Kemerdekaan

Kemerdekaan (Tulisan Jawi: كمرديكاءن) ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk dalam sesebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.

Kemerdekaan
Rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan
Kemerdekaan
Laungan Merdeka sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman selepas beliau selesai membaca teks Pemasyhuran Kemerdekaan pada 1957
Kemerdekaan
Tiga belas jajahan British di pantai timur Amerika Utara mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan pada tahun 1776
Kemerdekaan
Chile, salah satu daripada beberapa jajahan Sepanyol di Amerika Selatan, mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan pada tahun 1818

Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh sebuah negara yang lebih kuat.

Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.

Kemerdekaan boleh diperoleh melalui penyahjajahan, pemisahan atau pembahagian. Walaupun ketiga-tiga ini sering berbetulan dengan kemerdekaan, ketiga-ketiga ini harus tidak dikelirukan dengan pemberontakan yang biasanya merujuk kepada penggulingan pihak berkuasa secara ganas. Ini kekadang hanya bertujuan untuk pengagihan semula kuasa — dengan atau tanpa unsur pembebasan seperti dalam kes pendemokrasian — di dalam sebuah negara dan oleh itu, bentuk negara itu tidak berubah. Umpamanya, Revolusi Oktober Rusia tidak bertujuan untuk memperoleh kemerdekaan negara; sebaliknya Perang Revolusi Amerika Syarikat bertujuan sedemikian.

Autonomi merujuk kepada sejenis kemerdekaan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang pada dirinya masih mengekalkan kuasa muktamad terhadap wilayah itu (sila lihat penurunan kuasa). Negeri naungan merujuk kepada kawasan autonomi yang bergantung kepada kerajaan yang lebih besar untuk perlindungannya sebagai kawasan autonomi.

Sebuah negara yang ingin menuntut kemerdekaan daripada pihak berkuasa akan mengumumkan pengisytiharan kemerdekaan, umpamanya Pengisytiharan Arbroath oleh Scotland yang merupakan contoh negara terawal yang masih wujud serta Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 yang paling masyhur.

Terdapat banyak sebab mengapa sebuah negara atau wilayah hendak menuntut kemerdekaan. Kekecewaan terhadap pihak berkuasa merupakan alasan yang sering dikemukakan oleh gerakan-gerakan pengikut faham pemisahan, tetapi kesusahan ekonomi biasanya adalah yang mencetuskan tindakan gerakan-gerakan ini. Cara untuk menuntut kemerdekaan berbeza-beza dari tunjuk perasaan yang aman ke perang saudara yang ganas.

Tarikh kemerdekaan (atau kekadangnya permulaan pemberontakan) biasanya dirayakan sebagai hari kelepasan negara yang dikenali sebagai hari kemerdekaan.

Sejarah istilah

Asal-usul Istilah "Merdeka" ditakrifkan daripada bahasa Sanskrit Maharddhika yang membawa makna "kekayaan, keagungan dan kekuasaan" Dalam konteks kontemporari, Istilah ini digunakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia untuk melambangkan kedaulatan sesebuah negara.

Lihat juga

Nota rencana

Tarikh-tarikh kemerdekaan yang diperoleh daripada Buku Fakta Dunia CIA ditakrifkan sebagai berikut:

    Untuk kebanyakan negara, tarikh yang diberikan ialah tarikh pemerolehan kedaulatan... Untuk negara-negara yang lain, tarikh yang diberikan tidak mewakili "kemerdekaan" dengan erti kata yang sebenarnya, tetapi kepada sesuatu peristiwa kenegaraan yang penting, seperti tarikh pengasasan atau tarikh penyatuan, penyekutuan , psas bentuk kerajaan seperti pewarisan negara.

Rujukan

Nota kaki

Tags:

Kemerdekaan Sejarah istilahKemerdekaan Lihat jugaKemerdekaan Nota rencanaKemerdekaan RujukanKemerdekaan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

RasuahKitar semulaPegawai Waran Udara IIAbdullah bin Ahmad BadawiYusof HaslamPuchong, SelangorSyerifXPDCTerengganuNasha AzizKuchingMuhyiddin YassinKawasan pilihan raya di MalaysiaSepahtu Reunion Al-RayaGabenor Bank Negara MalaysiaAeril ZafrelMandi wajibWikipediaLaksamana ArmadaAdiraDollaSyafiq YusofHadha min fadhle RabbiKhadijah binti KhuwailidMalaysia MadaniMimi LanaBahasa MaduraSalahuddin al-AyyubiHannah DelishaPeribahasa MelayuBandaraya MelakaRedza RosliR.A. KartiniKesultanan Johor-RiauNabi Ibrahim a.s.Mohd Shuhaily Mohd ZainBaby ShimaCiri-ciri orang munafikPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaHinduismeDewan Negara MalaysiaPutri Kuswisnu WardaniKesultanan Melayu MelakaSifat-sifat AllahMusang PulutNegeri SembilanTanda dan gejalaHari BumiMuhammad al-FatihRisteena MunimSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaTeknologiIsrak dan MikrajPiala Asia B-23 AFC 2024Tuanku Ja’afarKata namaProton PersonaFalsafah Pendidikan MalaysiaDasar Ekonomi BaruAkut (perubatan)Adat resam kahwin MelayuFarali KhanSyamsul YusofAisyah Abu BakarSrivijayaHari DeepavaliHari Kebangsaan MalaysiaRemy IshakBuliAlam sekitarMasya-AllahKemalangan helikopter Lumut 2024Organisasi tenteraRinggitYasmin AhmadTenaga Nasional BerhadFrekuensi radio di Negeri SembilanBangladeshKadazan-Dusun🡆 More