Katedral Notre-Dame

Katedral Notre Dame Paris (bahasa Perancis: Notre-Dame de Paris) ialah sebuah katedral Katolik zaman pertengahan di Île de la Cité di arrondissement (daerah) ke-4, Paris, Perancis.

Katedral ini ditahbiskan kepada Maria si Perawan, seorang tokoh utama dalam agama Kristian dan dianggap sebagai salah satu contoh terbaik seni bina Goth di negara tersebut. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1163 di bawah kepimpinan Bishop Maurice de Sully menjangkau lebih dua abad sebelum ia selesai pada pertengahan abad keempat belas. Selepas Revolusi Perancis, katedral ini dipulihkan arahan arkitek Viollet-le-Duc antara 1844 dan 1864 di mana projek tersebut yang menggabungkan unsur-unsur dan motif baru; projek ini sangat kontroversi kerana gaya binaan yang diberikan kepada katedral ini semasa pemuliharaan semulanya tidak sama sekali seragam lalu mempunyai ciri-ciri kedua-dua seni bina jenis Goth awal dan Goth Perancis yang jauh berbeza.

Katedral Notre-Dame
Bahagian hadapan Katedral Notre-Dame di pusat bandar Paris, Perancis. (Gambar bertarikh tahun 2013)

Bangunan ini sangat dikaitkan kuat dengan kota Paris. Ia banyak menyaksikan beberapa kejadian penting dalam sejarah negara Perancis itu sendiri: ia menjadi tempat menyambut relik-relik suci agama Kristian - terutamanya barang yang dikatakan sisa mahkota berduri dipakai Yesus ketika penyaliban beliau - pada tahun 1239 dalam Zaman Pertengahan, tempat pertabalan Napoleon sebagai Maharaja Perancis pada tahun 1804, pembaptisan Henri d'Artois sebagai raja Perancis cabang Legitimis pada tahun 1821 serta pengebumian beberapa presiden Republik Perancis (Adolphe Thiers, Sadi Carnot, Paul Doumer, Charles de Gaulle, Georges Pompidou, François Mitterrand). Ia juga tempat menyaksikan pembebasan Paris daripada rejim Vichy semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1944. Ulang tahun ke-850 pembinaannya diraikan pada tahun 2013.

Sejarah

Gereja lama Notre-Dame (abad ke-7 hingga abad ke-12)

Gereja ini mula wujud sebagai suatu basilika didirikan pada sebagai menggantikan suatu dewan yang dikhususkan kepada pemujaan dewa Jupiter dalam masyarakat Gaul-Rom. Gereja ini yang diberi nama Katedral Santo Étienne terletak kira-kira 40 meter (130 ka) arah barat dari kawasan katedral kini dan setengah kali besar binaan terkini dan dihiasi mozek. Sebanyak empat buah gereja didirikan bersusul ganti sebelum Katedral yang besar muncul, dengan setiap binaannya makin membesar untuk menampung kependudukan kota Paris yang semakin meningkat.

Pemusnahan gereja lama dan pembinaan semula gereja baharu

Pada tahun 1160, Maurice de Sully, Uskup Paris, memutuskan agar Katedral sedia ada membina semula bagi menampung jemaah dalam kalangan penduduk Paris yang kini jauh lebih besar dengan seni bina Goth baharu yang diiktiraf pada lewat tahun 1130-ans.. Binaan Katedral lama dimusnahkan sambil bahan runtuhannya diguna semula untuk pembinaan gereja yang baharu.

Ketika Zaman Revolusi serta Dinasti Napoleon

Selepas Revolusi Perancis pada tahun 1789, Notre-Dame dan seluruh harta para paderi di Perancis telah disita puak republikan lalu dijadikan harta awam. Katedral ini dikhususkan semula pada tahun 1793 kepada beberapa pergerakan ateistik yang bertujuan menggantikan Gereja Katolik sebagai agama rasmi Republik Perancis yang baru:

Terdapat banyak pengubahsuaian dilakukan dengan sengajanya untuk menghapuskan perlambangan keagamaan pada bangunan ini sebagai tindak balas menyekularkan sepenuhnya bangunan yang dirampas: dua puluh lapan patung raja-raja yang diceritakan dalam kitab Bible yang terletak di bahagian barat bangunan ini dipecahkan kepala kerana disalah sangka sebagai raja-raja Perancis, kebanyakan kepala patung ini ditemui semasa suatu kegiatan penggalian pada tahun 1977 dan dipamerkan di Musée de Cluny; patung perlambangan Kebebasan turut didirikan menggantikan Maria si Perawan di beberapa altar. Loceng-loceng besar katedral sempat diselamatkan daripada dicairkan sepertimana dilakukan puak republikan setelah mengambil alih harta milik Gereja Katolik. Semua patung-patung besar yang lain di hadapannya telah dimusnahkan kecuali patung Maria di pintu gerbang perigi gereja.

Setelah kedua-dua pergerakan diharamkan Konsul Pertama Republik Napoleon Bonaparte pada 1801, katedral ini lebih digunakan sebagai gudang penyimpanan makanan dan tujuan bukan agama lain. Katedral tersebut dipulihkan fungsinya sebagai suatu tempat ke ibadah dengan rasminya pada 18 April 1802, tidak lama selepas Konkordat 1801 ditandatangani yang bertujuan memulihkan hubungan Perancis dengan pihak Gereja Katolik Rom. Beberapa pembaikan kecemasan telah dibuat segera ehingga pada bulan Disember 1804, di mana Napoleon ditabalkan sebagai Maharaja Perancis atas restu Paus Pius VII; bangunan ini telah dicat warna putih sempena majlis itu, ia dihiasi beberapa lama kemudian semasa pemuliharaan baharu dijalankan di bawah arahan Charles Percier dan Pierre Fontaine.

Abad ke-20, pembinaan semula

Binaan batu yang ada dalam katedral ini dengan pelbagai perhiasan dan patungnya semakin terhakis pudar pada kurun-kurun ke-19 dan ke-20 akibat pencemaran udara yang berleluasa di kota Paris. Patung raksasa yang ada di katedral ini turut semakin melonggar atau tercabut pada tahun 1980-an. Maka dengan masalah yang dihadapi ini, suatu rancangan pemuliharaan semula dimulakan pemerintah Perancis pada tahun 1991 di mana banyak binaan luarannya digantikan sambil banyak ciri seni bina bangunan ini diperhatikan dengan teliti termasuk pemeriksaan blok batu kapur baharu yang bakal digunapakai untuk pembinaan semula dalam katedral ini.

Abad ke-21, kebakaran besar

Pada 15 April 2019 kira-kira jam 6:40 waktu tempatan, katedral ini mengalami kebakaran yang memusnahkan menara utamanya, bingkai oak serta bumbung utama bangunan ini, namun binaan bangunan ini termasuk fasad, menara sampingan, dinding, kekubah dan tingkap kaca berwarna-warni sempat diselamatkan oleh pihak bomba. Alat muzik organ besar bersejarah di dalamnya turut diselamatkan namun terjejas kerana dimasuki air. Sokongan lelangit batu katedral ada tertebuk di beberapa kawasan namun masih utuh. Kejadian besar ini disyaki berpunca daripada kemalangan dalam pengubahsuaian yang sedang dilakukan pada bahagian dalam gereja ini.

Ciri seni bina

Luaran

Bangunan ini menampakkan ukiran yang penuh teliti dan pelbagai memaparkan kisah-kisah diceritakan dalam kitab Bible untuk para jemaah gereja yang barangkalinya buta huruf pada ketika iru; pendekatan ini diberi jolokkan "buku para papa" (liber pauperum) dan sering digunapakai dalam ukiran binaan termasuk tiang, lukisan cat di dinding dan lelangit smapai ke tingkap gereja. Ukiran-ukiran ini dahulunya pernah dihiasi saduran emas malah dicat berwarna-warni sebelum ia terhakis dek cuaca.

Dalaman

Rerangka

Menara

Loceng

Gereja ini dipasangkan dengan sepuluh buah loceng atau genta. Genta terbesarnya (bourdon) diberi jolokan "Emmanuel" dengan berat sebanyak 13 tan serta ditala ke nada F syap. Genta ini sering dibunyikan pada keraian utama agama seperti Hari Natal dan Paskah, namun ia juga menjadi saksi utama kepada banyak peristiwa sejarah sepanjang zaman-zaman yang berlaku di Perancis seperti pertabalan raja-rajanya, ketibaan tokoh utama seperti Paus, pengebumian ketua negara serta penandaan penamatan perang termasuk Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Alat organ

Alat organ paip terawal yang wujud di gereja ini muncul pada 1403 dan disediakan oleh Friedrich Schambantz. Ia diggantikan oleh suatu alat baharu yang dibina antara 1730 hingga 1738 oleh François Thierry.

Model organ yang terkini dihasilkan semasa projek pemuliharaan oleh Eugène Viollet-le-Duc pada tahun 1844 di mana Aristide Cavaillé-Coll bmembina model ini daripada bahagian model organ terdahulu. Model organ ini ditahbiskan pada 1868.

Ukiran patung

Galeri

    Dalaman
    Luaran
    Tingkap

Nota

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Katedral Notre-Dame SejarahKatedral Notre-Dame Ciri seni binaKatedral Notre-Dame GaleriKatedral Notre-Dame NotaKatedral Notre-Dame RujukanKatedral Notre-Dame Pautan luarKatedral Notre-DameAgama KristianDaerah 4 (Paris)Gereja Katolik RomKatedralMaryamParisPerancisSeni bina GothSeni bina Goth PerancisÎle de la Cité

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaLembah BujangSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaSahurAlhamdulillahSultan PerakCabang dan mazhab IslamPilihan raya umum Malaysia 2022Anna JoblingAzhan RaniIsu kalimah Allah pada stoking 2024Senarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaPerlisCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahSyahadahMarian RiveraTeknologiDewi SandraPerang Dunia PertamaNasi lemakAngkor WatSuso (pemain bola sepak)SaleemSyurgamu RamadhanFauzi NawawiBendaharaAlat kebesaran diraja MalaysiaHalim RadziPerodua KancilPuasa (Islam)Emma MaembongFadlan HazimKaum-kaum di MalaysiaBrazilBadar16 PuasaPerang Dunia KeduaKhawarijLiga Negara-Negara UEFA 2020–21Senarai stesen radio di MalaysiaMasjid Wilayah PersekutuanBaju kurungSarimah AhmadNabi Adam a.s.Siti ElizadTabbyQasrina KarimFadillah YusofKuala Kubu BharuMarga SangirNabi Isa a.s.ThailandMimi LanaSijjin (filem 2023)Masjid Sri SendayanAedy AshrafAbdul Razak HusseinAsiaJaafar OnnPerang UhudBabiBella AstillahNabi Idris a.s.SolozHael HusainiLailatulqadarZul AriffinAngkorJenis air untuk bersuci dalam IslamSolat Sunat RawatibMohamed Fadzli HassanAnak Perjanjian SyaitanKadazan-DusunLee Chong WeiAshabul KahfiAin Edruce🡆 More