Loji Kuasa Nuklear Fukushima I (Jepun: 福島第一原子力発電所, Hepburn: Fukushima Dai-ichi (pronunciation) Genshiryoku Hatsudensho, Fukushima I NPP), juga dikenali sebagai Fukushima Dai-ichi (dai-ichi bermaksud nombor satu atau pertama), merupakan sebuah loji janakuasa nuklear yang terletak di sebidang tanah berkeluasan 3,500,000-meter-persegi (860-ekar) di pekan Okuma dan Futaba di Daerah Futaba, Wilayah Fukushima, Jepun.
Loji yang mula digunakan pada tahun 1971 ini terdiri daripada enam reaktor air didih (boiling water reactor, BWR). Reaktor-reaktor air ringan ini memacu penjana elektrik dengan kuasa sejumlah 4.7 GWe, menjadikan Fukushima I sebagai salah satu daripada 15 buah stesen kuasa nuklear yang terbesar di dunia. Fukushima I merupakan loji nuklear pertama yang dibina dan dikendali sepenuhnya oleh syarikat Tokyo Electric Power Company (TEPCO). Loji ini mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi 9.0 yang disusuli oleh tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011, sekaligus mematikan sistem penyejukan reaktor sambil mencetuskan perintah berpindah yang meluas di kawasan sekeliling loji, oleh itu ia tiada harapan untuk dibuka semula.
Fukushima I Nuclear Power Plant | |
---|---|
Negara | Jepun |
Lokasi | Ōkuma, Fukushima |
Koordinat | 37°25′22.7″N 141°01′58.5″E / 37.422972°N 141.032917°E 141°01′58.5″E / 37.422972°N 141.032917°E |
Status | Unit 1-4: Musnah teruk, dilupuskan Unit 5-6: Rosak sedikit, dimatikan |
Pembinaan bermula | 25 Julai 1967 |
Tarikh tauliah | 26 Mac 1971 |
Pengendali | Tokyo Electric Power Company |
Pembina | Kajima |
Maklumat reaktor | |
Reactors operational | 1 × 460 MWe (Unit 1 rosak) 4 × 784 MWe (Unit 2, 3, dan 4 rosak; Unit 5 mengalami masalah penyejukan) 1 × 1,100 MWe (Unit 6 mengalami masalah penyejukan) |
Reactors planned | 2 × 1,380 MWe |
Reactor type(s) | Reaktor Air Didih |
Reactor supplier(s) | General Electric Toshiba Hitachi |
Maklumat janaan kuasa | |
Keupayaan tersedia | 4,696 MW |
Keupayaan maksimum | 7,456 MW |
Janaan tahunan | 29,891 GW·h |
Jumlah janaan | 877,692 GW·h |
Tapak web http://www.tepco.co.jp/nu/f1-np/press_f1/2010/2010-j.html | |
As of March 14, 2011 | |
Webcam |
Loji Kuasa Nuklear Fukushima II, atau Fukushima Dai-ni, terletak 11.5 kilometer (7.1 bt) di selatan Fukushima I dan juga dikendali oleh TEPCO.
Reaktor untuk Unit 1, 2, dan 6 dibekalkan oleh General Electric, yang untuk Unit 3 dan 5 oleh Toshiba, dan Unit 4 oleh Hitachi. Keenam-enam reaktor direka oleh General Electric. Reka bentuk unit-unit General Electric ini dibuat oleh Ebasco. Segala kerja pembinaan dibuat oleh Kajima. Sejak September 2010, Unit 3 dijana oleh sebahagian kecil (6%) bahan api oksida campuran (mixed oxide, MOX), berbeza dengan uranium diperkaya rendah (low enriched uranium, LEU) yang digunakan dalam reaktor-reaktor lain. Unit 1–5 digunakan dengan struktur pengurungan jenis Mark I (torus mentol lampu). Struktur pengurungan Mark I ditambah sedikit isipadunya oleh jurutera Jepun. Unit 6 mempunyai struktur pengurungan jenis Mark II (atas/bawah).
Unit 1 merupakan reaktor air didih 460 MW (BWR-3) yang dibina pada Julai 1967. Ia memulakan pengeluaran elektrik komersial pada 26 Mac 1971, dan mula-mula dijadualkan tutup pada awal tahun 2011. Pada Februari 2011, pihak berkuasa membenarkan operasi reaktor itu dilanjutkan selama 10 tahun lagi. Malangnya, Unit 1 rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011.
Unit 1 direka untuk pecutan bumi kemuncak 0.18 g(1.74 m/s2) dan spektrum sambutan berdasarkan gempa bumi Kaunti Kern 1952. Asas rekabentuk Unit 3 dan 6 masing-masing adalah 0.45 g (4.41 m/s2) dan 0.46 g (4.48 m/s2). Kesemua unit menjalani pemeriksaan selepas Gempa bumi Miyagi 1978 apabila pecutan bumi adalah 0.125 g (1.22 m/s2) selama 30 saat, tetapi didapati tidak merosakkan bahagian-bahagian reaktor yang terpenting. The design basis for tsunamis was 5.7 meters.
Unit | Type | Mula dibina | Kegentingan pertama | Operasi komersil | Kuasa elektrik | Pembekal reaktor | Seni bina | Pembinaan | Bahan api |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Fukushima I – 1 | BWR-3 | 25 Julai 1967 | 10 Oktober 1970 | 26 Mac 1971 | 460 MW | General Electric | Ebasco | Kajima | LEU |
Fukushima I – 2 | BWR-4 | 9 Jun 1969 | 10 Mei 1973 | 18 Julai 1974 | 784 MW | General Electric | Ebasco | Kajima | LEU |
Fukushima I – 3 | BWR-4 | 28 Disember 1970 | 6 September 1974 | 27 Mac 1976 | 784 MW | Toshiba | Toshiba | Kajima | LEU/MOX |
Fukushima I – 4 | BWR-4 | 12 Februari 1973 | 28 Januari 1978 | 12 Oktober 1978 | 784 MW | Hitachi | Hitachi | Kajima | |
Fukushima I – 5 | BWR-4 | 22 Mei 1972 | 26 Ogos 1977 | 18 April 1978 | 784 MW | Toshiba | Toshiba | Kajima | |
Fukushima I – 6 | BWR-5 | 26 Oktober 1973 | 9 Mac 1979 | 24 Oktober 1979 | 1,100 MW | General Electric | Ebasco | Kajima | |
Fukushima I – 7 (dirancangkan) | ABWR | April 2012 | Oktober 2016 | 1,380 MW | |||||
Fukushima I – 8 (dirancangkan) | ABWR | April 2012 | Oktober 2017 | 1,380 MW |
Reaktor-reaktor loji ini memulakan operasi masing-masing dari tahun 1970 hingga 1979. Pada akhir tahun 2002 hingga 2005, reaktor-reaktor ini ditutup untuk pemeriksaan keselamatan ekoran skandal pemalsuan data TEPCO. Pada 28 Februari 2011, TEPCO menyerahkan laporan kepada Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri Jepun, yang mangakui bahawa syarikat tersebut pernah menyerahkan laporan pemeriksaan dan pembaikan yang palsu. Laporan itu mendedahkan bahawa TEPCO gagal memeriksa lebih 30 komponen teknikal di keenam-enam reaktor, termasuk papan injap kawalan suhu reaktor serta komponen-komponen sistem penyejukan seperti motor pam air dan penjana diesel kecemasan.
Pada 11 Mac 2011, sebuah gempa bumi bermagnitud 9.0 MW berlaku pada 14:46 Waktu Piawai Jepun (JST) di pantai timur laut Jepun. Unit 4, 5 dan 6 ditutup untuk rancangan penyelenggaraan sebelum gempa melanda. Reaktor-reaktor yang lain ditutup secara automatik selepas gempa, manakala haba mengurai yang tinggal dalam bahan api sedang disejukkan dengan kuasa penjana kecemasan. Kemudian, tsunami melanda dan mematikan penjana kecemasan yang diperlukan untuk menyejukkan reaktor. Selama tiga minggu seterusnya, terbukti adanya peleburan nuklear separa di Unit 1, 2 dan 3; letupan yang nyata di Unit 1 dan 3 yang dipercayai disebabkan oleh gas hidrogen; serta kemungkin letupan di Unit 2 yang mungkin merosakkan bekas pengurungan utam; dan kemungkinan kolam bahan api terpakai di Unit 1, 3 dan 4 terdedah. Lepasan radiasi menyebabkan ramai penduduk sekitar diperintah berpindah keluar ramai-ramai, kebimbangan akan bekalan makanan dan air, dan usaha merawat kakitangan nuklear.
IAEA menarafkan kejadian di Unit 1, 2 dan 3 pada Tahap 5 (Kemalangan Besar) dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa, manakala kejadian di Unit 4 berada di Tahap 3 (Kejadian Serius).
Templat:Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Loji Kuasa Nuklear Fukushima I, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.