Indulgensi: Peringanan hukuman dosa dalam kepercayaan Katolik

Dalam agama Kristian Roman Katolik, indulgensi (bahasa Inggeris: indulgence, lit. 'pengampunan'code: en is deprecated ; Latin: indulgentia, lit. 'pelepasan'code: la is deprecated ) ialah cara untuk mengurangkan atau menghapuskan hukuman bagi dosa yang sudah diampunkan.

Katekismus Gereja Katolik, buku yang meringkaskan kepercayaan asas mazhab Katolik, menakrifkannya "peringanan hukuman sementara daripada Tuhan untuk dosa-dosa yang kesalahannya telah diampuni, yang diperoleh oleh orang Kristian yang betul-betul sedia menerima dengan syarat-syarat tertentu…"

Indulgensi: Sejarah, Syarat-syarat am, Jenis indulgensi yang diberi
Inskripsi pada Archbasilika St. John Lateran di Rom: Indulgentia plenaria perpetua quotidiana toties quoties pro vivis et defunctis (Melayu: "Indulgensi pleno yang kekal setiap hari pada setiap kesempatan untuk yang hidup dan yang mati")
Indulgensi: Sejarah, Syarat-syarat am, Jenis indulgensi yang diberi
Indulgensi Roman Katolik, bertarikh 19 Dis 1521. Mesin cetak memudahkan dokumen indulgensi dikeluarkan secara besar-besaran.

Pendosa yang diampunkan, dalam agama Kristian, tetap perlu dihukum selama satu tempoh untuk menebus dosa tersebut di dalam neraka sementara/api penyucian, kemudian mereka dapat memasuki syurga. Sementara dosa besar boleh diampuni sepenuhnya dengan membuat sakramen dan taubat, dosa kecil akan kekal dan perlu disucikan di neraka sementara. Penerima indulgensi mesti melakukan perbuatan atau doa tertentu demi menebusnya, seperti berhijrah, menziarah tempat suci atau membuat kerja-kerja amal. Tambahan pula, indulgensi hanya boleh diberikan oleh pihak Gereja, yang dipercayai mendapat izin Tuhan untuk memberikan indulgensi.

Indulgensi bukanlah izin untuk melakukan dosa sesuka hati. Ia cuma menghapuskan sebahagian atau semua hukuman disebabkan dosa. Indulgensi tidak mengampuni dosa, dosa diampuni melalui penyesalan yang mendalam dan sakramen pengakuan, dan seseorang mesti tiada dosa besar untuk mendapat penebusan. Barulah hukuman sementara atas dosa yang diampuni itu dapat dihapuskan.

Sejarah

Dalam agama Kristian awal, pendosa perlu menghukum diri dengan keras untuk diampuni. Lama-kelamaan, indulgensi diperkenalkan sebagai cara alternatif untuk orang Kristian yang hampir mati syahid atau dipenjarakan kerana iman mereka mendapatkan pengampunan. Gereja Katolik mengajar bahawa sumber indulgensi ialah "simpanan pahala" yang diperoleh daripada pengorbanan Yesus di kayu salib, serta pahala-pahala dan taubat para santo. Ia juga datang daripada pahala orang-orang Kristian silam yang membuat lebih banyak kebaikan daripada yang diperlukan untuk mendapat penyelamatan.

Sekitar 1500, indulgensi menjadi surat bercetak yang mengatakan bahawa seseorang telah menerima pengampunan penuh untuk semua dosa mereka setelah membayar sejumlah wang kepada gereja. Malah orang yang telah mati dan dalam api penyucian boleh serta-merta dibebaskan jika orang yang masih hidup membayar untuk indulgensi itu. Wang tersebut digunakan untuk membina sebuah gereja di Rom, sebahagian wang itu diberikan kepada penguasa tempatan atau pemimpin sekular. Indulgensi juga digunakan untuk kemudahan awam, seperti hospital.

Akan tetapi, indulgensi mula disalahgunakan, terutamanya untuk mengaut untung, dan menjadi isu yang pihak gereja mengetahui tetapi tidak dapat halang. Indulgensi menjadi sasaran utama Martin Luther dan ahli teologi Protestan yang lain, dari awal Reformasi Protestan. Akhirnya gerakan Pemulihan Balas Katolik memansukhkan indulgensi dijual. Tetap indulgensi kekal dalam agama Katolik moden dan ia disahkan adalah sebahagian daripada dogma Katolik oleh Majlis Trento. Pada tahun 1567, Paus Pius V berkata indulgensi tidak boleh dikaitkan dengan apa-apa tindakan berkaitan wang, termasuk pemberian derma. Pada abad ke-20, reformasi telah dibuat untuk menghapuskan indulgensi mengikut hari atau tahun. Sebelum itu, hari atau tahun ini sepatutnya melambangkan masa yang dihabiskan untuk menebus dosa, tetapi ramai salah sangka ia masa yang dihabiskan dalam neraka penyucian. Reformasi tersebut juga mengurangkan jumlah indulgensi yang diberikan dengan melawat gereja dan tempat-tempat tertentu.

Syarat-syarat am

Dalam Hukum Gereja 996, kesemua syarat harus dipenuhi agar seseorang boleh mendapat indulgensi:

  • Sudah dibaptis
  • Tidak menjalani hukuman pengucilan
  • Dalam keadaan rahmat (tidak dalam keadaan dosa besar), sekurang-kurangnya apabila mereka menyelesaikan perbuatan yang diperlukan
  • Mempunyai niat untuk mendapat indulgensi, kemudian melakukan perbuatan yang telah ditentukan sesuai ketetapan yang berlaku

Suplemen Bahagian Ketiga Summa Teologia (suplemen ini mungkin tidak ditulis oleh St. Thomas Aquinas sendiri) menyebutkan bahawa indulgensi tidak membebaskan seseorang daripada kewajiban yang perlu dilakukan akibat dosanya; dia tetap perlu bertaubat seperti yang disuruh supaya dia dapat menyembuhkan luka jiwanya dengan keinsafan. Seseorang yang telah mencuri mesti melakukan yang terbaik untuk mengembalikan apa yang dia curi, orang yang telah menyakiti orang lain mesti cuba meminta maaf kepada orang yang dia telah sakitkan, dan sebagainya.

Jenis indulgensi yang diberi

Indulgensi penuh

Indulgensi penuh menghapuskan segala hukuman (seksa dosa sementara) yang timbul kerana dosa. Jika seseorang menerima indulgensi penuh dan tiba-tiba mati sejurus selepas itu, orang itu dipercayai tidak perlu pergi ke api penyucian. Salah satu syarat untuk dapat menerima indulgensi penuh ialah tidak lagi terikat dengan dosa, menyesali dosa-dosa sepenuhnya, dan tidak mengulanginya lagi. Jika seseorang melakukan perbuatan atau doa yang menebuskan semua dosanya, tetapi masih terikat dengan dosa, maka seseorang itu hanya menerima indulgensi separa.

Terdapat empat cara lazim untuk indulgensi penuh menurut Enchiridion Indulgentiarum dan boleh dibuat pada mana-mana hari, tetapi hanya sekali sehari:

  1. Memuja Yesus dalam Perjamuan Kudus selama 30 minit
  2. Baca Kitab Suci selama 30 minit dengan khusyuk
  3. Melawat dan berdoa di depan Jalan Salib
  4. Berdoa Rosario atau Akatis bersama-sama. Ia boleh dilakukan dalam kumpulan, dalam keluarga, atau jika bersendirian, di gereja dengan bercakap atau sekurang-kurangnya berbisik.Setiap kali salah satu daripada empat perkara di atas dilakukan untuk penebusan penuh, perjamuan mesti diterima dan berdoa khusus kepada Bapa Suci (satu Bapa Kami dan satu Salam Maria). Juga, dosa dalam masa 20 hari, sebelum atau selepas, mesti diakui. Selain itu, Enchiridion Indulgensi 1968 menyenaraikan perbuatan berikut yang turut memberikan indulgensi penuh:
  • Perjamuan Suci pertama
  • Misa pertama seorang paderi yang baru ditahbiskan

Indulgensi separa

Indulgensi: Sejarah, Syarat-syarat am, Jenis indulgensi yang diberi 
Uskup Agung Socrates B. Villegas menganugerahkan Indulgensi Pleno Misa Paskah pada tahun 2012 (Katedral Metropolitan St. John the Evangelist, Dagupan, Filipina).

Indulgensi jenis ini menghapuskan sebahagian hukuman (seksa dosa sementara) yang timbul kerana dosa. Gereja memberikan indulgensi separa untuk perbuatan dan doa yang kurang pentingnya daripada perbuatan dan doa yang mendatangkan indulgensi penuh. Pada masa lalu, indulgensi biasanya diukur dalam "hari" atau "tahun" yang bersamaan dengan tempoh masa yang diperlukan untuk menebuskan dosa (contohnya, dengan mengucapkan doa tertentu, seseorang akan menerima pengampunan "empat puluh tahun"). Walau bagaimanapun, ini menyebabkan orang ramai hanya mengira hari dan tahun penebusan yang mereka telah dapat daripada betul-betul menyesali dosa mereka. Pada tahun 1969, Gereja mengeluarkannya daripada istilah "indulgensi separa". Indulgensi separa tidak lagi diukur dengan tempoh masa yang tetap.

Untuk mendapatkan indulgensi separa, individu mesti telah dibaptiskan, berada dalam keadaan rahmat, dan tidak dikucilkan. Di samping itu, dia mesti mempunyai niat untuk menerima indulgensi separa.

Terdapat empat cara am untuk mendapat indulgensi ini, yang bertujuan untuk menggalakkan umat beriman untuk memupuk semangat Kristian dalam hidup serta supaya seseorang itu berusaha untuk kesempurnaan amal. Indulgensi ini separa, maka nilainya bergantung pada keinginan seseorang itu melakukan perbuatan yang disyorkan:

  1. Berdoa kepada Tuhan dengan tawakal yang rendah hati semasa melakukan tugas harian dan menghadapi kesusahan hidup, dan berdoa pendek dalam hati.
  2. Membantu orang lain yang memerlukan dengan kebaikan dan iman.
  3. Meninggalkan sesuatu yang disukai demi menebus dosa.
  4. Menunjukkan keimanan secara terbuka dalam situasi harian.

Menurut Enchiridion Indulgensi 1968, indulgensi separa diberikan dengan perbuatan berikut:

  • membuat tindakan yang melibatkan keimanan, harapan, kebajikan, penyesalan dan rohani
  • berdoa kepada Tuhan yang Tersembunyi (Adoro te devote), Kepadamu Yusuf yang Diberkati (Ad te beate Ioseph), doa-doa Buku Wirid Rom tertentu (Kami Mengucapkan Syukur kepada-Mu, Tuhan Allah Yang Maha Kuasa, Marilah kami berdoa untuk Paus Berdaulat kami, Ya Perjamuan Kudus, Santa Maria pembantu orang yang tidak berdaya, Rasul Suci Petrus dan Paulus, Kunjungilah Kami Memohon-Mu ya Tuhan), Malaikat kepada Allah, Malaikat kepada Tuhan, Jiwa Kristus (Anima Christi), Dengarlah Kami (Ritual Rom), Semoga Ia Meredakan-Mu Ya Tuhan, Rehat Abadi, Salam Permaisuri, Kami Terbang Menuju Naungan-Mu, atau Datang Roh Kudus
  • berdoa Litani Nama Yesus, Hati Yesus, Darah Yesus, Perawan Maria, Santo Joseph, atau Semua Santo
  • berdoa Jasa Baik Kecil Penderitaan, Hati Yesus, Dikandung Tanpa Noda, atau Santo Joseph
  • membaca Pengakuan Iman Rasuli, Pengakuan Iman Nikaia, Pujian atau Vesper Jasa Baik Si Mati, Mazmur 50, Mazmur 129, Nyanyian Puji Maria, atau Memorare (Ingatlah wahai Perawan Maria yang Maha Pengasih)
  • mengajar atau mempelajari doktrin Kristian
  • melawat katakombe Kristian
  • berdoa untuk panggilan sacerdotal atau keagamaan
  • berdoa untuk kembalinya penganut Kristian bukan Katolik ke Gereja Katolik
  • meluangkan sedikit masa berdoa dalam hati
  • membuat Tanda Salib
  • pembaharuan janji pembaptisan

Dalam situasi tertentu

Semasa Minggu Kerahiman Ilahi (Week of Divine Mercy)

Indulgensi: Sejarah, Syarat-syarat am, Jenis indulgensi yang diberi 
Imej asal Kerahiman Ilahi, dicat mengikut arahan St. Faustina.

Sehubungan dengan devosi Kerahiman Ilahi, Penitensiaria Apostolik pada 29 Jun 2002 mengeluarkan dekret yang menetapkan persyaratan bagi umat agar dapat memperoleh indulgensi saat Minggu Kerahiman Ilahi (hari Ahad selepas Paskah, atau Minggu II Paskah). Sri Paus memberikan indulgensi pada hari Ahad istimewa ini dengan maksud agar semua umat yang layak menerimanya dapat merasakan kelimpahan besar karunia penghiburan Roh Kudus. Dengan demikian, mereka yang memperolehnya dapat bertumbuh cintanya kepada Tuhan dan sesamanya, dan karena mereka telah menerima pengampunan Tuhan, sebagai timbal baliknya (seharusnya) mereka juga terdorong untuk mengampuni orang-orang yang bersalah kepada mereka.

Dengan tetap memperhatikan persyaratan umum maupun persyaratan khusus (untuk indulgensi penuh) yang telah disebutkan di atas, setiap umat berkesempatan untuk memperoleh baik indulgensi penuh maupun indulgensi sebagian jika melakukan salah satu perbuatan yang ditentukan.

Indulgensi sebahagian diberikan kepada umat yang memenuhi syarat, yang setidaknya dengan hati penuh penyesalan kerana dosa-dosanya, berdoa kepada Tuhan Yesus yang berbelas kasih dengan rumusan doa resmi; misalnya: "Yesus, Engkau andalanku", "Yesus, Raja Kerahiman Ilahi, Engkaulah andalanku".

Indulgensi penuh dapat diterima oleh umat yang memenuhi syarat, yang melakukan salah satu perbuatan berikut:

  • Dalam jiwa yang benar-benar bebas dari kecintaan akan dosa apa saja, sekalipun satu dosa ringan, mengambil bagian dalam doa dan devosi yang diselenggarakan demi penghormatan akan Kerahiman Ilahi di dalam gereja atau kapel.
  • Mendaraskan doa Bapa Kami, Syahadat, dan pernyataan iman "Yesus, Raja Kerahiman Ilahi, Engkaulah andalanku" di hadapan Sakramen Maha Kudus (baik saat adorasi ataupun saat tersimpan dalam tabernakel)

Bagi umat yang berhalangan untuk pergi ke gereja (misalnya: mereka yang mengalami sakit serius dan yang merawatnya, pelaut yang sedang menjalankan pekerjaannya di tengah lautan, mereka yang terpaksa mengungsi karena situasi perang atau politik ataupun lainnya) dapat memperoleh indulgensi penuh jika memenuhi semua kondisi berikut:

  1. Sepenuhnya membenci segala dosa (lih. Dosa, Tujuh maha dosa)
  2. Mempunyai niat untuk sesegera mungkin melakukan 3 persyaratan khusus lainnya untuk memperoleh indulgensi penuh (menerima Sakramen Tobat, menyambut Komuni Kudus, berdoa untuk intensi Paus)
  3. Mendaraskan dengan penuh iman doa Bapa Kami, Syahadat, dan seruan kepada Yesus Raja Kerahiman Ilahi (misalnya: "Yesus, Raja Kerahiman Ilahi, Engkau andalanku") di hadapan gambar Kerahiman Ilahi Tuhan Yesus

Seandainya syarat yang ke-3 di atas tidak memungkinkan untuk dipenuhi oleh umat yang berhalangan, indulgensi penuh tetap dapat diperoleh asalkan ia:

  1. Menyatukan dirinya secara rohani dengan mereka yang mempraktikkan semua ketentuan untuk memperoleh indulgensi dengan cara normal
  2. Mempersembahkan doa dan segala penderitaan karena penyakit atau kesulitan hidup yang dialami kepada Tuhan Raja Kerahiman Ilahi

Penyalahgunaan

Pada abad ke-16, ketika Paus Leo X memulakan projek pembangunan Basilika Santo Petros, pihak Gereja pimpinan memerlukan dana yang besar. Paus Leo X memberikan kuasa kepada pastor Johann Tetzel untuk memberikan indulgensi berupa surat kepada mereka yang menyumbang dana untuk pembinaan Basilika itu. Kuasa ini yang mencetuskan konflik antara Martin Luther dengan Gereja Katolik. Luther melihat bahawa amalan ini telah disalahgunakan dan orang ramai menjadi terpaksa membayar untuk mendapatkan indulgensi. Amalan tersebut menyebabkan perpecahan dalam Gereja, lalu mencetuskan suatu mazhab gereja yang baharu iaitu Protestan.

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Indulgensi SejarahIndulgensi Syarat-syarat amIndulgensi Jenis indulgensi yang diberiIndulgensi Dalam situasi tertentuIndulgensi PenyalahgunaanIndulgensi RujukanIndulgensi Pautan luarIndulgensiBahasa LatinBahasa bahasa InggerisGereja KatolikKatekismus Gereja KatolikTerjemahan literal

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Syatilla MelvinFahmi FadzilIsa KhanBintara MudaTerengganuNadia AqilahCinema (Slot TV3)Rukun solatMega Movie (Slot TV3)Proton SagaTentera Udara Diraja MalaysiaAhmad Zahid HamidiSultan PerakMuhyiddin YassinAbang Long Fadil 3Tengku Zafrul Abdul AzizLan Pet PetAzizulhasni AwangBugisXXXTentacionDadahMira FilzahLee Kee HiongSenarai kata pinjaman bahasa MelayuKuala Kubu BharuMakkahHari Kebangsaan MalaysiaPeribahasa MelayuBumiputeraIsrafilPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaKetupatCapriceKedah TuaHarvey NormanBarisan NasionalHukum madKolej Universiti Sains Perubatan AllianzeHantu dalam masyarakat MelayuPenjajahan Jepun di Tanah MelayuIntan NajuwaNik Abdul Aziz Nik MatKecerdasan buatanJ RevolusiIstinjakPutrajayaAngkor WatAzhan RaniGrup Gerak KhasGas rumah hijauDini SchatzmannHari WesakNabila RazaliBidaraKulim (bandar)LesbianHidroterapiRISDABahasa LampungNegara PalestinNabiYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanHari PekerjaKelantanKementerian Pendidikan MalaysiaYang di-Pertuan AgongTentang Hati DiaSolat Sunat IstisqaSenarai penerima darjah kebesaran negeri Terengganu 2024Hulu LangatR.A. KartiniPasukan Gerakan KhasSenarai bank di MalaysiaPang Sock TaoEkarSelangorVAT 69 KomandoShah Alam🡆 More