Bunga Matahari: Spesies tumbuhan berbunga

Bunga matahari (Jawi: ‏بوڠا ماتهاري‎code: ms is deprecated ‎ , nama botani: Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim dalam genus Helianthus keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika dengan kepala bunga yang berkuntum besar.

Bunga matahari
Bunga Matahari: Botani, Kegunaan, Galeri
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Asteraceae
Genus:
Spesies:
H. annuus
Nama binomial
Helianthus annuus
Sinonim
Sinonimi
  • Helianthus aridus Rydb.
  • Helianthus erythrocarpus Bartl.
  • Helianthus indicus L.
  • Helianthus jaegeri Heiser
  • Helianthus lenticularis Douglas
  • Helianthus macrocarpus DC. & A.DC.
  • Helianthus multiflorus Hook.
  • Helianthus ovatus Lehm.
  • Helianthus platycephalus Cass.
  • Helianthus tubaeformis Nutt.

Biji benihnya dimakan sebagai makanan ringan atau ditekan menjadi minyak masak. Pokok spesies ini juga ditanam sebagai hiasan.

Bunga matahari bunga kebangsaan negara Ukraine.

Botani

Pokok dan daun

Bunga Matahari: Botani, Kegunaan, Galeri 
Sebatang pokok bunga matahari setinggi 2 meter.

Pokok tumbuhan ini jenis herba. Batangnya kasar dan berbulu, ia biasa tumbuh setinggi 3 hingga 6 meter. Bunga matahari yang paling tinggi tumbuh sehingga 9.17 m.

Sehelai daun pokok berukuran 12–26 sentimeter panjang dan 101–120 sm lebar. Daun batang pokok berbentuk bulat, daun-daun paling besar berdekatan pangkal batang yang berbentuk lebar seperti jantung. Helainya mempunyai tepi bergerigi dan permukaan yang kasar. Daun-daun pokok disusun berselang-seli.:90

Bunga

Pokok spesies berbunga dari bulan Jun hingga bulan September.:379 Bunga matahari liar menghasilkan banyak ranting kuntum di habitatnya. Walau bagaimanapun, bunga matahari yang ditanam di ladang sering mempunyai satu kuntum bunga sahaja atas batangnya.

Kuntum bunga yang muncul terdiri daripada sejambak anak bunga ceper berkelopak lima dan berwarna perang kemerahan. Jambak ini berbentuk cakera dengan garis pusat 7.5 hingga 12.5 sentimeter dan dikelilingi anak-anak bunga ruji yang besar; anak-anak bunga ini tidak setangkup, mandul dan tercantum kelopaknya menyerupai ranggi berwarna kuning emas,:378:90 jingga atau merah. Cakera kuntum bunga matahari boleh mencapai garis pusat selebar 30 sm dengan benih-benih yang cukup besar.

Buah

Buahnya besar 1–2 sm panjang dan berbentuk bujur, kulitnya berbelang hitam dan putih.

Kegunaan

Biji dalam buahnya boleh dikupas dan dimakan terus atau dipanggang dan dibubuh garam. Isinya boleh dikisar menjadi tepung yang digunakan dalam masakan atau ditekan menjadi minyak. Jambak bunga yang muda boleh dimakan seperti sayur yang boleh dibuat lauk.:92

Bunga matahari ditanam di tapak-tapak loji kuasa nuklear Chornobyl dan Fukushima I untuk membuang sisa toksik dan radioaktif tanah.

Galeri

Rujukan

Tags:

Bunga Matahari BotaniBunga Matahari KegunaanBunga Matahari GaleriBunga Matahari RujukanBunga Matahari Pautan luarBunga Matahari

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sekali Lagi Cinta KembaliMydinUniversiti Utara MalaysiaKecerdasan buatanSenarai SBP di MalaysiaBuah kerasMalaysiaRogolKelantan Darul Naim F.C.Posisi seksualBendera ThailandAiman Hakim RidzaLaskar Udara KananBumiputeraJambatan Angkat Kuala TerengganuPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaGenting HighlandsFadlan HazimKata ganti diriGoogle ScholarAngkatan Tentera MalaysiaOne Cent ThiefSyamsul YusofErra FaziraMetamfetaminaMohd Noor Helmy Abdul HalemPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaPerang Dunia KeduaMohd Shuhaily Mohd ZainPerdana Menteri MalaysiaBruce GilleyRinggitHukum Kanun MelakaMarissa YasminHemoroidJanji Diana (drama)TabbyAzhan RaniCapriceMaktab Rendah Sains MARARujukan kehormatNaim DanielBugisFadillah YusofSifat-sifat AllahSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarDarjah kebesaran negeri TerengganuSungai BulohRedza RosliRisteena MunimPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IraqPulau PinangKetua Polis Negara MalaysiaProton PersonaDoa IftitahZUS CoffeeNoniswaraPangkat tenteraMegat SharizalHari GawaiPegawai Waran IIHantu Kak LimahPiala Asia B-23 AFC 2024YandexPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSubhanallahHang TuahPolis Diraja MalaysiaNasi lemakLoloqThe Original GangsterPilihan raya negeri Selangor 2023KelurDewi RemajaBuah pelagaFadhlina SidekQarinPiala Thomas & Uber 2024🡆 More