Tanjung Piai

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia.

Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian.

Tanjung Piai
Mercu tanda Tanjung Piai
Tanjung Piai
Jeti Tanjung Piai
Tanjung Piai
Arca glob yang menandakan titik terselatan benua Asia.

Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Mercu tanda

Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mercu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau di sini. Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia , supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

Pautan Luar

Tags:

AsiaDaerah PontianJohorKukupMalaysiaPilihan raya

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

JudiMajlis Raja-RajaRiz AminGajahBunga rayaTengku Zafrul Abdul AzizPerjanjian HudaibiyahTerengganuNadhir NasarNabi Nuh a.s.Layang Layang PerkahwinanSophia LianaKerajaan MataramGeografi JohorBella DowannaAbdullah bin Ahmad BadawiKhawarijEmma MaembongAmin IdrisKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Zul AriffinMandi wajibPerjanjian PangkorRejimen Askar Melayu DiRajaKota BharuSarawakSurah Al-IkhlasNekbatIbnu KhaldunCiri-ciri orang munafikHarimauLiberalismeKelayakan Piala Asia AFC 2027KelurSenarai Saintis IslamNombor dalam budaya CinaAzzim ZahidNuzul QuranKata adjektifSabri YunusGennaro GattusoKedah TuaKeputusan perlawanan pasukan bola sepak MalaysiaPangsapuriPembukaan Kota MekahHukum Kanun MelakaOrang LampungStadium Nasional Bukit JalilMuftiTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahUnifi TVRevolusi PerindustrianRicheese FactorySijjin (filem 2023)Adnan Abu Hassan (ahli politik)Laura AnnaPilihan raya umum Malaysia 2022Perkhidmatan awam di MalaysiaQiamullailSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirHinduismeBaksoPeroduaPahangPutri JannahUniversiti Sultan Zainal AbidinRozita Che WanAlif SatarPerceraian dalam IslamIntan LadyanaJibrailQatarBank RHBUmar bin Al-KhattabDaerah di SabahPuteri Gunung LedangSolat jamak🡆 More