Kehilangan Upaya

Kelainan upaya, kehilangan upaya, kurang upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat.

Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Individu yang mengalami keadaan ini digelar Orang Kelainan Upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.

Kehilangan Upaya
Simbol antarabangsa untuk mudah disampai

Definisi

Kehilangan Upaya 
Tempat penjagaan anak-anak kehilangan upaya di Johor, Malaysia.

Kelainan upaya adalah istilah yang meliputi gangguan, keterbatasan kegiatan, dan pembatasan penglibatan. Gangguan adalah sebuah masalah pada fungsi tubuh atau strukturnya; suatu pembatasan kegiatan adalah kesulitan yang dihadapi oleh individu dalam melaksanakan suatu tugas atau tindakan, sedangkan halangan penglibatan merupakan masalah yang dialami oleh individu dalam keterlibatan dalam situasi kehidupan. Kelainan upaya ini difahamkan sebagai sebuah fenomena yang kompleks, yang mencerminkan interaksi antara ciri dari tubuh seseorang dan ciri dari masyarakat tempat tinggal individu tersebut.

Orang Kurang Upaya ialah orang yang mempunyai kelainan fizikal dan/atau mental, yang dapat mengganggu atau merupakan rintangan dan hambatan baginya untuk melakukan kegiatan secara normal. Ketidakupayaan tersebut boleh datang secara:

  1. fizikal;
  2. mental; serta
  3. kedua-duanya.

Ketidakupayaan tak tampak

Satu jenis kehilangan upaya ialah masalah-masalah ketidakupayaan yang tak tampak atau fizikal, lazimnya merujuk kepada penyakit-penyakit kronik yang menghambat kehidupan seharian, ketidakupayaan tak tampak dilihat boleh menghalang usaha seseorang untuk pergi ke sekolah, bekerja, dan bersosial. Beberapa contoh ketidakupayaan jenis ini yang dikelaskan termasuk ketidakupayaan intelek, gangguan spektrum autisme, gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, gangguan mental, asma, sawan, alahan, migrain, artritis, dan sindrom keletihan kronik.

Polisi mengikut negara

Di Malaysia

Orang Kurang Upaya (OKU) ditakrifkan sebagai individu "yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat." (AKTA OKU 2008).

Di Indonesia

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 4 Tahun 1997 mengenai orang berkelainan upaya ("Penyandang Cacat") diwujudkan bertujuan untuk:

  • usaha peningkatan kesejahteraan sosial golongan cacat berlandaskan kepada fahaman Pancasila Republik dan Undang-Undang Dasar 1945.
  • setiap golongan ini mempunyai peluang yang sama dalam segala aspek kehidupan dan penghidupan.

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia menilai Undang-Undang Nomor 4 Tahun 1997 tentang Penyandang Cacat (difabel) sudah tidak sesuai dengan paradigma terkini mengenai keperluan penyandang disabilitas dan merancang suatu rang undang-undang inisiatif DPR yang disasarkan terhadap golongan ini.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Kehilangan Upaya DefinisiKehilangan Upaya Polisi mengikut negaraKehilangan Upaya Lihat jugaKehilangan Upaya RujukanKehilangan UpayaHak asasi manusiaKesihatan mental

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Beto KusyairySophia LianaCinta Buat DaraAdam CorrieFaralyna IdrisSeks oralNajib RazakBendera MalaysiaMasya-AllahKota BharuHukum Kanun MelakaAliff Syukri KamarzamanMas Ermieyati SamsudinTengku Permaisuri NorashikinFadillah YusofPulau PangkorGayatri Su-Lin PillaiGoogle ScholarSyafiq KyleSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiJambatan Pulau PinangMelitha SidabutarBuah kerasBintara MudaHady MirzaBadarawuhi Di Desa PenariIslam di MalaysiaProton Holdings BerhadHawa RizwanaIman TroyeNadhir NasarPuteri KhareezaPulau (filem)Proton SagaPilihan raya negeri Selangor 2023Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaAstro MalaysiaMenteri Pendidikan MalaysiaRejimen Askar Melayu DiRajaPertubuhan Keselamatan SosialAngeline TanSolatRomantisismeKhulafa al-RasyidinLiga Super Malaysia 2024–25Search (kugiran)Zul AriffinProton WiraFrekuensi radio di KedahGabenor Bank Negara MalaysiaMerdeka 118Adi PutraBahasa MaduraGunung KinabaluPuchong, SelangorBukan Kahwin PaksaMegat SharizalArena Lieya2024 di MalaysiaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiUniversiti Putra MalaysiaZahirah MacWilsonPerkahwinan menurut IslamSiti Khadijah HalimAzhar IdrusSunan KalijagaShiqin KamalPremier SarawakKelantan Darul Naim F.C.Senarai negara mengikut sistem kerajaanSenarai poskod di MalaysiaPerakFahmi FadzilPerikatan NasionalKata kerja transitifKesultanan DemakAdat resam kahwin MelayuSalahuddin al-AyyubiKementerian Pendidikan Malaysia🡆 More