Kasino

Kasino (, pinjaman Itali: casinocode: it is deprecated ) merupakan satu tempat yang membenarkan aktiviti perjudian dijalankan.

Kasino yang popular menguntungkan dari segi ekonomi sesebuah negara.Terdapat sebanyak 4750 buah kasino yang beroperasi di seluruh dunia.

Kasino
Jalur Las Vegas terkenal kerana mempunyai banyak hotel resort kasino

Biasanya pusat kasino dibina di tempat yang strategik bersama kemudahan-kemudahan percutian lain termasuk hotel, restoran, taman tema atau kompleks beli-belah; ada juga kasino yang terbina dalam platform bergerak seperti kapal pesiaran. Beberapa pusat kasino juga menganjurkan acara sukan dan acara kebudayaan penting. Setiap bangunan kasino mempunyai larangan kemasukan untuk sesiapa di bawah lingkungan usia yang dbenarkan untuk berjudi iaiti sekitar 18 hingga 21 tahun.

Sejarah

Ungkapan Bahasa Itali casino yang asal merupakan bermaksud "rumah kecil" terbitan kata casa ([ˈka.za terdekat ka.za]) yang bermaksud "rumah", ia sering diertikan lanjut sebagai suatu vila kecil atau rumah kelab di mana kegiatan berhibur termasuk perjudian (casino da gioco) juga diadakan. Bahasa Itali moden mengeja perkataan ini sebagai casinò sebagai pembeza dengan perkataan casino yang bermaksud "rumah pelacuran".

Makna perkataan sedemikian beralih merangkumi sebarang bangunan di mana kegiatan lapang termasuk tari-menari, berjudi dan bersukan dapat dijalankan masyarakat sejak abad ke-19; bangunan untuk tujuan sedemikian piasanya didirikan bersampingan sebuah bangunan palazzo lebih besar.

Keberadaan

Malaysia

Kasino 
Genting Highlands

Di Malaysia, Genting Highlands telah dibina pusat kasino yang pertama pada zaman Tunku Abdul Rahman.

Singapura

Menurut bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, Singapura dirasakan berasa dalam kerugian kerana ketiadaan tidak ada pusat perjudian besar sedemikian di negaranya. Banyak warga negara pulau itu mencuba nasib dalam kapal-kapal persiaran yangmengendalikan kasino berlayar luar perairan antarabangsa mengelak laksanaan undang-undang Singapura menghalang perjudian luar taruhan lumba kuda dan pembelian nombor yang dibenarkan pihak Pemerintah.

Kabinet pimpinan Lee Hsien Loong membentangkan usulan membangunkan dua buah perniagaan kasino serta hotel dan pusat beli-belah sepadu di Marina South dan Sentosa pada 18 April 2005. Marina Bay Sands dimiliki syarikat Las Vegas Sands di pesisiran Pusat Bandar Singapura dengan nilai hartanah sebanyak USD8 billion, dan Resorts World Sentosa milik Kumpulan Genting di Pulau Sentosa.

Indonesia

Sebelum tahun 1980-an, kasino pernah diperbolehkan di Indonesia. Pernah ada kasino di wilayah Jakarta saat di bawah kepemimpinan Ali Sadikin, misalnya lantai bawah Gedung Sarinah, Jakarta Pusat, di Petak Sembilan (PIX), Jakarta Barat, dan di Hai Lai, Ancol. Namun, Undang-Undang Dasar 1945 yang dimaktubkan semasa merdekanya Indonesia daripada penjajahan Belanda melarang perjudian dalam antara peruntukkannya.

Pada tahun 1990-an, di Indonesia banyak kasino yang diam-diam beroperasi secara ilegal. Seiring dengan perkembangan media yang maju pesat di abad 21, banyak kegiatan tersebut diberitakan di media yang diikuti pemerintah Indonesia mengarahkan badan Kepolisiannya bertindak cepat menutup semua perusahaan sedemikian

Kasino bentuk elektronik (juga disebut kasino dalam jaring / "kasino daring") mula masuk ke Indonesia tahun 2005. Ia banyak mendapat perhatian dan langganan besar kerana boleh diakses melalui peranti mudah alih seperti telefon bimbit.

Rujukan

Tags:

Kasino SejarahKasino KeberadaanKasino RujukanKasinoBahasa ItaliJudi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sungai PetaniHang TuahFrekuensi radio di KelantanMerdeka 118Setem (filem)Pasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaKata ganti diriPontianak Harum Sundal MalamMonyetPetronasSusukRukun IslamAzhan RaniGerak KhasSenarai pesawat Tentera Udara DiRaja MalaysiaPerang BadarSiksa NerakaLencana pangkat TLDMFadhlina SidekShah AlamHari Kebangsaan MalaysiaKerajaan Bani AbbasiyahPerikatan NasionalJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahSifat-sifat AllahPulau PinangBank Negara MalaysiaWan RajaPakatan HarapanAstro MalaysiaAstro RiaAdiraIsrak dan MikrajPukimakSenarai raja-raja MelayuMyKadSingapuraIntan NajuwaTV3Search (kugiran)Adam CorrieFrekuensi radio di SelangorUthman bin AffanSunan Gunung JatiAllahSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahKuala TerengganuNiezam ZaidiPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17SelawatLebuhraya Utara–Selatan Jajaran SelatanSatePerkara 153 Perlembagaan MalaysiaNasha AzizMuhamad Akmal SalehJohor BahruMatahariAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamNabi Nuh a.s.Tengku Zafrul Abdul AzizPolitik balas budiKucingJepunJanji Diana (drama)Mohd Noor Helmy Abdul HalemRaja berperlembagaanSherry AlhadadJamal AbdillahKerenggaNabila RazaliMeerqeenJohor Darul Ta'zim F.C.Azan dan iqamatDollaSijil Pelajaran MalaysiaEtnik MelayuKesan perubahan iklim🡆 More