Lee Byung-hun (lahir 12 Julai 1970 di Seoul, Korea Selatan) merupakan pelakon Korea Selatan.
Beliau dikenali menerusi filem Joint Security Area dan A Bittersweet Life.
Lee Byung-Hun | |
---|---|
Kelahiran | 12 Julai 1970 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1991 - kini |
Lee muncul pertama kali pada tahun 1991 menerusi drama TV "Asphalt My Hometown". Kemudian beliau berlakon menerusi filem Joint Security Area dan Shiri selain Bungee Jumping of Their Own yang mana bakat lakonannya mula membuka mata banyak pihak.
Lee turut berlakon Everybody Has Secrets bersama Choi Ji Woo, Chu Sang Mi dan Kim Hyo Jin, filem mengenai tiga adik-beradik perempuan yang jatuh cinta kepada Lee Soo-hyon. Filem tersebut mendapat pembidaan sebanyak US$5.5 million di Jepun.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, filem ini gagal pecah panggung di Jepun.[1] A Bittersweet Life, dilancarkan pada 2005, mendapat pujian banyak pihak.
Pada 2005, Lee melancarkan biografinya Limited, Brave dan Human semasa melawat Singapura, koleksi 3 DVD di mana Lee bercakap mengenai kehidupannya.
Lee fasih berbahasa Inggeris dan boleh bertutur dalam Bahasa Perancis dan Mandarin selain Bahasa Korea. Beliau turut mempunyai nama Barat, Brian.
Lee merupakan penganut agama Buddha.
Ketika bapanya, Lee In-chul, meninggal dunia, Lee sedang dalam pengambaran The Harmonium in My Memory pada tahun 1997.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Lee Byung-hun, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.