Penyanyi Syura: Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Zuraidah Badron (lahir 6 Oktober 1986) atau Syura merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, Syura memulakan kerjaya muziknya pada 2000 apabila beliau menandatangani kontrak rakaman bersama Fantasia Music City (FMC) di mana beliau menerbitkan lima album. Pada tahun 2013, Syura merupakan salah seorang daripada 20 peserta MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua di mana beliau meraih gelaran juara. Beliau kembali aktif dalam bidang muzik dengan menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-4 di mana beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh.

Syura
Nama lahirZuraidah binti Badron
Juga dikenali sebagai
Syura Badron
Kelahiran (1986-10-06) 6 Oktober 1986 (umur 37)
Kempas, Johor Bahru, Johor, Malaysia
GenrePop, R&B, Pop Etnik, Ghazal, Keroncong, Dangdut
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Pelakon
Tahun aktif2000–kini
Syarikat rakaman
FMC Music
Pengkarya berkait
Siti Nordiana, M. Daud Kilau

Kerjaya

Selepas memendam hasrat hampir empat tahun untuk bergelar penyanyi, akhirnya niat Syura termakbul apabila dilamar Fantasia Music City (FMC) untuk bernaung di bawah bumbung mereka. Syura menjadi penyanyi wanita kedua di bawah payung FMC selepas Siti Nordiana.

Meskipun sudah bergelar penyanyi namun Syura masih memendam rasa terkilan apabila bapanya, Badron Sakimin tidak mampu melihat kelibatnya beraksi di persada dunia hiburan. Ini kerana bapanya meninggal dunia pada November 1999 kerana bapanya di antara pendorong utama Syura bergiat dalam persada seni selain ibunya dan keluarga.

Syura mula berminat menyanyi ketika berusia 10 tahun apabila banyak menyertai pertandingan nyanyian. Malah, beliau kerap menerima hadiah utama sehingga pernah penganjur pertandingan enggan menerima penyertaannya berikutan kejayaan yang sering dikecapinya. Ketika berusia hanya 14 tahun, Syura pada mula tidak menyangka diterima menjadi artis di bawah FMC apabila diperkenalkan komposer terkenal yang juga pemenang Anugerah Juara Lagu, Jari yang melihat persembahannya. Lebih mengejutkan, Syura dipilih tanpa diuji bakat seperti yang dilakukan kebanyakan penyanyi sebelum ini.

Syura yang pernah bergelar juara sebanyak lima kali dalam Pertandingan Nyanyian Lagu Asli anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Johor ternyata gembira apabila album sulungnya yang berkonsepkan pop komersil, balada dan Irama Malaysia berjudul Aroma. Album ini siap sepenuhnya pada Jun 2000 dan dikeluarkan pada 1 September 2000. Menurutnya, walaupun sudah bergelar penyanyi namun ia bukan tiket untuk mengenepikan pelajaran yang dianggap penting sebagai aset pada masa hadapan. Katanya, dunia nyanyian adalah untuk memenuhi minatnya manakala pelajaran tetap menjadi keutamaan, malah jika ada sebarang tawaran pertunjukan ia akan diterima pada hujung minggu sahaja.

Sejak itu nama Syura terus meniti populariti hingga pernah digelar sebagai Noraniza Idris Junior. Syura terus digilap bakat hingga menjadi pengembang seni budaya tradisional Melayu. Pada tahun 2007, Syura meraih anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14 menerusi album Syahda Berdendang, malahan album tersebut juga dicalonkan untuk kategori Album Terbaik.

Syura merupakan antara wakil Malaysia yang terpilih mengambil bahagian dalam D’Academy Asia musim kedua di Indonesia. Selain Syura, lima lagi peserta yang bakal mewakili Malaysia ialah Asmidar serta bekas peserta Dangdut Star, Elda Susanti, Roger, Jiwa, dan Zizi Kirana. Pada tahun 2014, beliau melancarkan dua lagu baru, "Gantung" dan "Ajari Aku Cinta".

Syura melancarkan single terbaharunya, "Ego" pada Oktober 2018, ia menandakan lagu pertama yang dicipta sendiri oleh beliau. Namun ia menjadi kegagalan komersial.

Pada tahun 2019, beliau menjadi salah seorang peserta kumpulan Wasap bersama Amir Raja Lawak dan Wan Gegau dalam rancangan Muzikal Lawak Superstar di Astro Warna.

MasterChef Selebriti Malaysia 2

Setelah sekian lama menyepi dari kaca TV, Syura kembali hadir menerusi penglibatan beliau didalam rancangan MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua yang turut menampilkan beberapa selebriti terkenal Malaysia seperti Rozita Che Wan (Che Ta), Datuk Aznil Nawawi, Norish Karman, Celina Khor dan Michael Ang. Menerusi rancangan ini, Syura berjaya menempatkan diri beliau bersama Celina sebagai finalis seterusnya muncul sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua.

Gegar Vaganza 2017

Syura merupakan salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza musim 2017. Beliau tersingkir pada konsert minggu ketujuh.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 4)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Masihkah Kau Ingat "Nazam Berkasih" Dirinya sendiri Ke-9 SELAMAT
Minggu 2 Sekali Dengar Terus Melekat "Ku Pendam Sebuah Duka" Khadijah Ibrahim Ke-9 SELAMAT
Minggu 3 Berani Ke Tidak "Knock Knock" Elizabeth Tan Ke-4 SELAMAT
Minggu 4 Berdua Lebih Baik "Selasih Ku Sayang" (duet bersama Bob) Ahmad Jais & Rafeah Buang Ke-4 SELAMAT
Minggu 5 Kaum Kerabat "Sepi Sekuntum Mawar Merah" Ella Ke-5 SELAMAT
Minggu 6 Jangan Kata Tak Tahu "Kau Tetap Dalam Anganku" Azie Pertama SELAMAT
Minggu 7 Goyang Kaki Goyang Tangan / Runut Bunyi Pusingan 1: "Dokter Cinta"
Pusingan 2: "Cinta Antara Benua"
Dewi Dewi
Arni Nazira
Ke-5 TERSINGKIR

Kehidupan peribadi

Syura telah berkahwin dengan sepupunya Mohd. Fadhly Md. Yassin pada 29 Mac 2006. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani (lahir pada 2007), Nurul Qaisara Sofea (2009) dan Muhammad Irfan Aryan (2011).

Syura telah bercerai buat pertama kali pada 29 September 2014 dan telah kembali merujuk pada 10 November tahun yang sama. Namun pada 9 Ogos 2015, mereka kembali bercerai buat kali kedua atas sebab yang tidak didedahkan.

Pada Disember 2017, Syura mendedahkan bahawa beliau menderita penyakit misteri yang dijangkiti di Indonesia. Menurutnya dalam satu laporan berita: "Saya pergi ke Jakarta untuk merakamkan lagu baru, tetapi semasa dalam penerbangan di sana, saya muntah tiga kali. Pada waktu petang, saya menderita kekejangan,". Keadaan itu menyebabkan beliau hilang berat badan 12kg. Beliau dilaporkan telah pulih sepenuhnya daripada penyakit yang dihidapinya. Menurutnya, beliau dibawa oleh rakan penyanyi, Bob Yusof untuk berubat secara tradisional bagi memulihkan dirinya yang sering berdepan dengan mimpi pelik.

Diskografi

Album studio

Tajuk Butiran album
Aroma
  • Dikeluarkan: 1 September 2000
  • Label: FMC Music
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
Aruda
  • Dikeluarkan: 8 April 2003
  • Label: FMC Music
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
Balaghah
  • Dikeluarkan: 21 November 2004
  • Label: FMC Music
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
Syahda Berdendang
  • Dikeluarkan: 21 Mei 2006
  • Label: FMC Music
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
Khazanah Pujangga
  • Dikeluarkan: 24 September 2008
  • Label: FMC Music
  • Format: CD, muat turun digital
Simbolik Cinta
  • Dikeluarkan: 20 Jun 2013
  • Label: FMC Music
  • Format: CD, muat turun digital

Album duet

Tajuk Butiran album
Firus (bersama Siti Nordiana)
  • Dikeluarkan: 7 April 2001
  • Label: FMC Music
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
Senandung Melayu (bersama M. Daud Kilau)
  • Dikeluarkan: 27 Februari 2002
  • Label: FMC Music
  • Format: CD, kaset, muat turun digital

Single

Tahun Judul Lagu Kedudukan tertinggi carta Album
Era Muzik.fm Muzik-muzik
2000 "Kasih Tidak Terjamah" 9 Aroma
"Rindu Ini Kesakitan"
2001 "Jiwa Tersiksa Menahan Rindu"
"Persoalan Yang Kau Tinggalkan"
"Bakawali"
duet bersama Siti Nordiana
2 Firus
"Habibah Maisara"
duet bersama Siti Nordiana
"Ghazal Bulan Di Riba"
duet bersama Siti Nordiana
"Tersimpul Hatiku" Pilihan Bestari Patrick Khamis
"Keronchong Bila Cinta Didusta"
duet bersama Amy Grand
2002 "Tenung-tenung Renung-renung"
duet bersama M. Daud Kilau
10 Senandung Melayu
"Dendang Pusaka"
duet bersama M. Daud Kilau
10
"Joget Burung Merpati"
duet bersama M. Daud Kilau
2003 "Usah Kau Pergi" 15 Aruda
"Kau dan Aku" 1
"Nafas Pesona"
2004 "Nazam Berkasih" 9 Balaghah
2005 "Ghazal Perindu"
duet bersama Jay Jay
9
"Istana Nursuci"
"Habib Ya Habib"
"Rembulan Merah"
2006 "Joget Gadis Melayu" 8 Syahda Berdendang
"Candak" 6
2007 "Mahligai Mawar"
duet bersama Siti Nordiana
"Syurga Perindu" 18
"Dejavu" 18 Khazanah Pujangga
2008 "Mendung"
"Pujangga Merindu" 11
2014 "Ajari Aku Cinta" Simbolik Cinta
"Gantung"
2018 "Ego" Ego (Single)

Filemografi

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Sepahtu Reunion Al-Puasa Julie Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Along Boleh Tolong"
2019 Muzikal Lawak Superstar Peserta Kumpulan Wasap
Sepahtu Reunion Live Sri Artis Jemputan: Episod "Sri Mersing The Return"
2020 Sepahtu Reunion Al-Raya Afifah Artis Jemputan: Episod "Ratapan Si Yatim Piatu"
2021 Sepahtu Reunion Al-Puasa Fasha Artis Jemputan: Episod "Kaca Atau Permata"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Era 2001 Lagu Etnik / Global Pilihan Terbaik Bakawali , Duet Bersama Siti Nordiana Tercalon
2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 Artis Baru Wanita Popular Syura Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-9 Album Pop Etnik Terbaik Syura & Siti Nordiana, Firus Tercalon
2002 Anugerah Industri Muzik ke-10 Album Pop Etnik Terbaik Syura & M. Daud Kilau, Senandung Melayu Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-17 Etnik Kreatif Tenung Tenung Renung Renung, Senandung Melayu Tercalon
2004 Anugerah Industri Muzik ke-12 Album Pop Etnik Terbaik Syura, Balaghah Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-19 Etnik Kreatif Nazam Berkasih, Balaghah Tercalon
2005 Anugerah Era 2005 Lagu Etnik / Global Pilihan Terbaik Nazam Berkasih, Balaghah Tercalon
2006 Anugerah Industri Muzik ke-14 Album Terbaik Syura, Syahda Berdendang Tercalon
Album Pop Etnik Terbaik Menang
Anugerah Juara Lagu ke-21 Etnik Kreatif Candak, Syahda Berdendang Tercalon
2008 Anugerah Industri Muzik ke-16 Album Pop Etnik Terbaik Syura, Khazanah Pujangga Tercalon

Catatan

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Syura (penyanyi), which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Penyanyi Syura KerjayaPenyanyi Syura MasterChef Selebriti Malaysia 2Penyanyi Syura Gegar Vaganza 2017Penyanyi Syura Kehidupan peribadiPenyanyi Syura DiskografiPenyanyi Syura FilemografiPenyanyi Syura Anugerah dan pencalonanPenyanyi Syura CatatanPenyanyi Syura RujukanPenyanyi Syura Pautan luarPenyanyi SyuraFMC MusicGegar VaganzaGegar Vaganza (musim 4)JohorJohor BahruMasterChef Selebriti Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Farah AhmadCaturNabil AhmadKhunsa (siri TV)Bintara KananDasar Ekonomi BaruDollaOlahragaJohan GhazaliSari YantiMaktab Rendah Sains MARA ArauKongkekAbdul Taib MahmudPegawai memerintahAngkatan Tentera MalaysiaPerodua AxiaMustafa Kemal AtatürkPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Sultan SelangorMimi LanaMarissa YasminAdi PutraRadio Televisyen MalaysiaIpohTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahNadia AqilahSepahtu Reunion Al-RayaPulau TiomanKasih Iris LeonaSejarah SingapuraDaiyan TrishaLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaLovely RunnerParlimen MalaysiaHidroterapiSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahSiti HariesaKerajaan Bani AbbasiyahNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaKedahSurah Al-InsyirahVAT 69/UTKMona FandeyMinal 'Aidin wal-FaizinFauziah NawiSophia LianaSharifah HusnaLatHuruf syamsiah dan qamariahIndeks Pembangunan ManusiaSyariat IslamMakam PahlawanRosyam NorNasi kandarBella AstillahNasha AzizKhir RahmanSi TanggangTabbyJabatan Kastam Diraja MalaysiaPasukan Khas UdaraAnna JoblingNombor dalam budaya CinaPeribahasa MelayuAcryl Sani Abdullah SaniBugisLambang negeri di MalaysiaTok JanggutSekolah Berasrama PenuhKhairy JamaluddinMenteri Pendidikan MalaysiaMohamad bin HasanMerdeka 118KL GangsterNafiez ZaidiQarinKerajaan KutaiNasi kerabu🡆 More