Geoffrey Chaucer

Geoffrey Chaucer (/ˈtʃɔːsər/; c.

1343 – 25 Oktober 1400) merupakan seorang penyajak Inggeris. Beliau mengkaryakan banyak penulisan sastera dalam bahasa Inggeris menaikkan taraf bahasa yang dituturkan dalam kalangan orang sezamannya sedangkan bahasa-bahasa Perancis dan Latin dianggap bahasa lebih berdarjat tinggi pada Zaman Pertengahan; beliau dilihat sebagai perlambangan warisan sajak England. malah sering dijolok "Bapa Sastera Inggeris" atau "Bapa Sajak Inggeris" atas sebab ini. Mahakarya terhebat beliau memainkan peranan dalam peninggian bahasa Inggeris ini adalah Hikayat Canterbury (The Canterbury Tales).

Geoffrey Chaucer
Potret Geoffrey Chaucer dari abad ke-17.
Potret Geoffrey Chaucer dari abad ke-17.
Lahirc. 1343
London, England
Meninggal dunia25 Oktober 1400 (aged 56-57)
Tempat pengebumianWestminster Abbey, London
PekerjaanPengarang, penyajak, ahli falsafah, birokrat, diplomat
BahasaMiddle English

Awal hayat

Chaucer lahir di London sekitar dekad 1340-an dengan tarikh tepatnya tidak diketahui. Bapa dan datuknya merupakan pembuat wain manakala nenek moyang mereka merupakan saudagar yang berdagang di Ipswich. Nama keluarganya diserap dari kata bahasa Perancis chausseur bermaksud "tukang kasut".

Kerjaya

Sebagai khadam

Pada 1357, beliau diupah sebagai pengutus pembesar Ulster, Elizabeth de Burgh; Elizabeth berkahwin dengan Lionel, Duke Clarence, putera kedua Raja Edward III di mana hubungan ini membantu Chaucer dalam pengupahannya oleh raja tersebut sebagai seorang kerani pembantu baginda dari 1389 hingga 1391.

Beliau mengikuti rombongan tentera Raja Edward III ke Perancis semasa Perang Seratus Tahun pada 1359. Beliau dikepung dan diculik tidak lama kemudian semasa kekacauan pengepungan Rheims, namun beliau diselamatkan baginda raja yang membayar wang tebusan £ 16 (atau £12,261 mengikut inflasi 2021) segera membebaskannya.

Sebagai penulis

Senja hayat

Chaucer meninggal atas sebab tidak diketahui pada 25 Oktober 1400, tarikh kematian ini berdasarkan batu nisan yang terpahat 100 tahun selepas kematian beliau.

Penulisan

Chaucer banyak menulis sindiran terhadap para paderi dan agamawan Katolik sezamannya sehingga menawan hati banyak orang dari kalangan saudagar dan orang kebanyakan yang makin celik huruf serta amat sangsi terhadap sistem gereja mereka. Beliau masih tetap menegaskan pegangan terhadap agama Kristiannya setajam mana kritikan dan teguran yang dilontarkan dalam penulisannya terhadap agamawan yang disasarkan sebenarnya kerana sikap gelojoh dan kerakusan dimiliki mereka.

Pengkaryaan beliau banyak menetapkan loghat London pada zamannya yang menggabungkan gaya-gaya sebutan Kent dan Midlands. Beliau juga dikenalpasti para penulis kamus bahasa Inggeris sebagai sumber terulung banyak perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang masih wujud hari ini.

Senarai karya utama

  • The Romaunt of the Rose
  • The Book of the Duchess
  • The House of Fame
  • Anelida and Arcite
  • Parlement of Foules
  • Boece - terjemahan De consolatione philosophiae karya Boethius

Rujukan

Pautan luar

Geoffrey Chaucer 
Wikisource

Tags:

Geoffrey Chaucer Awal hayatGeoffrey Chaucer KerjayaGeoffrey Chaucer Senja hayatGeoffrey Chaucer PenulisanGeoffrey Chaucer RujukanGeoffrey Chaucer Pautan luarGeoffrey ChaucerBahasa Inggeris PertengahanBahasa LatinBahasa PerancisBantuan:IPA/EnglishThe Canterbury TalesZaman Pertengahan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Batu Bersurat TerengganuSolat Sunat Tahiyyatul MasjidKesultanan DemakMelitha SidabutarJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahHubungan seksJulia RaisOrang Asli di MalaysiaBahasa MaduraPontianak Harum Sundal Malam IIAdiraAkikahMalaysiaRisteena MunimSenarai model kereta ProtonSiti HariesaLeftenan KomanderRosyam NorHamzah bin Abdul MuttalibKaabahSateSemenanjung MalaysiaSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahPitt HanifFasha SandhaESejarah al-QuranStadium Nasional Bukit JalilProton Saga (generasi kedua)Kesan perubahan iklimGen1esMeerqeenMaya KarinTuanku Abdul RahmanUnifi TVSharifah ShahirahRawang, SelangorJohan GhazaliMaria OzawaOrang Melayu IndonesiaPasukan Gerakan AmWadi AnnuarOrang BanjarTeluk IntanRindu Kasih 2KiblatUniversiti Teknologi MARASarawakLaluan Kelana JayaAnak Jalanan (sinetron)Nabi Lut a.s.LatPolitik balas budiSolat jamakPendidikan di IndonesiaHantu rayaMohd Noor Helmy Abdul HalemMakkahSenarai saluran AstroDe FamDatuk (gelaran)Negeri SembilanBendera ThailandArena LieyaSurah Al-InsyirahNeelofaKhairul Azhari SautM. NasirImam MahdiAyah PinPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaCabang dan mazhab IslamSolehahVAT 69/UTK🡆 More