Kuala Nerus

Kuala Nerus (Jawi: کوالا نروس) merupakan sebuah daerah yang terletak di utara negeri Terengganu, Malaysia.

Daerah Kuala Nerus merupakan daerah kelapan dalam negeri Terengganu dan berkeluasan 320 kilometer persegi. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Al-Wathiqu Billah.

Daerah Kuala Nerus
کوالا نروس
Bendera Daerah Kuala Nerus کوالا نروس
Lokasi Daerah Kuala Nerus کوالا نروس
Koordinat: 5°20′N 103°00′E / 5.333°N 103.000°E / 5.333; 103.000 103°00′E / 5.333°N 103.000°E / 5.333; 103.000
NegaraKuala Nerus Malaysia
NegeriKuala Nerus Terengganu
PusatBandar Al-Wathiqu Billah
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Kuala Terengganu
Keluasan
 • Jumlah320 km2 (120 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah145,642
 • Kepadatan460/km2 (1,200/batu persegi)
Kod panggilan kebangsaan09-6xxxxxx

Sejarah

Pada 18 September 2014, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah mengisytiharkan Kuala Nerus sebagai daerah baru di negeri Terengganu ketika berucap pada majlis pecah tanah projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA), yang mana sebelum ini sebahagian dari daerah Kuala Terengganu. Persempadan daerah ini bermula dari utara Sungai Nerus ke sempadan daerah Setiu,

Pentadbiran

Walaupun telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah, Kuala Nerus masih ditadbir di bawah pihak berkuasa tempatan yang sama dengan daerah Kuala Terengganu, iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Daerah Kuala dibahagikan kepada empat buah mukim;

Kuala Nerus 
Peta daerah Kuala Nerus
  1. Mukim Batu Rakit
  2. Mukim Kuala Nerus
  3. Mukim Pakoh
  4. Mukim Pulau Redang

Demografi

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Kuala Nerus ialah seramai 145,642 orang dengan kepadatan penduduk 366 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Kuala Nerus berbangsa Melayu, seramai 140,440 orang.

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 140,440
Bumiputera lain 427
Cina 1,768
India 510
Lain-lain 192
Bukan warganegara - 2,305
Jumlah 145,642

Agama

Di daerah Kuala Nerus, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Kuala Nerus. Terdapat sebanyak 45 buah sekolah di daerah ini;

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 29
Sekolah Menengah Kebangsaan 10
Sekolah Berasrama Penuh 2
Sek. Men. Kebangsaan Agama 1
Sekolah Menengah Teknik 1
Sekolah Sukan 1
Kolej Vokasional 1

Galeri

Rujukan

Pautan luar


Tags:

Kuala Nerus SejarahKuala Nerus PentadbiranKuala Nerus DemografiKuala Nerus KemudahanKuala Nerus GaleriKuala Nerus RujukanKuala Nerus Pautan luarKuala NerusBandar Al-Wathiqu BillahMalaysiaTerengganuTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Penyelenggaraan7 Hari Mencintaiku (musim 3)Hari Raya AidilfitriSyamsul YusofPutri JannahCampaMamat KhalidPenanda wacanaSenarai poskod di MalaysiaFrekuensi radio di KedahDataran MerdekaBukan Kahwin PaksaKadazan-DusunUqasha SenrosePenggunaKerenggaF.C. Internazionale MilanoHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMGerhana matahariPukimakKata adjektifOrang Melayu MalaysiaKerajaan SalakanagaraLesen memandu MalaysiaSenarai kaum di MalaysiaFunanAlgeriaIndiaPeringkat magnitud (jisim)KuantanFrekuensi radio di Negeri SembilanPandu PuteriMimi LanaP. RamleeJuventusFalsafah Pendidikan MalaysiaPendidikan di MalaysiaNegeri SembilanLee Chong WeiThe Legend of Zelda (permainan video)Kebudayaan MalaysiaAdnan bin SaidiKedah TuaSultanah Nur Diana Petra AbdullahBola jaringKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaUlar Tedung SelarBahasa ArabFrekuensi radio di SabahYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanSultan SelangorPangsapuriAaron AzizPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaPerkhidmatan awam di MalaysiaMalek MccroneZara ZyaZarina ZainuddinSolozSyed Danial Syed AhmadNadia AqilahAnwar IbrahimTwitterPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSenarai universiti di MalaysiaKumpulan Wang Simpanan PekerjaHadis MutawatirNur (drama)SaleemHassanal BolkiahSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaRukun IslamAllahSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirRaja Zarith SofiahKL GangsterBulanAmerika SyarikatSultan Mizan Zainal Abidin🡆 More