Hafidzah Mustakim

YB Puan Dr.

Hafidzah binti Mustakim (lahir di Pontian, Johor pada 1964) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Kota Lama, Kelantan mewakili PH-AMANAH.

YB Dr.

Hafidzah Mustakim

MD
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Kota Lama
Memegang jawatan
2023
Didahului olehHafidzah Mustakim Anuar Tan Abdullah
Naib Pengerusi Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Nasional
Dalam jawatan
2023–2026
Berkhidmat dengan Salmee Said dan Kamaliah Noordin
PresidenMohamad Sabu
Pengerusi AWANAiman Athirah Sabu
Ketua AWAN Kelantan
Memegang jawatan
2024
Pengerusi AMANAH KelantanAdly Zahari
Timbalan Ketua Wanita
Pakatan Harapan Kelantan
Memegang jawatan
2019
Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Rahmah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Dalam jawatan
2019–2020
Butiran peribadi
Lahir1964
Pontian, Johor
Parti politikHafidzah Mustakim Parti Amanah Negara (2016-kini)
Alma materUniversiti Malaya
Laman web rasmiamanahkelantan.com/dr-hafidzah/

Pendidikan

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Ayer Hitam, Pontian dan Sekolah Rendah St Agnes, Kota Kinabalu. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka sehingga 1981 Seterusnya menamatkan pengajian menengah di Sekolah Tinggi Highett, Melbourne, Victoria pada 1982.

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan meraih ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) dari Universiti Monash, Australia pada 1988. Hafidzah memperoleh diploma dalam pentadbiran perniagaan dari Kolej Komersil Melbourne pada 1991.

Hafidzah juga mendalami pengajian agama Islam dan telah memperoleh Sijil Pengajian Islam dari Universiti Malaya, Nilam Puri pada 1996.

Kerjaya

Kerjaya Hafidzah dalam bidang perubatan bermula dengan menjalani tempoh latihan di Hospital Barat, Melbourne, Australia dari 1989 hingga 1991. Kemudian, beliau bekerja sebagai pegawai perubatan di beberapa hospital seperti Hospital Kuala Lumpur (1991-1995), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (1995-1996), dan Hospital Universiti Sains Malaysia (1996-1997).

Beliau telah membuka klinik persendiriannya pada 1997 dengan nama Klinik Perdana Cawangan Islah. Pada Januari 2023, Hafidzah menaik taraf kliniknya dengan menyertai rangkaian klinik swasta, Klinik Ikram dan dinamakan sebagai Klinik Ikram Kota Bharu yang menawarkan perkhidmatan 24 jam.

Penglibatan politik

Selain aktif dalam bidang perubatan, Hafidzah juga ialah seorang ahli politik dari Parti Amanah Negara (Amanah). Beliau menggalas beberapa jawatan dalam Wanita Pakatan Harapan Negeri Kelantan, termasuk sebagai Timbalan Ketua. Di samping itu, beliau juga terlibat dalam Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Nasional sebagai Pengerusi Biro Kesihatan dan Ketua AWAN Negeri Kelantan. Selain itu, Hafidzah berpengalaman menjadi calon Pilihanraya DUN Tanjong Mas (PRU 14) dan Parlimen Kota Bharu (PRU15) , PRU-15 P021 Parlimen Kota Bharu, dan PRN Kelantan N.09 Kota Lama.

Keputusan pilihan raya

Kerusi yang ditandingi Hafidzah Mustakim
Tahun Kawasan Individu Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
2018 N.08 Tanjong Mas Hafidzah Mustakim PH (Amanah) 6,139 Rohani Ibrahim PAS 13,154 7,015
Madihah Ab Aziz BN (UMNO) 4,945
2022 P.021 Kota Bharu Hafidzah Mustakim PH (Amanah) 19,256 Takiyuddin Hassan PN (PAS) 41,869 22,613
Rosmadi Ismail BN (UMNO) 16,168
Che Musa Che Omar PUTRA 528
Andy Tan Boon Kian @ Awang PRM 107
Izat Bukhary Ismail Bebas 91
2023 N.09 Kota Lama Hafidzah Mustakim PH (Amanah) 9,691 Zamri Ismail PN (PAS) 9,489 202
Andy Tan Boon Kian @ Awang PRM 126
Izat Bukhary Ismail Bebas 85

Penglibatan NGO

Selain daripada penglibatan dalam politik, Hafidzah juga aktif dalam pelbagai NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan). Beliau merupakan seorang ahli Lembaga Pengurusan Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhah Sakeenah Kelantan. Hafidzah juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Wanita (MAWAR) di YADIM pada tahun 2019-2020. Selain itu, beliau juga dianugerahkan sebagai Tokoh Wanita Kelantan dalam kategori Kepimpinan dan Kemasyarakatan pada tahun 2015. Hafidzah juga pernah menjadi Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia dari tahun 2011 hingga 2017, serta Naib Ketua Wanita IKRAM Malaysia dari tahun 2014 hingga 2017. Penglibatannya dalam peringkat antarabangsa juga pernah diwakili dengan menjadi delegasi Persidangan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CSW49) di New York, Amerika Syarikat pada tahun 2004. Selain itu, beliau juga memegang jawatan Ketua Wanita dalam Muslim Student Association, Monash University, Australia pada tahun 1988, dan Ketua Wanita dalam Australian Federation of Muslim Student (FAMSY) pada tahun 1989.

Rujukan

Tags:

Hafidzah Mustakim PendidikanHafidzah Mustakim KerjayaHafidzah Mustakim Penglibatan politikHafidzah Mustakim Penglibatan NGOHafidzah Mustakim RujukanHafidzah MustakimAMANAHDewan Undangan Negeri KelantanKota Lama (kawasan negeri)MalaysiaMelayuPH

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hang TuahSekolah Menengah Kebangsaan TebobonMenteri Pendidikan MalaysiaSenarai model kereta ProtonPokok MambuYasmin AhmadHarimauBukan Kahwin PaksaTanda-tanda KiamatParti Islam Se-MalaysiaHari WesakJep SepahtuHarris AlifPerang AhzabTunku Abdul RahmanIpohEllie SuriatyLaskar Udara KananPrabowo SubiantoSumpahan JeruneiPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalMalayan UnionSistem pernafasanLeftenan KomanderZarina ZainuddinNadia AqilahSenarai Kementerian di MalaysiaPertubuhan Keselamatan SosialEA FamosaSyazuwan HassanMat KilauBuah kerasFarah NabilahKristianAngkatan Tentera MalaysiaRadius OneRacun RihannaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unPakatan HarapanRomantisismeRisteena MunimRukun ImanFasismeHantu dalam masyarakat MelayuEmma MaembongUniversiti MalayaGayatri Su-Lin PillaiWafariena RoslanBangunan Sultan Abdul SamadSiksa NerakaSearch (kugiran)Kecerdasan buatanFadhlina SidekMusang PulutMarsyal TUDMShah RezzaKomanderPitt HanifRaysha RizroseMuaz ZabirPerdana Menteri MalaysiaAlif SatarRuhainies FarehahTentera Darat MalaysiaSiti Khadijah HalimTwitterArena LieyaKugiran MasdoFrekuensi radio di SelangorAdat resam kahwin MelayuFadillah YusofPuteri BalqisAbang AdikJenis air untuk bersuci dalam IslamHassanal BolkiahYandex🡆 More