Gelombang Pegun: Gelombang yang kekal dalam kedudukan malar

Gelombang pegun atau gelombang tegak ialah sejenis gelombang yang mengalami ayunan, tetapi amplitudnya berada dalam kedudukan tetap, yakn gelombang hanya bergerak ke arah atas atau bawah sahaja.

Dalam gelombang pegun, titik di mana julat amplitud adalah minimum ialah nod, dan titik julat amplitud maksimum digelar sebagai antinod.

Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan
Simulasi gelombang pegun (merah) sebagai hasil pertembungan (superposisi) gelombang yang bergerak ke kiri (biru) dan yang bergerak ke kanan (hijau).

Persamaan matematik

Gelombang pegun dalam garisan tak terhad

Dengan menganggap gelombang pegun ialah hasil pertembungan dua gelombang melintang yang merambat dalam arah bertentangan dan gelombang tersebut bergerak dalam garisan tanpa hujung (panjang infiniti), persamaan matematik bagi kedua-dua gelombang asal ialah:

    Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan 

dengan yR bergerak ke kanan dan yL bergerak ke kiri berdasarkan sesaran, x dan masa, t. Dalam persamaan-persamaan ini:

  • ymaks merujuk kepada amplitud maksimum,
  • ω ialah frekuensi sudut, yakni hasil darab 2π dengan frekuensi gelombang lazim, f,
  • λ ialah panjang gelombang,
  • 2π/λ kadangkala disebut sebagai nombor gelombang, k.

Dalam kejadian pertembungan antara dua gelombang tersebut, sesaran gelombang akan menjadi hasil tambah kedua-dua gelombang tersebut, Y = yR + yL,

    Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan 

Dengan mengguna pakai identiti trigonometri Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan , maka, persamaan gelombang pegun adalah seperti di bawah:

    Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan .

Apabila disamakan dengan formula gelombang mengufuk lazim, persamaan amplitud dalam gelombang pegun, yY dapat ditemui.

    Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan 
    Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan 

Gelombang pegun pada tali berhujung tetap

Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan 
Visualisasi gelombang pegun pada tali berhujung tetap. Gelombang pada atas kiri ialah gelombang pegun teringkas (n = 1), diikuti dengan gelombang-gelombang dengan nilai n yang lebih tinggi.

Dalam satu tali berhujung tetap (titik hujung dimatikan dan tidak bergerak), persamaan gelombang seperti di atas masih digunakan, tetapi kini tertakluk kepada faktor pengehad, iaitu Y = 0 di titik x = 0 dan x = L (hujung maksimum tali):

    Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan 
    Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan 

Dalam persamaan kedua, boleh disimpulkan bahawa Y = 0 apabila Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan . Mengambil contoh gelombang pegun teringkas dengan λ = 2L, dan seterusnya,

    Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan 

dengan n ialah 1, 2, 3, dan seterusnya. Apabila gelombang bergerak pada halaju, v, frekuensi, f ialah

    Gelombang Pegun: Persamaan matematik, Rujukan 

Dalam kes teringkas λ = 2L atau n = 1, frekuensi yang terhasil dipanggil sebagai frekuensi asas atau harmonik pertama manakala kes-kes melibatkan nilai n yang lebih tinggi menghasilkan frekuensi dalam nod atasan atau harmonik kedua dan ke atas.

Rujukan

  • Halliday, David; Resnick, Robert; Walker, Jearl (2005). Fundamentals of Physics (dalam bahasa Inggeris) (ed. ketujuh). John Wiley & Sons. ISBN 0-471-42959-7.CS1 maint: ref=harv (link)

Tags:

Gelombang Pegun Persamaan matematikGelombang Pegun RujukanGelombang PegunAmplitudGelombang

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nabi Musa a.s.Bandaraya MelakaMohd Aleef YusofAdiraKugiran MasdoOrang Cina MalaysiaPiala Asia AFCSenarai saluran Astro NJOITengku Ismail Leon PetraNajib RazakBella DallySiksa NerakaRukun ImanKaum DusunKementerian Perhubungan Republik IndonesiaBintang RTMSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukSemenanjung MalaysiaNajua NasirUniversiti Utara MalaysiaNa’im BrundageHari Raya AidilfitriSerembanTentera Laut Diraja MalaysiaKesultanan Johor-RiauKasih Iris LeonaYusof HaslamSlot SamarindaDoa IftitahBaju tradisional MelayuTugu NegaraSiri Modenas KrissSultan JohorSalasilah keturunan Nabi MuhammadSabahAn-Nuayman bin AmrCapriceSenarai buahSejarahAssalamualaikumKongkekOktovia ManroseCuti umum di MalaysiaKhaliq Mehtab Mohd IshaqBumiputeraFrekuensi radio di Negeri SembilanDemokrasiAdat resam kahwin MelayuSyerifMuhammad al-FatihBaba dan NyonyaTV3Nasi lemakKadet Remaja Sekolah MalaysiaParti Islam Se-MalaysiaSultanah Nur Diana Petra AbdullahHubungan seksKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaRita NadiraPangkat tenteraTengku Amir ShahKL GangsterKata ganti nama (bahasa Melayu)Sepak takrawLemangMahligai PermataFahmi FadzilGol & Gincu (filem)Zul AriffinGajahKerana Dia SukaKata sendi (bahasa Melayu)Persekutuan Pengakap MalaysiaDe FamPerlis🡆 More