Bola tampar duduk merupakan sejenis bola tampar bagi atlet kurang upaya.
Menurut peraturannya, pemain bola tampar duduk mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu punggung bersentuhan dengan lantai semasa permainan. Kejohanan Dunia bagi kedua-dua jantina telah diadakan oleh World ParaVolley pada setiap empat tahun.
Bola tampar duduk dicipta di Belanda oleh Jawatankuasa Sukan Belanda pada tahun 1956 sebagai sejenis sukan pemulihan untuk tentera yang cedera. Pada tahun 1958, pertandingan antarabangsa yang pertama telah diadakan dengan melibatkan pasukan kelab Jerman dan Belanda. Sukan ini merupakan gabungan bola tampar dan sitzball, sejenis sukan Jerman yang turut melibatkan pemain duduk tetapi tidak mempunyai jaring. Bola tampar berdiri pertama kali dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik Toronto 1976 sebagai sukan demonstrasi untuk atlet yang mengalami masalah pergerakan. Pada tahun 1980, kedua-dua bola tampar berdiri dan duduk telah dimasukkan secara rasminya sebagai sukan teras dalam Sukan Paralimpik. Acara wanita telah diwujudkan pada Sukan Paralimpik Athens 2004. Selepas London 2012, program pendidikan VolleySLIDE telah diasaskan oleh Matt Rogers untuk mempromosi dan membangunkan sukan tersebut secara global. Lapan pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita telah bertanding dalam acara tersebut di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Terdapat dua kelas dalam acara bola tampar duduk:
Setiap skuad hanya boleh mempunyai 2 pemain VS2 dan hanya salah seorang dibenarkan untuk bermain sahaja (pemain yang kedua pula menjadi sandaran).
Bola tampar duduk pertama kali dibertandingkan pada Sukan Paralimpik Musim Panas 1976 sebagai sukan demonstrasi dan diperkenalkan sebagai sukan teras pada tahun 1980. Sukan Paralimpik Musim Panas 2000 merupakan kali terakhir bola tampar berdiri dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik. Acara perempuan telah diperkenalkan pada tahun semasa Sukan Paralimpik Musim Panas 2004.
Tahun | Lokasi | Emas | Perak | Gangsa |
1983 | Delden | Belanda | Jerman | Finland |
1985 | Kristiansand | Iran | Yugoslavia | Belanda |
1986 | Pécs | Iran | Hungary | Belanda |
1989 | Las Vegas | Belanda | Hungary | Jerman |
1990 | Assen | Iran | Belanda | Yugoslavia |
1994 | Bottrop | Iran | Norway | Belanda |
1998 | Tehran | Iran | Finland | Bosnia dan Herzegovina |
2002 | Cairo | Bosnia dan Herzegovina | Jerman | Iran |
2006 | Roermond | Bosnia dan Herzegovina | Iran | Mesir |
2010 | Edmond | Iran | Bosnia dan Herzegovina | Mesir |
2014 | Elblag | Bosnia dan Herzegovina | Brazil | Iran |
2018 | The Hague | Iran | Bosnia dan Herzegovina | Ukraine |
Kedudukan
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Iran (IRI) | 7 | 1 | 2 | 10 |
2 | Bosnia dan Herzegovina (BIH) | 3 | 2 | 1 | 6 |
3 | Belanda (NED) | 2 | 1 | 3 | 6 |
4 | Jerman (GER) | 0 | 2 | 1 | 3 |
5 | Hungary (HUN) | 0 | 2 | 0 | 2 |
6 | Finland (FIN) | 0 | 1 | 1 | 2 |
Yugoslavia (YUG) | 0 | 1 | 1 | 2 | |
8 | Brazil (BRA) | 0 | 1 | 0 | 1 |
Norway (NOR) | 0 | 1 | 0 | 1 | |
10 | Mesir (EGY) | 0 | 0 | 2 | 2 |
11 | Ukraine (UKR) | 0 | 0 | 1 | 1 |
Jumlah (11 negara) | 12 | 12 | 12 | 36 |
Tahun | Lokasi | Emas | Perak | Gangsa |
1994 | Bottrop | Belanda | Latvia | Lithuania |
2000 | Maastricht | Belanda | Finland | Slovenia |
2002 | Kamnik | Belanda | Slovenia | Finland |
2006 | Roermond | Belanda | China | Slovenia |
2010 | Edmond | China | Amerika Syarikat | Ukraine |
2014 | Elblag | China | Amerika Syarikat | Rusia |
2018 | Rotterdam | Rusia | Amerika Syarikat | China |
Kedudukan
Kedudukan | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Belanda (NED) | 4 | 0 | 0 | 4 |
2 | China (CHN) | 2 | 1 | 1 | 4 |
3 | Rusia (RUS) | 1 | 0 | 1 | 2 |
4 | Amerika Syarikat (USA) | 0 | 3 | 0 | 3 |
5 | Slovenia (SLO) | 0 | 1 | 2 | 3 |
6 | Finland (FIN) | 0 | 1 | 1 | 2 |
7 | Latvia (LAT) | 0 | 1 | 0 | 1 |
8 | Lithuania (LTU) | 0 | 0 | 1 | 1 |
Ukraine (UKR) | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (9 negara) | 7 | 7 | 7 | 21 |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Bola tampar duduk, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.