahawa beliau dan suaminya akan menimang cahaya mata lelaki pada 7 Oktober 2012.

Rujukan

Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Ross Levinsohn
Pemangku
Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo!
2012–kini
Pemegang jawatan kini

Tags:

Marissa Mayer Kehidupan awal dan pendidikanMarissa Mayer KerjayaMarissa Mayer Majlis dan penghargaanMarissa Mayer Kehidupan peribadiMarissa Mayer RujukanMarissa Mayer Pautan luarMarissa MayerCEOFortune 500GoogleYahoo!

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Oktovia ManroseJean Retno AryaniPuncak AlamPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaGen1esPerang PadriKesan perubahan iklimJepunSlot SamarindaPutrajayaAbang Long FadilKlangRinggitJohorBatu Bersurat TerengganuIndonesiaKadazan-DusunFarid KamilSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaPahangMohamad SabuGula melakaLaman UtamaMuhyiddin YassinWudukSophia AlbarakbahMonyetPulau PangkorJohan GhazaliAsia TenggaraLee Kee HiongHang TuahSejarah IslamAaron AzizSofia JaneTracie SinidolFrekuensi radio di TerengganuSijil Tinggi Agama MalaysiaEjaRisteena MunimPangkat tenteraHaidKhairy JamaluddinDa Di DuAyah PinUqasha SenroseAisyah Abu BakarAween IsmailSyamsul YusofFuckBendera MalaysiaFrom Saga With LoveFrekuensi radio di Negeri SembilanPerak F.C.Senarai haiwanDaerah di MalaysiaLaskar Udara KananBukan Kahwin PaksaKucingSharifah AmaniKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Ali bin Abi TalibBahasa Melayu BruneiPendidikan di MalaysiaLimau purutPedofiliaKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Carles PuigdemontKL Gangster4U2CSenarai kaum di MalaysiaKKN di Desa Penari (filem)Solat JumaatSenarai kata pinjaman bahasa MelayuMasjidNusantaraGenting HighlandsTentang Hati Dia🡆 More