Dr. Seuss

Theodor Seuss Geisel (, ; 2 Mac 1904 – 24 September 1991) adalah seorang penulis kanak-kanak, kartunis politik, penyair, juruanimasi, penulis naskah, pembuat film, dan pelukis dari Amerika Syarikat.

Beliau dikenali kerana menulis dan mengilustrasi lebih daripada 60 buah buku di bawah nama pena Doctor Seuss (dipendekkan kepada Dr. Seuss) (disebut [sus]). Buku-bukuna laris dijual sehingga diterjemahkan kepada lebih daripada 20 bahasa saat beliau meninggal dunia.

Dr. Seuss
Ted Geisel holding the Cat in the Hat at Desk in 1957
Theodor Seuss Geisel in 1957
LahirTheodor Seuss Geisel
(1904-03-02)2 Mac 1904
Springfield, Massachusetts, U.S.
Meninggal duniaSeptember 24, 1991(1991-09-24) (umur 87)
La Jolla, California, U.S.
Nama pena
PekerjaanPenulis, Kartunis politik, juruanimasi, penerbit buku, pelukis, penyajak
GenreChildren's literature
Tahun aktif1921–1990
Pasangan
  • Helen Palmer Geisel (k. 1927; her death 1967)
  • Audrey Stone Dimond (k. 1968; his death 1991)
Tandatangan
Dr. Seuss
Laman web
seussville.com

Awal hidup

Theodor Geisel lahir dan membesar di Springfield, Massachusetts. Beliau merupakan anak kepada Henrietta (née Seuss) dan Theodor Robert Geisel, seorang pemilik kilang bir sebelum kilang tersebut ditutup ketika Zaman Pengharaman (Prohibition). yang merupakan imigran dari negara Jermanfour of his grandparents were German immigrants.

Geisel memasuki Dartmouth College di mana beliau mendapat ijazahnya pada tahun 1925. Selepa situ, beliau melanjutkan pengajiannya di Lincoln College, Oxford dengan tujuan mendapatkan kedoktoran falsafah dalam bidnag kesusasteraan Inggeris. Di sana, beliau bertemu Helen Palmer yang mengalakkannya berhenti agar mengejar impiannya sebagai seornag pelukis. Beliau kembali ke Amerika Syarikat pada Februari 1927 tanpa ijazah kedoktoran itu, dan beliau segera menghantar karya tulisan dan lukisannya ke majalah-majalah, penerbit buku dan agensi pengiklanan.

Kerjaya awal

Ketika Perang Dunia Kedua

Geisel mula melukis kartun politik untuk akhbar PM di New York apabila Perang Dunia ini tercetus. Lukisan-lukisan ini banyak mengutuk rejim-rejim Adolf Hitler dan Benito Mussolini, penindasan terhadap golongan Yahudi di benua Eropah, serta juga puak yang tidak ingin Amerika Syarikat campur tangan dalam perang ini seperti Charles Lindbergh.

Beliau dalam karya zaman perangnya juga menaruh prasangka kuat terhadap warga senegaranya yang berbangsa Jepun ketika masyarakat tersebut ditindas dan ditahan di kem-kem tahanan oleh pemerintah Amerika Syarikat - beliau tidak begitu dapat membezakan antara masyarakat tersebut dengan warga Empayar Jepun yang memerangi A.S pada ketika itu, bahkan sering menganggap mereka sebagai suatu pihak yang cenderung membelot. Walau bagaimanapun, fikirannya lama-kelamaan berubah setelah perang tersebut tamat, bahkan turut menulis cerita yang diilhamkan pengalaman sengara mereka - misalnya Horton Hears a Who! yang didedikasikan kepada seorang rakannya yang berbangsa Jepun.

Kerjaya pasca-perang

Selepas perang dunia tersebut tamat, Geisel dan isterinya berpindah ke La Jolla, California di mana beliau kembali menulis buku kanak-kanak.

Pada bulan Mei 1954, Life menerbitkan sebuah laporan mengenai kebutahurufan dalam kalangan pelajar sekolah di mana ia menyimpulkan bahawa ia disebabkan kandungan buku mereka yang tidak menarik dan membosankan. Pengarah bahagian pendidikan syairkat penerbit buku teks Houghton Mifflin, William Ellsworth Spaulding, mengumpul senarai sebanyak 348 patah perkataan yang dianggap penting dalam tahap pendidikan pelajar gred satu. Beliau kemudiannya meminta Geisel mengurangkan buku tersebut kepada 250 patah perkataan serta menukis sebuah buku berdasarkan senarai tersebut. The Cat in the Hat, karya pertamanya yang menggunakan kaedah ini dengan sebanyak 236 patah kata diterbitkan 9 bulan kemudian dan menjadi antara karya terlaris Geisel.

Theodor menerima Pingat Laura Ingalls Wilder daripada Association for Library Service to Children pada tahun 1980, atas pengiktirafan beliau terhadap "sumbangan yang penting dan berpanjangan kepada sastera anak-anak". Beliau juga menerima sebuah Hadiah Pulitzer Khas pada tahun 1984 untuk "sumbangan lebih setengah abad kepada pendidikan dan keseronokan yang dialami anak-anak dan ibubapa se-Amerika Syarikat"..

Senja hidup

Theodor meninggal akibat barah mulut pada 24 September 1991 di kediamannya di bandar La Jolla pada usia 87 tahun. Mayatnya dibakar dan abu-abunya ditabur di sebuah lokasi dirahsiakan.

Senarai karya terpilih

  • Horton Hears a Who! (1954)
  • The Cat in the Hat (1957)
  • How the Grinch Stole Christmas! (1957)
  • Green Eggs and Ham (1960)
  • The Sneetches and Other Stories (1961)
  • Hop on Pop (1963)
  • The Lorax (1971)
  • Great Day for Up! (1974)
  • Oh, the Places You'll Go! (1990)

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Theodor Seuss Geisel: The Early Works, Volume 1 (Checker Book Publishing, 2005; ISBN 1-933160-01-2) - kompilasi pertama pelbagai kartun politik, iklan, dan berbagai gambar karya Geisel jauh sebelum ia menulis buku-bukunya yang terkenal di seluruh dunia.
  • Dr. Seuss From Then to Now (New York: Random House, 1987; ISBN 0-394-89268-2) retrospektif biografis diterbitkan untuk tujuan pameran dengan judul yang sama di Muzium Seni San Diego
  • The Secret Art of Dr. Seuss oleh Audrey Geisel (New York: Random House, 1995; ISBN 0-679-43448-8) memuat banyak reproduksi berwarna dari karya seni pribadi Geisel, yang tak pernah diterbitkan sebelumnya.
  • Dr. Seuss Goes to War: The World War II Editorial Cartoons of Theodor Seuss Geisel, bacaan terpilih dengan komentar oleh Richard Minnear (New Press, 2001; ISBN 1-56584-704-0).
  • Oh, the Places He Went, cerita tentang Dr. Seuss oleh Maryann Weidt (Carolrhoda Books, 1995; ISBN 0-87614-627-2)
  • The Seuss, the Whole Seuss and Nothing But the Seuss: A Visual Biography of Theodor Seuss Geisel oleh Charles Cohen (Random House Books for Young Readers, 2004; ISBN 0-375-82248-8).
  • Dr. Seuss: American Icon oleh Philip Nel (Continuum Publishing, 2004; ISBN 0-8264-1434-6)
  • The Tough Coughs as he Ploughs the Dough: Early Writings and Cartoons by Dr. Seuss, disunting, dengan kata pengantar oleh Richard Marschall (termasuk bahan autobiografi); ISBN 0-688-06548-1


Pautan luar

Tags:

Dr. Seuss Awal hidupDr. Seuss Kerjaya awalDr. Seuss Ketika Perang Dunia KeduaDr. Seuss Kerjaya pasca-perangDr. Seuss Senja hidupDr. Seuss Senarai karya terpilihDr. Seuss RujukanDr. Seuss Bacaan lanjutDr. Seuss Pautan luarDr. SeussAmerika Syarikat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Adat resam kahwin MelayuMandi wajibAndai Itu TakdirnyaRiena DianaArena LieyaHello, Mr. Perfect!Kata adjektifNegeri SembilanAmy SearchOne Cent ThiefCik ManggisSenarai model kereta ProtonPerikatan NasionalChacha MaembongSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaKemalangan helikopter Lumut 2024Sultan Muhammad VMelayuLaman UtamaErnie ZakriRisteena MunimKKN di Desa Penari (filem)Tracie SinidolFarajSekolah Dato' Abdul RazakSolat hajatNusantaraSultan Nazrin Muizzuddin ShahWings (kumpulan muzik Malaysia)Bandar TaipingFrekuensi radio di KelantanBatu Belah Batu Bertangkup7 Hari Mencintaiku (musim 3)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaSenarai Surah Al-QuranCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahKulitRadius OnePuteri Gunung LedangHael HusainiBahasa CinaParlimen MalaysiaSejarah SingapuraZakar manusiaCiri-ciri orang munafikThe GadysWan RajaSenarai raja-raja MelayuNabi Adam a.s.MetamfetaminaBryan DomaniAnna JoblingLee Chong WeiSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiKelantan Darul Naim F.C.Ketua Polis Negara MalaysiaIsteri HalalFattah AminSharifah AmaniCinta Buat DaraPaus biruSeri KembanganSunan GresikPiala Sumbangsih 2024Racun RihannaAhmad Samsuri MokhtarJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahAbu Bakar as-SiddiqGeografi JohorMadinah al-MunawwarahSenarai Kementerian di MalaysiaMelakaNadia BrianTeluk IntanBoBoiBoyGoogle ScholarHady Mirza🡆 More