Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tanjong Pagar ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) yang terletak di tengah-tengah Singapura.
Kawasan ini dikuasai okeh lima Anggota Parlimen (AP) yang merangkumi sejumlah Bahagian di Buona Vista, Queenstown, Moulmein-Cairnhill, Tanjong Pagar-Tiong Bahru, serta Henderson-Dawson. Selain itu, kawasan Tanglin, Jalan Orchard, Bukit Merah, dan Pek Kio juga masuk ke dalam kawasan ini.
Kawasan undi ini dibentuk di tahun 1991, semasa sebahagian bahagian di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tiong Bahru terukir keluar, Kawasan Undi Perseorangan Telok Blangah, dan Kawasan Undi Perseorangan Tanjong Pagar digabung menjadi satu GRC. Kawasan ini selalu menjadi kawasan yang tak tertanding. Kawasan ini hampir sahaja dipertandingkan oleh Barisan Sosialis di tahun 2011 namun gagal kerana sudah melewati 35 saat dari batas masa pendaftaran. Kawasan ini, untuk pertama kalinya, dipertandingkan pada pilihan raya umum Singapura 2015 oleh Tan Jee Say dan Ang Yong Guan dari Parti Warga Singapura Diutamakan.
Beberapa bekas menteri pernah unjuk gigi di kawasan undi ini sebelum pindah ke kawasan undi yang lain. Beberapa yang dimaksud meliputi:
Khaw Boon Wan yang mengurusi Bahagian Moulmein semenjak tahun 2001 sehingga tahun 2006 apabila ia pindah ke Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sembawang. Ia pernah menjadi pengerusi parti dan Menteri Pengangkutan. Ia tak lagi bertanding sejak 2020.
Apabila Lee Kuan Yew masih menjabat sebagai Menteri Senior, Koo Tsai Kee menggantikan kehadiran Lee setiap Sesi Temu Penduduk (MPS) berlangsung. Setelah pilihan raya 2011, Lee berhenti dari kabinet namun tetap menjadi AP untuk bahagian Tanjong Pagar-Tiong Bahru sehingga kematiannya pada 2015; Indranee Thurai Rajah, kemudian menggantikan Koo Tsai Kee. Bahagian Tanglin-Cairnhill dibagi menjadi Bahagian Henderson-Dawson dan Bahagian Moulmein-Cairnhill. Ianya dikuasai Joan Pereira dan Melvin Yong Yik Chye.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Tanjong Pagar, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses. ®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.