Eurasia: Gabungan daratan benua Eropah dan Asia

Eurasia ialah sebuah tanah besar yang mencakupi sekitar 52,990,000 km2 (20,846,000 batu2) atau kira-kira 10.6% daripada permukaan Bumi (36.2% kawasan tanah).

Seringkali dianggap sebagai benua tunggal, Eurasia terdiri daripada benua tradisional Eropah dan Asia (dengan Eurasia menjadi sebuah daripada dua buah kata gembleng), satu konsep yang bertarikh sehingga era antik klasik. Afro-Eurasia, adalah 2 kelompok benua iaitu Eurasia dengan Afrika yang bertemu di Terusan Suez.

Eurasia
Eurasia: Gabungan daratan benua Eropah dan Asia
Kawasan54,759,000 km2
Penduduk4,620,000,000 (2010)
Ketumpatan penduduk84/km2
DemonimSerani
Negara92 (senarai)
Wilayah tanggungan9
Negara bukan PBB8
Zon masaUTC to UTC+12
Eurasia: Gabungan daratan benua Eropah dan Asia
Eurasia, dengan Afrika Utara dan Tanduk Afrika kelihatan

Eurasia didiami hampir 4.6 bilion penduduk, lebih daripada 72.5% jumlah penduduk dunia. Terdapat dakwaan namun fakta ini masih dalam perdebatan yang mengatakan, manusia pertama datang ke Eurasia adalah dari benua Afrika, dianggarkan sekitar 125,000 hingga 60,000 tahun yang lalu.

Geografi

Eurasia terletak bermula dari Hemisfera Utara menganjur ke Hemisfera Timur dan ke pesisir perairan timur Lautan Atlantik, kemudian menganjur ke sempadan tanah negara Portugal dan Sepanyol hingga ke utara Rusia yang menganjur sehinggalah ke tanah terakhir belah timur negara Rusia. Lalu unjuran ini membawa ke bahagian tebing pesisir pantai Selat Bering, dimana terletaknya lokasi diantara Lautan Artik dan lautan Pasifik. Sempadan utara benua adalah Rusia dan Scandinavia yang berjiran dengan Lautan Artik, sempadan bahagian paling utara Afrika, Lautan Mediterranean, sepanjang pesisir Lautan Hindi. Kemudian ia terus menganjur ke pesisir pantai-pantai barat daya Myanmar, pesisir pantai Thailand, seluruh pesisir pantai Semenanjung Malaysia hingga melalui pesisir pantai barat Laut China Selatan, kemudian menganjur ke utara, ke pesisir pantai Vietnam, sepanjang pesisir pantai belah timur tanah besar China, Semenanjung Korea sehinggalah ke seluruhan Semenanjung Kamchatka, hujung timur Rusia. Negara-negara yang terletak di bahagian paling timur Eurasia adalah Sepanyol, Yemen, India, Semenanjung Malaysia. Tanjung Piai, Malaysia adalah tanah paling terselatan bagi tanah besar benua Eurasia dan Asia keseluruhannya. Pembahagian benua antara benua eropah dan Asia adalah disebabkan faktor sejarah dan pembinaan budaya sahaja, namun begitu jika dilihat dalam konteks bentuk muka bumi azali yakni dalam keadaan fizikal, kedua-dua benua ini berkongsi suatu medan tanah benua yang sama.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

AfrikaAfro-EurasiaAsiaBenuaBumiEropahTerusan Suez

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

The GadysSalahuddin al-AyyubiShah AlamKOZ EntertainmentBendera MalaysiaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaPerang Dunia PertamaZaki AzemanIsa KhanCibaiJohan GhazaliAb Rauf YusohUmar bin Al-KhattabRacun RihannaJambatan Pulau PinangShaheizy SamNusantaraMarissa YasminDa Di DuD J DaveGeografi IndonesiaRokokSungai BulohEmelda RosmilaPuaka Cuti SemesterSolat sunatDoa IftitahPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaGrup Gerak KhasQarinBajauPerempuan Itu (drama)Cinta Bersemi Di Wadi SafiyyahPedofiliaElizabeth TanPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunKementerian Kesihatan MalaysiaKucingYang di-Pertuan AgongTakbirPenanda wacanaBruce GilleyKedahMahathir MohamadSemenanjung MalaysiaLimau purutHasmiza binti OthmanPiala Asia B-23 AFC 2024SelangorHemoroidKumpulan Rock MalaysiaAedy AshrafFarali KhanDe FamIpohWadi AnnuarPerakNegeri SembilanKadazan-DusunShaharuddin ThambyDaun terupAbu Bakar as-SiddiqSejarah al-QuranNadhir NasarDatuk (gelaran)Daerah di SabahKL Gangster 2Perkahwinan menurut IslamPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPeribahasa MelayuWilayah PersekutuanSiti MuslihaBumiputeraProton WajaMohd Shuhaily Mohd ZainPahamin RajabKaum-kaum di Malaysia🡆 More