Gas Pemedih Mata: Senjata kimia yang menyebabkan timbul air mata kerana pedih

Gas pemedih mata, atau nama rasminya agen lakrimator atau lakrimator (daripada lacrima yang bermaksud setitis air mata dalam bahasa Latin), merupakan sejenis sebatian kimia bukan pembawa maut yang merangsang saraf kornea dalam mata sehingga menyebabkan terkeluarnya air mata, kepedihan, ataupun kebutaan.

Antara lakrimator yang terkenal ialah OC, CS, CR, CN, nonivamida, bromoaseton, fenasil bromida, xilil bromida dan syn-propanethial-S-oxide (daripada bawang). Lakrimator biasanya berkongsi unsur struktur Z=C-C-X, yang mana Z menandakan karbon atau oksigen, dan X menandakan bromida atau klorida.

Gas Pemedih Mata: Kesan dan penggunaan, Penawar, Kegunaan lain
Penggunaan gas pemedih mata di Perancis
Gas Pemedih Mata: Kesan dan penggunaan, Penawar, Kegunaan lain
Kanister gas pemedih mata meletup

Kesan dan penggunaan

Gas pemedih mata berfungsi dengan mengganggu membran mukus dalam mata, hidung, mulut dan paru-paru, sehingga menyebabkan penerimanya menangis, bersin, batuk, sesak nafas, pedih mata, buta sementara, dan sebagainya. Lakrimator difikirkan bertindakdengan menyerang kumpulan berfungsi sulfidril dalam enzim. Salah satu sasaran protein yang paling berkemungkinan ialah saluran ion TRPA1 yang disampaikan dalam saraf deria (saraf trigeminal) mata, hidung dan mulut. Mula-mula digunakan pada tahun 1915, xilil bromida merupakan agen pemedih mata yang laris kerana mudah dibuat.

Agen lakrimator biasanya digunakan sebagai alat kawalan rusuhan dan perang kimia. Pada Perang Dunia Pertama, lebih banyak agen lakrimator toksik yang digunakan. Sesetengah agen lakrimator sering digunakan oleh polis untuk membantu mengawal orang yang disasar mereka, terutamanya gas pemedih mata. Di sesetengah negara (e.g. Finland, Australia, dan Amerika Syarikat), dikeluarkannya bahan cokmar yang digunakan sebagai pencegah serangan peribadi.

Penawar

Disebabkan gas pemedih mata sebenarnya bukan gas, tetapi sejenis serbuk asid yang amat halus, keberkesanannya mudah diatasi oleh sebarang ubat anti-asid yang mudah didapati di kedai ubat atau farmasi tanpa preskripsi, seperti Maalox atau Alka-Seltzer.

Kegunaan lain

Walaupun agen lakrimator lazimnya digunakan sebagai agen kawalan rusuhan, sesetengah jenisnya paling banyak timbul dalam sintesis makmal, di mana sifat-sifat lakrimatornya merupakan kesan sampingan yang tidak diingini. Contohnya, benzil klorida, tionil klorida, dan asetik anhidrida.

Lihat juga

  • Gas saraf
  • Belantan
  • Gas CR
  • Westminster Group

Rujukan

Templat:Chemical warfare

Tags:

Gas Pemedih Mata Kesan dan penggunaanGas Pemedih Mata PenawarGas Pemedih Mata Kegunaan lainGas Pemedih Mata Lihat jugaGas Pemedih Mata RujukanGas Pemedih MataAir mataBahasa LatinKorneaMataPenyembur ladaSebatian kimia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kerana Dia SukaSaleemKhalid Mohamad JiwaKKN di Desa Penari (filem)Terlanjur Cinta (drama web)Konsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaGerakan Aceh MerdekaHannah DelishaPutri JannahCiri-ciri orang munafikBaju kurungKemalangan helikopter Lumut 2024KerenggaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiPerceraian dalam IslamNabi Isa a.s.Tunku Abu BakarNasi himpitSunan KalijagaJambatan Pulau PinangLeftenan KomanderPerodua KancilNegeri-negeri Melayu BersekutuAbdul Razak HusseinPerang Dunia KeduaRacun RihannaPentaksiran Tingkatan TigaTengku Zafrul Abdul AzizSistem pernafasanRukun NegaraNabi Ibrahim a.s.One Cent ThiefUqasha SenroseNombor dalam budaya CinaSharifah AmaniHang TuahFahmi FadzilJuzBumiputera7 Hari Mencintaiku (musim 3)Janna NickNur FazuraHantu Kak Limah Balik RumahBatu CavesHasnul RahmatKetupatJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaNilai, Negeri SembilanMenteri Pertahanan MalaysiaPutrajayaSekolah Kluster KecemerlanganPahamin RajabNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuTelefon pintarKelapa sawitPASKAL (filem)Sunan BonangCinta FatamorganaZaman air batuAdat resam kahwin MelayuWahabiDewi RemajaBella AstillahFadhlina SidekPosisi seksualMuhammad al-FatihNajis dalam IslamManchester United F.C.Senarai peribahasa (A–M)KlangKesultanan Johor-RiauChacha MaembongDidi AstillahPersatuan Negara-negara Asia TenggaraHulu LangatTentera Udara Diraja MalaysiaA Famosa🡆 More