Habibah Zon

Dato’ Habibah Binti Zon adalah bekas Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia.

Keluarga

Dato' Habibah Binti Zon (DPMP) dilahirkan di Tanjung Tualang, Perak, keturunan Melayu. Suaminya Yahaya Bin Salim , berkahwin pada 1974 dan mempunyai 4 orang anak iaitu Yanti , Yazmin Hafiz dan Hazlan.

Ayahnya bernama Zon Bin Abdul Shukur ( persara Polis) dan ibunya bernama Awiah Binti Batu. Beliau bertujuh beradik dan merupakan yang bongsu. Adik beradiknya adalah Hasnah, Mohd Zain, Norsiah, Hasmah, Zainal Abidin dan Khadijah.


Pendidikan

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kebangsaan, Batu Gajah, Sekolah Menengah Convent St. Bernadette, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh ( dibawah program Asrama khas anak-anak Perak). Pada 1971 mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Universiti Malaya dan Diploma dalam Pentadbiran Arkib (India).

Kerjaya

Beliau terlibat dalam arkib sejak awal kerjaya. Antaranya beliau telah sertai perkhidmatan kerajaan sebagai Pegawai Arkib (03/02/1972) ; Penolong Pengarah, Arkib Negara (01/01/1980) ; Pengarah Pengurusan Rekod, Arkib Negara (01/01/1988) dan Nov 1995 menjadi Ketua Pengarah, Arkib Negara.

Pada 12/06/1997beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Penasihat Arkib Negara.

Beliau telah bersara pada 19 Jun 2003.

Pada Ogos 2003 beliau telah dilantik menjadi Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sehingga Ogos 2008.

Beliau kemudiannya menjadi Konsultan dan Pelatih (Trainer) bebas.

Pingat

Pada 20 April 1998 beliau menerima Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran " Dato' " dari Sultan Perak. Beliau juga telah dianugerahkan Pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Di Pertuan Agung.

Meninggal dunia

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 24 Mac 2021 pukul 2.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Jenazah Habibah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Selangor pada 25 Mac 2021.


Rujukan

Tags:

Habibah Zon KeluargaHabibah Zon PendidikanHabibah Zon KerjayaHabibah Zon PingatHabibah Zon Meninggal duniaHabibah Zon RujukanHabibah ZonArkib NegaraMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Frekuensi radio di KedahLencana pangkat TLDMFalsafah Pendidikan MalaysiaBentong KaliLaluan Kelana JayaSultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Terengganu)Piala Presiden Malaysia 2024Rukun IslamHassanal BolkiahFalsafahGeografi IndonesiaNelydia SenroseSenarai haiwanZahirah MacWilsonVanny VabiolaPiala UberJam 12 jamPerang Dunia KeduaTauhid RububiyahSenarai saluran Astro NJOITentera Udara Diraja MalaysiaM. NasirKuala Kubu BharuBaba dan NyonyaMalaysiaPendidikan di MalaysiaKuala LumpurOne Cent ThiefKata ganti diriProton PrevéMay (kugiran)Daiyan TrishaHaris IsmailSenarai SBP di MalaysiaJulia RaisDatuk (gelaran)BruneiNazrief NazriPeroduaSenarai raja-raja MelayuBumiBoBoiBoyProton SatriaSlot MegaDramaHospital Sultan Idris Shah SerdangKesultanan DemakAmyra RosliHari GawaiSijil Pelajaran MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaKodi RasheedPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalKelantanRaysha RizroseLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHang TuahCinta Buat DaraAb Rauf YusohSenarai saluran AstroKongkekSyiahSepupuSepak takrawNasi lemakSultan Tajul AriffinShukri YahayaAllahSharnaaz AhmadBlade (filem 1998)Puteri BalqisDaerah Kuala TerengganuKamal AdliJamal AbdillahKuantanHubungan seksNajis dalam IslamJenis air untuk bersuci dalam IslamPiala Sumbangsih🡆 More