Risda: Agensi kerajaan Malaysia

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Bahasa Inggeris: Rubber Industry Smallholders Development Authority, RISDA) ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973.

Penubuhan ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
RISDA
Risda: Tanggungjawab, Tugas, Visi
Jata Negara
Risda: Tanggungjawab, Tugas, Visi
Logo RISDA
Intisari agensi
Dibentuk1 Januari 1973
Agensi-agensi terdahulu
  • (etc.)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAmpang, Kuala Lumpur
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Encik Abdullah bin Zainal, Ketua Pengarah RISDA
Agensi induk
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia
Laman sesawang
http://www.risda.gov.my/

Tanggungjawab

  • Mentadbir kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanam Semula) yang di tubuhkan di bawah Seksyen 3 Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman semula 1952).
  • Mengurus dan mengendali sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan dibawah peruntukan bahagian Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula 1952 dan
  • Merancang dan melaksanakan segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.

Tugas

  • Melaksana segala pembaruan pertanian yang diperolehi dari penyelidikan
  • Berkerjasama dan berhubung dengan semua agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian, pemerosesan dan pemasaran getah demi mewujudkan dan mempercepatkan permodenan sektor pekebun kecil
  • Menjalankan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor pekebun kecil dengan benih-benih yang mengeluarkan hasil yang tinggi mengikut cara yang disyorkan dan sistematik
  • Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dapat dimodenkan dari segala aspek bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil
  • Mendapatkan dan meyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu berhubung dengan sektor pekebun kecil

Visi

Menjadi agensi PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

Misi

Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan komersial

Objektif

Pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM4000.00 sebulan sekeluarga menjelang akhir tahun 2020.

Kumpulan sasar

Kumpulan Sasar seramai 425,739 pekebun kecil getah dan kelapa sawit di Semenanjung Malaysia. Jumlah keseluruhan 959,661 orang merangkumi ahli isi rumah termasuk isteri dan anak yang bakal menjadi generasi kedua

RISDA melaksanakan strategi pembangunan seperti berikut:

  • Menumpukan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil pemilik pengusaha seramai 201,057 orang
  • Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan
  • Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang secara individu
  • Melaksanakn projek ekonomi onfarm berasaskan kehendak pasaran untuk menambah pendapatan
  • Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya maju dan memiliki budaya kerja yang cemerlang dan,
  • Mendekatkan RISDA kepada kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat-pejabat cawangan di kawasan tumpuan pekebun kecil
  • Mewujudkan saluran pemasaran yang lebih cekap untuk hasil keluaran pekebun kecil.

Takrifan pekebun kecil dan estet

Pekebun kecil didefinisikan sebagai pemilik tanah getah yang memiliki kurang daripada 40.4686 hektar (100 ekar).

Estet didefinasikan sebagai satu entiti yang memiliki tanah bertanam getah yang berkeluasan 40.4686 hektar atau lebih.

Bidang penghasilan utama RISDA (RKRA)

  • RKRA 1 – Meningkatkan Pencapaian Tanam Semula di peringkat pembangunan tanah
  • RKRA 2 – Meningkatkan produktiviti kebun getah / sawit pekebun kecil
  • RKRA 3 – Meningkatkan perolehan harga komuniti di peringkat ladang (framgate price)
  • RKRA 4 – Meningkatkan Modal Insan Pekebun Kecil melalui program latihan dan pengdampingan
  • RKRA 5 – Meningkatkan pendapatan pekebun kecil

Piagam pelanggan

  • Melulus permohonan yang lengkap bagi tanam semula dan semua program pembangunan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh terima
  • Bayaran bantuan ansuran semasa dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 14 hari
  • Bayarn bantuan berturut dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 12 hari
  • Bekalan baja dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 14 hari
  • Bekalan benih dari tarikh kebun diperiksa dalam masa 15 hari

Program dan aktiviti

  • Tanam semula
  • Pengembangan
  • Semaian
  • Pemulangan wang ses Estet
  • Sosial dan institusi
  • Peningkatan ekonomi
  • Sumber kewangan

Anak-anak syarikat RISDA

  1. Estet Pekebun Kecil Sdn. Bhd (ESPEK)
  2. Permodalan RISDA Bhd (PRB)
  3. RISDA Plantation Sdn. Bhd
  4. RISDA Semaian & Langskap Sdn. Bhd (RSSB)
  5. Protec Insurance Brokers Sdn. Bhd (PROTEC)
  6. Smallholder Development Corppration Sdn. Bhd (SHDC)
  7. Kolej RISDA
  8. RISDA Baja Sdn. Bhd
  9. RISDA FLEET Sdn. Bhd
  10. Binaris Property sdn. Bhd
  11. Koperasi Anggota RISDA Malaysia Sdn. Bhd (KARISMA)
  12. Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd (NARSCO)

Pusat latihan RISDA

  1. RISTEC, Port Dickson, NSDK
  2. Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Padang Renggas, Kuala kangsar, Perak DR
  3. Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan DN
  4. Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK), Kg Awah, Temerloh, Pahang DM
  5. Kolej RISDA Melaka

Kecemerlangan RISDA

    RISDA CERTIFIED MS ISO 9001:2008
    No. Sijil: AR 5234 Bertarikh 23 Julai 2010

Agensi lain di bawah MEA

  1. RISDA
  • Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
  • Yayasan Ekuiti Nasional

Pautan luar

Tags:

Risda TanggungjawabRisda TugasRisda VisiRisda MisiRisda ObjektifRisda Kumpulan sasarRisda Takrifan pekebun kecil dan estetRisda Bidang penghasilan utama RISDA (RKRA)Risda Piagam pelangganRisda Program dan aktivitiRisda Anak-anak syarikat RISDARisda Pusat latihan RISDARisda Kecemerlangan RISDARisda Agensi lain di bawah MEARisda Pautan luarRisdaBadan berkanun

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

BrazilKhadijah binti KhuwailidNabi Musa menyeberangi Laut MerahPiala Asia 2019FalsafahKetumHalim RadziNuzul QuranJamal AbdillahFattah AminLencana pangkat TLDMBangladeshKhairulamingSetelah Cinta Itu Pergi (novel)Erry PutraNina IskandarPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaKongkekRukun IslamKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyKaum-kaum di MalaysiaJuzSusan ManenJangan Menangis Cinta (drama)Masakan IndiaZakat fitrahKata ganti nama (bahasa Melayu)Kerajaan Bani UmaiyahTengku Adnan Tengku MansorFrekuensi radio di SabahAndrew RobertsonSejarah orang Yahudi di MalaysiaReading, BerkshireAyob Khan Mydin PitchayNabi Syu'aib a.s.SabahSyatilla MelvinHamidah WahabFrekuensi radio di PerakAl-Masih ad-DajjalWanita SyurgaRawang, SelangorSumber primerTakbirIman TroyeTerengganuMajapahitSolatAnak Perjanjian Syaitan 2Aiman Hakim RidzaPolis Diraja MalaysiaNabi Ya'akub a.s.SiakapKhawarijNadia BrianAtikah SuhaimeIndera BangsawanKhairy JamaluddinM. RajoliProton Holdings BerhadAnna JoblingMarga SangirSekolah Menengah Kebangsaan LikasAmazon (syarikat)OmanParsiOrang Melayu IndonesiaSenarai Pemenang Keseluruhan Anugerah Juara LaguWadi AnnuarBaju MelayuCongkakPertubuhan Keselamatan SosialNegeri-negeri Melayu BersekutuMaryamKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaIndonesiaMalek MccronePendidikan di Malaysia🡆 More