Daerah Kuala Terengganu

Kuala Terengganu merupakan salah satu daerah yang terletak di tengah negeri Terengganu, Malaysia.

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kuala Terengganu, yang merupakan ibu negeri Terengganu. Daerah ini berkeluasan 210 kilometer persegi menjadikannya sebagai daerah terkecil dan terpadat di Terengganu.

Daerah Kuala Terengganu
كوالا ترڠڬانو
Daerah Kuala Terengganu
Lokasi Daerah Kuala Terengganu di Terengganu
Lokasi Daerah Kuala Terengganu di Terengganu
Daerah Kuala Terengganu is located in Bumi
Daerah Kuala Terengganu
Daerah Kuala Terengganu (Bumi)
Koordinat: 5°20′N 103°10′E / 5.333°N 103.167°E / 5.333; 103.167 103°10′E / 5.333°N 103.167°E / 5.333; 103.167
NegaraDaerah Kuala Terengganu Malaysia
NegeriDaerah Kuala Terengganu Terengganu
PusatKuala Terengganu
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Kuala Terengganu
Pentadbiran
 • Pegawai daerahAzmi Razik
Keluasan
 • Jumlah210.21 km2 (81.16 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah229,781
 • Kepadatan1,100/km2 (2,800/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
21xxx
Kod panggilan+6-09-6
Awalan plat kenderaanT

Sejarah

Daerah Kuala Terengganu telah wujud sejak sebelum kedatangan British lagi dengan pentadbirannya diterajui Pembesar Daerah yang dilantik Sultan. Ketika pemerintahan Sultan Omar, sistem pentadbiran telah dipinda dengan melantik penghulu sebagai pentadbir daerah. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, British mula masuk ke dalam sistem pentadbiran negeri lalu menukar jawatan pentadbir daerah kepada pegawai daerah. Pada tahun 1955, orang Melayu telah dilantik buat kali pertama sebagai pegawai daerah Kuala Terengganu, yang sebelum ini dijawat oleh pegawai British.

Pentadbiran

Daerah Kuala Terengganu ditadbir Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Daerah Kuala Terengganu juga dibahagikan kepada 20 buah mukim;

Daerah Kuala Terengganu 
Peta daerah Kuala Terengganu

Geografi

Daerah Kuala Terengganu bersempadan dengan;

Purata ketinggian daratan daerah Kuala Terengganu ialah 9 meter di atas aras laut manakala ketinggian tertinggi mencecah 320 meter.

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Kuala Terengganu ialah seramai 229,781 orang dengan kepadatan penduduk 1,093 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Kuala Terengganu berbangsa Melayu, seramai 217,395 orang.

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 217,395
Bumiputera lain 440
Cina 7,202
India 538
Lain-lain 319
Bukan warganegara - 3,887
Jumlah 229,781

Agama

Di daerah Kuala Terengganu, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 96 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tiga peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Kuala Terengganu. Terdapat sebanyak 76 buah sekolah di daerah ini;

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 51
Sekolah Jenis Kebangsaan 1
Sek. Keb. Pendidikan Khas 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 17
Sekolah Menengah Agama 4
Sek. Men. Kebangsaan Agama 1
Sekolah Berasrama Penuh 1

Daerah Kuala Terengganu juga mempunyai 12 buah balai polis, dua balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Daerah Kuala Terengganu SejarahDaerah Kuala Terengganu PentadbiranDaerah Kuala Terengganu GeografiDaerah Kuala Terengganu DemografiDaerah Kuala Terengganu KemudahanDaerah Kuala Terengganu RujukanDaerah Kuala Terengganu Pautan luarDaerah Kuala TerengganuKuala TerengganuTerengganu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Puteri Sarah LiyanaJohor Darul Ta'zim F.C.Khairy JamaluddinWadi AnnuarShazia RozainiIslam di MalaysiaAnak Perjanjian SyaitanDe FamKarim BenzemaRaja Zarith SofiahSiti HariesaCyberpunk 2077Kelayakan UEFA Euro 2024Tunku Abu BakarFadhlina SidekGantung The SeriesSejarahComorosKuala Kubu BharuArash MohamadGerhana matahariSurah al-AlaqPutri ArianiMira FilzahPersekutuan Pengakap MalaysiaZarina ZainuddinFrekuensi radio di KedahSenarai Saintis IslamTwitterSejarah al-QuranP. RamleeSenarai stesen radio di MalaysiaUniversiti MalayaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailKhalid Mohamad JiwaKelapa sawitMenara Berkembar PetronasHarris AlifPemancutan maniRevolusi PerindustrianKhir RahmanPolis Diraja MalaysiaRuhainiesSenarai sistem badan manusiaJudiBaju MelayuWinai KraibutrGeografi IndonesiaGolongan kata (bahasa Melayu)Daiyan TrishaBatuk kokolKelayakan Piala Asia AFC 2027KimpalanChacha MaembongIskandar ChempakaYang di-Pertua Negeri SarawakYang di-Pertuan AgongSurah al-BaqarahM.O.BSurah Al-AlaqKhalid bin al-WalidYasmin AhmadMohd Noor Helmy Abdul HalemMarlia MusaMalaysia MadaniNik Abdul Aziz Nik MatAdnan Abu Hassan (ahli politik)InstagramFunanKamus DewanMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahMierul AimanNabi Lut a.s.PerlisRindu Kasih 2Senarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFAHari Raya AidilfitriProton Saga🡆 More