Al-Masih ad-Dajjal (Arab: ٱلْمَسِيحُ ٱلدَّجَّالُ, rumi: al-Masīḥ ad-Dajjāl, lit. 'Penyamar Al-Masih'code: ar is deprecated ) kadangkala dirujuk sebagai Dajjal, ialah seorang manusia yang akan muncul sebelum berlakunya Hari Kiamat untuk menyesatkan umat manusia dengan mengaku dirinya sebagai al-Masih dan kemudian sebagai tuhan.
Dajjal tidak disebut di dalam al-Quran, tetapi ia disebut dalam beberapa hadis. Dajjal disebuti akan muncul dari timur, tetapi lokasi tepat berbeza mengikut sumber tertentu.
Dajjal berkemampuan meniru mukjizat Nabi Isa, seperti menyembuh penyakit dan menghidupkan orang mati dengan bantuan syaitan. Dajjal akan menipu pelbagai golongan orang ramai termasuk kaum Yahudi itu sendiri.
"Dajjal" berasal dari kata Arab lazim, digunakan bagi merujuk "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajal", dengan rencana pasti, merujuk kepada "Si Pendusta", satu pembohong spesifik sebelum datangnya Hari Kiamat. Istilah Al-Masih ad-Dajjal adalah terjemahan berkait dengan istilah bahasa Syria "Meshiha Deghala", dimana telah menjadi kosa kata lazim di Timur Tengah selama lebih 400 tahun sebelum penurunan al-Quran, melalui Peshitta (dimana menggunakan istilah ini sebalik dari Yunani "antichristos"). Dalam ajaran Kristian, Dajjal dikenali sebagai Antikristus.
Beberapa ahli Sunnah telah menegaskan bahawa Dajjal adalah seorang lelaki individu, dan apabila Dajjal muncul, dia akan tinggal selama 40 hari, satu seperti setahun, satu seperti sebulan, satu seperti seminggu, dan sisa hari-harinya seperti hari-hari biasa.
Beberapa hari selepas kemunculan Dajjal, Isa akan turun di atas menara masjid yang berwarna putih pada timur Damsyik, yang dianggap sebagai Menara Isa yang terletak pada Masjid Agung Damsyik. Beliau akan turun dari langit dengan memakai dua pakaian yang dicelup ringan dengan kunyit dan tangannya diletakkan pada bahu dua malaikat. Apabila beliau menundukkan kepalanya, ia kelihatan seolah-olah air mengalir dari rambutnya, dan apabila beliau mengangkat kepalanya, ia akan kelihatan seolah-olah rambutnya diikat dengan mutiara keperakan. Setiap orang bukan islam yang menghidu bau diri beliau akan mati.
Menurut hadis Sunnah, Dajjal kemudiannya akan dikejar ke pintu masuk bandar Ludd, Palestin, di mana dia akan ditangkap dan dibunuh oleh Isa. Isa kemudian akan mematahkan kesemua salib, membunuh semua babi, menghapuskan cukai jizyah, dan mewujudkan keamanan di antara semua negara. Yatsrib
Kisah berikut menerangkan salah satu tanda kedatangan Dajjal dalam eskatologi ahli Sunnah. Knstantinople
Diriwayatkan oleh Muadh ibn Jabal:
Rasulullah (ﷺ) bersabda: Baitulmaqdis akan berkembang pesat apabila Yathrib (Madinah) hancur, Yathrib dihancurkan apabila perang yang besar datang, perang besar akan terjadi apabila Kustantiniyah ditakluk. Konstantinopel apabila Dajjal (Dajjal) muncul. Baginda (Nabi) memukul paha atau bahunya dengan tangannya dan berkata: Ini benar seperti kamu berada di sini atau semasa kamu duduk (maksudnya Mu'adz ibn Jabal).
Pelbagai hadis Sunah telah menghuraikan sifat-sifat Dajal, seperti berikut (di mana lazimnya dipercayai oleh seorang Muslim):
Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal." Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Al-Masih ad-Dajjal, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.