Chris Hemsworth

Chris Hemsworth (lahir 11 Ogos 1983) ialah seorang pelakon Australia.

Beliau dikenali dengan peranannya sebagai Kim Hyde dalam siri TV Australia, Home and Away (2004) dan sebagai Thor dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe, Thor (2011), The Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013) dan Avengers: Age of Ultron (2015). Beliau juga muncul dalam Star Trek (2009), A Perfect Getaway (2009), The Cabin in the Woods (2012), Snow White and the Huntsman (2012), Red Dawn (2012) dan Rush (2013).

Chris Hemsworth
Chris Hemsworth
Hemsworth pada tahun 2019 di San Diego Comic-Con
Kelahiran (1983-08-11) 11 Ogos 1983 (umur 40)
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif2002–kini
PasanganElsa Pataky (k. 2010)
Anak-anak3
Ibu bapaCraig Hemsworth
Leonie Hemsworth
Saudara

Awal hidup

Hemsworth dilahirkan di Melbourne, kepada Leonie dan Craig Hemsworth. Beliau dibesarkan di Melbourne dan Bulman, Wilayah Utara. Beliau menghadiri sekolah tinggi di Kolej Heathmont sebelum keluarganya sekali lagi berpindah ke Wilayah Utara dan kemudiannya berpindah ke Pulau Phillip. Abangnya, Luke dan adiknya, Liam juga seorang pelakon.

Kerjaya lakonan

2002–10

Pada tahun 2002, Hemsworth membintangi dua episod siri televisyen fantasi, Guinevere Jones sebagai Raja Arthur. Beliau juga membuat penampilan dalam Neighbours dan satu episod Marshall Law.

Pada tahun 2004, Hemsworth menjalani uji bakat untuk Home and Away untuk watak Robbie Hunter tetapi tidak mendapat watak itu. Beliau dipanggil semula untuk watak Kim Hyde dan berpindah ke Sydney untuk menyertai barisan pelakon, muncul dalam 171 episod siri itu. Beliau meninggalkan barisan pelakon Home and Away pada 3 Julai 2007.

Hemsworth merupakan peserta musim kelima Dancing with the Stars Australia, berpasangan dengan penari profesional, Abbey Ross. Musim ini ditayangkan buat pertama kali pada 26 September 2006 dan selepas enam minggu, Hemsworth tersingkir (7 November 2006).

Pada tahun 2009, Hemsworth melakonkan watak George Kirk, dalam babak pembukaan filem J. J. Abrams, Star Trek. Beliau melakonkan watak Kale dalam filem thriller, A Perfect Getaway pada tahun yang sama. Beliau melakonkan watak Sam dalam filem 2010, Ca$h, yang merupakan filem pertamanya apabila beliau tiba di Amerika Syarikat.

2011–sekarang

Chris Hemsworth 
Hemsworth (kanan) bersama Tom Hiddleston di Comic-Con Antarabangsa San Diego 2010

Beliau dikenali dengan peranannya sebagai superhero Marvel Comics, Thor dalam filem 2011, Thor. Hemsworth menyambung wataknya dalam filem 2012, The Avengers.

Beliau membintangi filem seram, The Cabin in the Woods yang dirakam tidak lama selepas tayangan Star Trek tetapi tidak ditayangkan sehingga tahun 2012. Ia membawa Hemsworth menjalani uji bakat untuk watak Thor atas desakan Joss Whedon. Juga pada tahun itu, Hemsworth membintangi bersama Kristen Stewart dalam Snow White and the Huntsman sebagai Huntsman. Beliau juga melakonkan watak Jed Eckert dalam filem 2012, Red Dawn. Hemsworth received the part of Thor two days after being hired for Red Dawn.

Pada tahun 2013, Hemsworth membintangi Rush bersama Daniel Brühl dan menyambung wataknya sebagai Thor dalam Thor: The Dark World. Pada tahun 2015, Hemsworth membintangi Blackhat bersama Viola Davis dan menyambung wataknya sebagai Thor untuk kali keempat dalam Avengers: Age of Ultron. Hemsworth kembali ke set Home and Away pada bulan November 2014 untuk menjalani penggambaran babak sebagai seorang pelakon tambahan dan bukannya sebagai karakter Kim Hyde. Beliau muncul dalam episod yang disiarkan pada 19 Mei 2015. Juga pada tahun 2015, beliau membintangi filem komedi, Vacation. Filem terakhirnya pada tahun 2015 adalah In the Heart of the Sea, berdasarkan buku dengan tajuk yang sama oleh Nathaniel Philbrick. Hemsworth melakonkan watak Owen Chase.

Hemsworth dijadual untuk menyambung wataknya sebagai Thor dalam Thor: Ragnarok, dijadual ditayangkan pada tahun 2017, Avengers: Infinity War (2018) dan Endgame (2019).

Kehidupan peribadi

Hemsworth mula mempunyai hubungan dengan pelakon Sepanyol, Elsa Pataky pada awal tahun 2010 dan mereka berkahwin pada bulan Disember 2010. Mereka mempunyai tiga orang anak: anak perempuan, India Rose (l. Mei 2012) dan anak kembar, Tristan dan Sasha (l. Mac 2014). Pada tahun 2015, beliau dan keluarganya berpindah dari Los Angeles ke Byron Bay di negara asalnya, Australia.

Filemografi

Chris Hemsworth 
Hemsworth di Festival Filem Tribeca pada bulan April 2012
Filem
Tahun Tajuk Peranan Nota
2009 Star Trek George Kirk
2009 A Perfect Getaway Kale
2010 Ca$h Sam Phelan
2010 Ollie Klublershturf vs the Nazis Chad Filem pendek
2011 Thor Thor
2012 The Cabin in the Woods Curt Vaughan
2012 The Avengers Thor
2012 Snow White and the Huntsman The Huntsman
2012 Red Dawn Jed Eckert
2013 Star Trek Into Darkness George Kirk Suara sahaja
2013 Rush James Hunt
2013 Thor: The Dark World Thor
2015 Blackhat Nicholas Hathaway
2015 Avengers: Age of Ultron Thor
2015 Vacation Stone Crandall
2015 In the Heart of the Sea Owen Chase
2016 The Huntsman: Winter's War The Huntsman
2016 Ghostbusters Kevin Beckman
2016 Doctor Strange Thor
2017 Thor: Ragnarok Thor
2018 12 Storng Captain Mitch Nelson
2018 Avengers: Infinity War Thor
2018 Bad Times at the EL Royale Billy Lee
2019 Avengers: Endgame Thor
2019 Men in Black: International Agen H
2020 Extraction Tyler Rake Juga sebagai penerbit
2022 Interceptor TV Jurujual Penampilan kameo dan penerbit eksekutif
2022 Spiderhead Steve Abnesti Sebagai penerbit
2022 Thor: Love and Thunder Thor Sebagai penerbit eksekutif
2023 Extraction 2 Tyler Rake Sebagai penerbit
2024 Furiosa Immortan Joe Pos-produksi
Chris Hemsworth 
Chris Hemsworth di Sydney pada tahun 2013
Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Nota
2002 Guinevere Jones Raja Arthur 2 episod
2002 Neighbours Jamie Kane Episod 4,069
2002 Marshall Law The Kid Episod: "Domestic Bliss"
2003 The Saddle Club The New Vet Episod: "Tenderfoot"
2004 Fergus McPhail Craig Episod: "In a Jam"
2004–07 Home and Away Kim Hyde 185 episod
2006 Dancing with the Stars Dirinya sendiri/Peserta Tempat ke-5
2015 Saturday Night Live Hos Episod: "Chris Hemsworth/Zac Brown Band"
2015 Saturday Night Live Hos Episod: "Chris Hemsworth/Chance The Rapper"
2021 Whaf If Thor (suara) 2 episod
2022 Limitless with Chris Hemsworth Dirinya sendiri Sebagai penerbit eksekutif
Permainan video
Tahun Tajuk Peranan suara Nota
2011 Thor: God of Thunder Thor

Rujukan

Tags:

Chris Hemsworth Awal hidupChris Hemsworth Kerjaya lakonanChris Hemsworth Kehidupan peribadiChris Hemsworth FilemografiChris Hemsworth RujukanChris Hemsworth Pautan luarChris HemsworthA Perfect GetawayAvengers: Age of UltronHome and AwayMarvel Cinematic UniverseSnow White and the HuntsmanStar Trek (filem)The Avengers (filem 2012)The Cabin in the WoodsThor (filem)Thor: The Dark World

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tentang Hati DiaPerang BadarPolitik balas budiFuad RahmanFauziah NawiWan SharmilaPerkahwinan menurut IslamIntegritiSenarai Surah Al-QuranZiana ZainJambatan Pulau PinangRatu SofyaTunku Ismail ibni Sultan IbrahimTentera Udara Diraja MalaysiaSijil Pelajaran MalaysiaSubhanallahHantu Kak LimahNaim DanielPuaka Cuti SemesterAmar BaharinRawang, SelangorSiti Khadijah HalimGeografi IndonesiaPedofiliaKota BharuSolat Sunat RawatibJanna NickMyKadWan RajaDidi AstillahPulau RedangKajangMisteri DilailaLencana pangkat TLDMSiti SalehaSharnaaz AhmadSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaInsya-AllahChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorOmbak Rindu (filem)Redza RosliAhli Sunah WaljamaahSultan PerakMerdeka 118Bintara MudaM. NasirAstrolabKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPolis Diraja MalaysiaPontianak Harum Sundal Malam IISolozShaheizy SamAzan dan iqamatAbdul Hadi AwangAzhar IdrusSenarai bank di MalaysiaAiman Hakim RidzaLeftenan KomanderPerempuan Itu (drama)Mohd Shukri RamliPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Kata ganti diriCuti umum di MalaysiaShah IskandarUmar bin Al-KhattabMelakaCarles PuigdemontNabi Muhammad SAWSingapura Dilanggar TodakPlayboy Itu Suami AkuTakbirKamikaze (kugiran)Eddie HamidMeerqeenRokokPegawai WaranSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasi🡆 More